Bangkok, salah satu daripada bandar besar yang ada di rantau Asia Tenggara. Bandar mega itu juga antara bandar yang pesat membangun dengan bangunan pencakar langit selain menjadi pusat budaya masyarakat Thailand yang unik lagi tersendiri.
Disamping itu, Bangkok juga kian pesat membangun daripada segi ekonomi – bandar tersebut mendatangkan pelbagai peluang kepada warganya yang bijak untuk merebut peluang untuk mencari secebis kekayaan di bandar tersebut kerana selain daripada dipenuhi konglomerat antarabangsa, Bangkok juga dipenuhi dengan pelancong yang hadir dari seluruh pelusuk dunia.
Tapi anda tahu tak , Bangkok hanya kata nama yang digunakan oleh pelancong sahaja. Bagi orang tempatan, Bangkok sebenarnya mempunyai namanya yang lain dan unik. Sebelum anda nak bercuti ke sana, ambil tahu dahulu apakah nama sebenar bagi bandaraya mega itu supaya sekiranya tersesat di luar daripada kawasan bandaraya, anda boleh berpatah balik dengan bertanyakan arah daripada orang tempatan.
Nak tahu nama sebenar Bangkok? Nama sebenar Bangkok adalah;
Krung Thep Mahanakhon Amon Rattanakosin Mahinthara Ayuthaya Mahadilok Phop Noppharat Ratchathani Burirom Udomratchaniwet Mahasathan Amon Piman Awatan Sathit Sakkathattiya Witsanukam Prasit
Panjang kan? Itulah nama sebenar Bangkok. Tapi tak ramai yang menggunakan nama tersebut sebagai panggilan kerana ianya terlalu panjang dan sukar untuk di sebut. Jadi, mereka hanya akan menggunakan Krung
Thep Mahanakhon sebagai kata ganti nama kerana lebih pendek dan senang untuk diingat.Kalau anda keluar daripada kawasan bandar ke kawasan yang lebih jauh daripada Bangkok, kemungkinan besar mereka tidak kenal sekiranya anda bertanya kepada mereka mengenai Bangkok, kerana mereka hanya panggil Bangkok sebagai Krung Thep sahaja. Sekiranya tersesat jalan, tanyakan di mana arah Krung Thep berbanding anda bertanyakan di mana arah Bangkok kepada mereka.
TRIVIA Krung Thep membawa maksud ‘City of Angels’. |
Mana datangnya perkataan Bangkok kalau ibu negara Thailand itu dah ada namanya yang asal? Asal perkataan Bangkok ini dipercayai datang daripada dua perkataan – Bang Makok yang bermaksud bagian tengah untuk kota atau desa yang berlokasi di tepian sungai, dan Makok adalah nama untuk tanaman yang menghasilkan buah seperti buah olive (Spondias pinnata, Spondias mombin atau Elaeocarpus hygrophilus), atau Bang Koh, Koh berarti “pulau”, merujuk kepada suatu wilayah yang terukir oleh sungai-sungai.
Jadi, adakah kemungkinan Thailand akan datang pengiktirafan memiliki nama ibu negara yang paling panjang sekali di dunia? Itu sama-sama kita nantikan di masa akan datang.
Sumber: Into Asia