Teringin Nak Tengok Air Terjun Pelangi? Ini Sharing Kalau Korang First Time Ke Sg Lembing

Share

Air Terjun Pelangi bukan sahaja menjadi destinasi utama penduduk tempatan bersantai malah sangat terkenal dalam kalangan pengunjung luar lebih-lebih lagi setelah menjadi viral di sosial media.

Bagi tujuan berlibur dan berekreasi pada hujung minggu, para pencinta alam semulajadi dan yang berjiwa adventure pasti memilih lokasi air terjun ini. Keindahan Air Terjun Pelangi sangat mengasyikkan umpama berada di satu dunia yang lain, atau pun boleh diandaikan seperti pemandangan dalam filem fantasi. Di sini sungguh sesuai untuk menjalankan pelbagai aktiviti seperti berendam, berenang, sesi fotografi ataupun hanya merenung menghargai alam. Para pencinta alam semulajadi akan terpesona dengan percikan aliran air terjun setinggi 250 meter dan kejernihan kolam air yang dihiasi dengan biasan sang pelangi yang indah.

Ini sedikit tip dan panduan untuk anda yang bercadang ke Air Terjun Pelangi dikongsi oleh Fynaz Mohd

Korang yangg suka aktiviti hiking dan mencabar list siap-siap untuk next vacay korang. Selama 29 tahun aku duduk Kuantan baru aku tahu Sg Lembing rupanya cantik gilerrr! Ni aku cerita sikit kat korang untuk memudahkan korang nak pergi nanti.

Ni aku pergi tidur rumah kawan sebab dia memang kampung kat sana, so korang kena stay semalam kat sana ye, sebab kita akan bertolak awal pagi pukul 5.30 dah gerak,sana banyak chalet dan hotel lawa-lawa, korang boleh survey hat Mane korang nak. Transport akan datag amik kat hotel korang jam tepat 5.30, pastikan dah ready dah 5.30 tu pasal transport & tour guide dia nanti last ak cite & bagi contact no ok.

  • 5.30 gerak dia bawak korang makan dulu,tapi situ memang penempatan dia chinese,so kedai-kedai memang banyak kedai Cina je, dia akan bawak korang makan kedai Cina,aku mkn roti je sebab aku was-was, so sparelah roti, megi n mineral water nanti siap-siap. Siap makan dia akan mulakan perejalanan untuk bawak korang pegi tengok sunrise dulu, so sementara menunggu sunrise tu boleh la korang bergambar dulu, pastikan memori telefon cukup.



  • So next troskan perjalan ke rainbow waterfall 40 minit naik bus (kawan aku panggil bas transport tu) pegang kuat-kuat tau takut melambung keluar tak berhenti dah amik korang. Gurau…
  • Hiking selama 45 minit nAk smpai ke waterfall tu, pastikan korang betul-betul ready tau sebab agak mencabar nak naik tu, kena panjat batu besar-besar jugak,smpai je sana fuhhhh lega!!!!! Sementara nak tunggu rainbow tu naik boleh kopi-kopi dulu rehat sambil makan megi,jgn risau guide korang yang sediakan makanan untuk korang kat atas sana nanti, tapi nasib baik aku bwaak epal dalam beg,sebab lapar giler lepas hiking makan megi tak cukup satu.
  • Kalau rezeki korang baik pergi time hujan air terjun kuat sikit rainbow dia lagi lawa, so boleh la korang mandi-mandi situ air dia sejuk dan segar giler, ramai yang pergi tak mandi sebab takut sejuk, tapi aku nasihatkan korang tolonglah mandi, badan segar gilerrr wehh!! Nanti nak balik semula takda lah korang dah tak bermaya sebab dah kenyang kat atas tu.





  • Dah balik korang boleh la singgah-singgah muzium sana,banyak muzium cantik-cantik untuk bergambar,tapi aku dah tak pergi,sebab dah tak larat. Sebelum balik yang pling penting jangan lupa singgah makan mee Jawa paling top kat sana pok yeh mee Jawa ,sedap boleh bagi 10/10 huhu MEE JAWA POK YEH!
  • So itu sajelah nak share ok, kat bawah ni aku ada bagi sekali nombor untuk korang yang nak sewa transport n guide dia. Rm70 sahaja sekepala. Driver dia sangat baik dan betul-betul jaga kita. Servis terbaik bagi 10 bintang. Rainbow waterfall tourism association 0169224818(transport servis n tour guide).
Oleh
Husna