Bangkok, salah satu daripada bandar besar yang ada di rantau Asia Tenggara. Bandar mega itu juga antara bandar yang pesat membangun dengan bangunan pencakar langit selain menjadi pusat budaya masyarakat Thailand yang unik lagi tersendiri.
Disamping itu, Bangkok juga kian pesat membangun daripada segi ekonomi – bandar tersebut mendatangkan pelbagai peluang kepada warganya yang bijak untuk merebut peluang untuk mencari secebis kekayaan di bandar tersebut kerana selain daripada dipenuhi konglomerat antarabangsa, Bangkok juga dipenuhi dengan pelancong yang hadir dari seluruh pelusuk dunia.
Tapi anda tahu tak , Bangkok hanya kata nama yang digunakan oleh pelancong sahaja. Bagi orang tempatan, Bangkok sebenarnya mempunyai namanya yang lain dan unik. Sebelum anda nak bercuti ke sana, ambil tahu dahulu apakah nama sebenar bagi bandaraya mega itu supaya sekiranya tersesat di luar daripada kawasan bandaraya, anda boleh berpatah balik dengan bertanyakan arah daripada orang tempatan.
Nak tahu nama sebenar Bangkok? Nama sebenar Bangkok adalah;
Panjang kan? Itulah nama sebenar Bangkok. Tapi tak ramai yang menggunakan nama tersebut sebagai panggilan kerana ianya terlalu panjang dan sukar untuk di sebut. Jadi, mereka hanya akan menggunakan KrungThepMahanakhonsebagai kata ganti nama kerana lebih pendek dan senang untuk diingat.
Ads
Kalau anda keluar daripada kawasan bandar ke kawasan yang lebih jauh daripada Bangkok, kemungkinan besar mereka tidak kenal sekiranya anda bertanya kepada mereka mengenai Bangkok, kerana mereka hanya panggil Bangkok sebagai KrungThep sahaja. Sekiranya tersesat jalan, tanyakan di mana arah KrungThep berbanding anda bertanyakan di mana arah Bangkok kepada mereka.
TRIVIA KrungThep membawa maksud ‘City of Angels’.
Ads
Mana datangnya perkataan Bangkok kalau ibu negara Thailand itu dah ada namanya yang asal? Asal perkataan Bangkok ini dipercayai datang daripada dua perkataan – Bang Makok yang bermaksud bagian tengah untuk kota atau desa yang berlokasi di tepian sungai, dan Makok adalah nama untuk tanaman yang menghasilkan buah seperti buah olive (Spondias pinnata, Spondias mombin atau Elaeocarpus hygrophilus), atau Bang Koh, Koh berarti “pulau”, merujuk kepada suatu wilayah yang terukir oleh sungai-sungai.
Jadi, adakah kemungkinan Thailand akan datang pengiktirafan memiliki nama ibu negara yang paling panjang sekali di dunia? Itu sama-sama kita nantikan di masa akan datang.
Satu daripada binatang terancam yang ada di Malaysia iaitu Tapir Malaya diangkat menjadi maskot pelancongan negeri Perak. Berita daripada akhbar The Star melaporkan satu lakaran grafik berupa Tapir Malaya yang dinamakan ‘Kopi-O’ itu telah dicipta oleh seorang pereka grafik berusia 21 tahun, Wan Sue Khay.
Tapi, kenapa Tapir Malaya? Wan menjelaskan kenapa beliau memilih Tapir Malaya adalah kerana haiwan tersebut kini diancam kepupusan. Laporan pada tahun 2017 menunjukkan populasi Tapir Malaya kini hanya 1,200 hingga 1,500 ekor sahaja di semenanjung.
Oleh yang demikianlah kenapa Wan menjadikan Tapir Malaya sebagai model utama dalam penghasilan lakaran grafik beliau. Selain itu, warna Tapir Malaya yang hitam dan putih menyebabkan Wan memanggil ia sebagai ‘Kopi-O’, turut sinonim dengan kopi sebagai minuman yang terkenal di Ipoh.
Wan Sue Khay menerima hadiah daripada Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri Perak, Tan Kar Hing sambil diiringi CEO Tourism Perak, Zuraida Md Taib – gambar The Star
Maskot yang dinamakan ‘Kopi-O’ itu dilihatkan dapat berhubung kepada masyarakat dengan lebih dekat dan seterusnya mewujudkan kempen kesedaran secara tidak langsung bahawa Tapir Malaya kini berada diambang kepupusan.
Wan yang menang dalam pertandingan mereka maskot pelancongan negeri Perak itu membawa pulang wang berjumlah RM5,000 berserta sijil, hadiah penginapan hotel dan baucer Kellie’s Castle selepas mengenepikan 42 peserta yang lain.
Pengurusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, dan Kebudayaan Negeri Perak, Tan Kar Hing akan menjadikan Tapir Malaya ini sebagai maskot yang mempromosikan negeri Perak tidak kira di dalam ataupun di luar negara.
“tapir malaya ini hanya boleh dijumpai di Asia tenggara dan sejarah menunjukkan ia sudah lama wujud di negeri perak.
salah atu buktinya ada lukisan pra-sejarah yang terdapat di gua tambun, menggambarkan tapir sudah ada sejak era neolithic” – Tan kar hing
Diharap dengan kewujudan maskot baru ini, masyarakat terutama di negeri Perak akan lebih peka terhadap alam sekitar dan turut sama menyumbang dalam usaha untuk memulihara dan memelihara habitat alam semula jadi.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Siapa yang pernah sampai ke Bukit Baginda di Kampung Majau? Kepada yang belum sampai, Bukit Baginda di Kampung Majau ni terletak di daerah Kuala Pilah, 13 kilometer dari pekan Batu Kikir dan lokasi ini antara tempat popular untuk orang ramai datang melakukan aktiviti rekreasi.
Apa yang menarik di Bukit Baginda ni selain daripada persekitarannya yang menghijau dengan tumbuh-tumbuhan adalah kewujudan Waze Rock atau Batu Berombak yang cukup unik dan menjadi ‘magnet’ penarik pelancong untuk berkunjung ke sana.
Keunikkan Waze Rock itu berjaya menarik ramai pelancong semenjak kawasan itu dibuka kepada orang awam kerana rupa bentuk batunya bulat dan tekstur permukaan batu tersebut beralun seperti ombak. Dek kerana itulah batu tersebut mendapat jolokan nama Wave Rock atau Batu Berombak.
Populariti Waze Rock Bukit Baginda itu bukan sahaja menarik minat pelancong tempatan malah ramai pelancong dari luar negara juga tiba bagi merasai sendiri pengalaman mendaki Bukit Baginda dan melihat sendiri Waze Rock tersebut. Rata-rata pelancong luar negara yang datang adalah dari Perancis, Jepun, United Kingdom, Vietnam dan Filipina.
Sekiranya anda ingin mendaki ke Wave Rock disarankan untuk mempunyai daya tahan mental dan fizikal yang baik kerana lokasi batu itu terletak di ketinggian lebih kurang 450 meter dari aras laut dengan jarak sepanjang 2 kilometer mendaki sahaja.
Masa untuk orang dewasa normal mendaki adalah lebih kurang 1.5 hingga ke 2 jam sahaja untuk sampai puncak Bukit Baginda. Anda yang ingin ke sana dikehendaki untuk membayar yuran masuk lebih kurang RM8 seorang iaitu RM5 untuk permit dan RM3 untuk yuran pengurusan kawasan berkenaan.
Selain daripada Wave Rock itu, kawasan Bukit Baginda juga mempunyai empat buah gua yang masih belum diterokai sepenuhnya dan di sekitar daerah Kuala Pilah itu juga terkenal dengan 70 tapak batu megalit atau lebih dikenali sebagai Batu Hidup daripada 300 tapak batu megalit yang ada di Negeri Sembilan.
Setiap kali hujung minggu, kebanyakkan bandar-bandar besar di Malaysia akan dibanjiri oleh warga asing yang mengambil peluang untuk bersantai dan bertemu rakan senegara lain yang sama-sama mencari nafkah di sini.
Jika di Kuala Lumpur lokasi Jalan Silang dan Lebuh Pudu menjadi lokasi popular pertemuan rakyat Bangladesh berkumpul dan bertemu rakan senegara. Sehinggakan warga asing ini menggelar lokasi ini sebagai Bangla Market.Ya, sejak sekian lama memang kawasan itu sering menjadi lokasi pilihan warga asing untuk bersiar-siar.
Mungkin kerana faktor capaian perkhidmatan pengangkutan awam yang mudah dan kedai-kedai sekitar yang menawarkan produk untuk berbelanja murah. Maka lokasi ini menjadi pilihan setelah mendengar khabar mulut ke mulut antara warga asing yang baru dan lama.
Bukan setakat warga Bangladesh, malah warga asing lain iaitu Nepal, Indonesia dan Vietnam turut kelihatan di kawasan ‘Bangla Market’ tersebut.
Apabila sebut Bangla Market, mereka sudah tahu dan akan berkumpul sebelum keluar secara berkumpulan untuk menghabiskan cuti umum pendek atau panjang. Ada juga sesetengah warga asing apabila ditanya lokasi ‘Jalan Silang’, mereka tidak tahu, namun jika sebut Bangla Market, pasti lokasi itu segera bermain dalam kotak ingatan.
Paling mengejutkan disekitar kawasan ini juga sudah mempunyai pelbagai premis kedai seakan-akan seperti di Bangladesh dengan pelbagai produk mereka dijual.
Walau bagaimanapun diharap pihak berkuasa membuat pemantauan lebih berkala di kawasan Jalan Silang ini, kerana dikatakan gejala ragut dan memeras ugut sering kali berlaku di sekitar ini melibatkan mangsa rakyat tempatan dan juga pelancong. Hal ini akan memberi imej buruk dan menjejaskan nama Kuala Lumpur sendiri.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...