Sudah menjadi adat di kebanyakkan negara, seperti di Indonesia rakyatnya akan pulang ke kampung halaman untuk menyambut perayaan besar. Pergerakkan dalam jumlah yang besar ini selalunya akan berlaku di bandar-bandar utama.
Namun, disebabkan kes positif COVID-19 di Indonesia terus meningkat dan sudah menular ke semua 34 provinsi di Indonesia, dengan jumlah kematian bertambah setiap hari. Rakyat Indonesia diberi amaran keras agar tidak pulang ke kampung halaman ketika ini. Jika didapati bersalah mudik atau balik ke kampung bagi menyambut Ramadan atau Aidilfitri 1441 Hijrah boleh dikenakan hukuman penjara dan denda.
Larangan bermudik itu berkuat kuasa 24 April 2020, mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman maksimum penjara setahun dan denda maksimum Rp100 juta (hampir RM30,000).
Sebelum ini, kerajaan Indonesia pernah mengeluarkan kenyataan bahawa rakyatnya di benarkan untuk pulang ke kampung halaman untuk berhari raya. Pemerintah Indonesia hanya menasihatkan agar orang ramai tidak bermudik dan larangan itu dikuatkuasakan kepada anggota polis, tentera dan penjawat awam sahaja.
Baca: https://www.libur.com.my/indonesia-benarkan-rakyat-balik-kampung-sempena-aidilfitri-nanti/
Terkini, Presiden Indonesia, Joko Widodo mengumumkan rakyat negara itu dilarang ‘bermudik’ atau balik kampung bagi menyambut Aidilfitri 1441 Hijrah dalam usaha menangani penularan pandemik COVID-19.
“Mudik semuanya akan kita larang,” kata Jokowi di Istana Presiden Jakarta dalam siaran langsung yang disiarkan YouTube rasmi Sekretariat Presiden.
Sumber: Bernama