BEG

Baru-baru ini tular mengenai kenyataan beberapa pelanggan AirAsia yang keliru dengan polisi baharu bagasi kabin syarikat tersebut sehingga menyusahkan urusan penerbangan mereka.

Terkini, Hanya Satu Beg ‘Muat Letak Bawah Tempat Duduk’ Sahaja Dibenarkan Bawa Masuk Dalam Kabin AirAsia

Sebaik-baiknya, sehari sebelum anda menggunakan apa jua penerbangan yang beroperasi ketika ini disarankan untuk memeriksa garis panduan dan syarat-sayarat yang ditetapkan setiap syarikat penerbangan. Ini sangat penting kerana ketika pandemik, garis panduan senantiasa ditukar, berubah dan diguna pakai mengikut keadaan dan situasi semasa. Untuk pengetahuan anda, Syarikat penerbangan tambah murah, AirAsia telah pun mengeluarkan garis panduan baharu berkenaan jenis bagasi yang dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam kabin. Polisi baharu itu dibuat selepas ruang storan bagasi di atas kepala penumpang juga tidak boleh digunakan ketika ini. Difahamkan, keputusan itu adalah bagi mengurangkan pergerakan dan amalan penjarakan sosial antara penumpang di dalam pesawat.

Ads

Menerusi artikel Polisi Penjarakan Sosial Bagasi Kabin hanya salah satu daripada tiga jenis bagasi kabin yang dibenarkan bagi setiap penumpang. Tiga jenis beg tersebut adalah beg komputer riba, beg tangan dan beg kecil.

Terkini, Hanya Satu Beg ‘Muat Letak Bawah Tempat Duduk’ Sahaja Dibenarkan Bawa Masuk Dalam Kabin AirAsia

Ads

Bagaimanapun, setiap penumpang hanya dibenarkan membawa sebuah bag. Ini tiga jenis bagasi kabin yang dibenarkan dibawa masuk ke dalam kabin AirAsia. Malah, beg yang dibenarkan dibawa masuk ke dalam kabin perlu memenuhi tiga syarat ini:

  • Tidak boleh melebihi 40cm (Ketinggian) x 30cm (Lebar) x 10cm (Panjang)
  • Tidak boleh melebihi berat 7kg
  • Boleh dimuatkan di bawah tempat duduk hadapan

Terkini, Hanya Satu Beg ‘Muat Letak Bawah Tempat Duduk’ Sahaja Dibenarkan Bawa Masuk Dalam Kabin AirAsia

Ads

Jika dahulu, para penumpang boleh meletakkan bagasi di ruang bagasi kabin, namun kini tidak lagi, hanya di bawah kerusi hadapan. Bagaimanapun, jika bagasi kabin penumpang tidak boleh dimuatkan di bawah tempat duduk di hadapan, para penumpang dibenarkan mendaftar masuk masuk secara percuma bagasi kabin dengan syarat bagasi tersebut tidak melebihi berat 7kg. Sekiranya berat beg tersebut lebih dari 7 kg, caj tambahan akan dikenakan untuk setiap kilogram berat lebihan tersebut.

Terkini, Hanya Satu Beg ‘Muat Letak Bawah Tempat Duduk’ Sahaja Dibenarkan Bawa Masuk Dalam Kabin AirAsiaTerkini, Hanya Satu Beg ‘Muat Letak Bawah Tempat Duduk’ Sahaja Dibenarkan Bawa Masuk Dalam Kabin AirAsia

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI