Gajah dengan negara Thailand memang tidak dapat dipisahkan. Jika kebanyakkan lokasi tumpuan pelancong menjadikan gajah sebagai ‘pekerja’ atau alat untuk mengaut keuntungan, tidak untuk Kem Gajah Mae-Sa. Kem yang bertempat di Chiang Mai, Thailand ini adalah pusat pelindungan, pemeliharaan serta pemuliharaan gajah untuk terus hidup dengan selamat tanpa sebarang ancaman.

Di Gajah Mae-SA, anda boleh melihat sendiri bagaimana bahagia dan gembirannya gajah-gajah yang ditempatkan di sini dari usia masih bayi hingga dewasa. Layanan yang diterima gajah-gajah ini begitu baik dan terjaga.

Buktinya, aksi seekor anak gajah yang manja sedang memujuk penjaganya di sini bermain bersama menjadi tular. Pekerja di sini dan juga penjaga gajah tersebut bernama Dan Daeng sedang mengecat pagar buluh sebagai persediaan untuk musim sejuk. Ketika sedang sibuk mengecat, dia telah disapa seekor anak gajah, diberi nama Khunsuk.

Ads

Netizen Terhibur Tengok Anak Gajah Pujuk Penjaga Main DengannyaNetizen Terhibur Tengok Anak Gajah Pujuk Penjaga Main Dengannya Netizen Terhibur Tengok Anak Gajah Pujuk Penjaga Main Dengannya

Ads

Khunsuk yang baru berusia setahun kelihatan tidak berputus asa untuk mengajak Dan Daeng bermain bersamanya, mungkin terlalu bosan. Walaupun hanya sekejap Dan Deng dapat melayan Khunsuk, anak gajah itu kelihatan sudah berpuas hati.

Ads

Comelkan?

Sumber: Erabaru

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI