Kebanyakan pusat peranginan pulau-pulau terkenal di Terengganu menghentikan tempahan pakej pelancongan sebagai persiapan menghadapi musim tengkujuh tidak lama lagi.
Ia juga telah menjadi rutin tahunan buat mereka setiap tahun untuk menutup tempat penginapan sementara waktu bermula Okt sehingga Feb dan dibuka sepenuhnya pada Mac setiap tahun. Pada musim tengkujuh keadaan ombak yang tidak menentu boleh mendatangkan ancaman keselamatan kepada pelancong yang berkunjung ke pulau dan aktiviti yang dilakukan juga amat terhad berbanding hari biasa. Perkhidmatan bot juga tidak akan beroperasi seperti hari biasa dan ia menyukarkan pelancong untuk masuk ke pulau.
Hanya beberapa buah sahaja yang dilaporkan akan beroperasi sepanjang tahun terutama bagi memenuhi permintaan pelancong asing yang berminat dengan sukan luncur ombak. Menurut Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, semua pusat peranginan di Pulau Perhentian telah ditutup bermula Oktober kecuali empat buah iaitu Sharila Perhentian Resort, Coral View Resort, D’Rock Garden Resort dan Aina Ohana yang akan beroperasi sepanjang tahun.
Ads
Manakala di Pulau Redang, Kuala Nerus dan Pulau Kapas, Marang, operasi kebanyakan pusat peranginan dihentikan sementara sejak Okt lepas, manakala operasi di Pulau Tenggol, Dungun dihentkan akhir bulan ini.
Ads
Rata-rata pengusaha berkata penutupan tersebut dilakukan bagi menyahut seruan kerajaan negeri yang bimbang dengan keselamatan pelancong terutama ketindaktentuan keadaan cuaca dan laut bergelora.
Ads
Kebanyakan pengusaha giat melakukan persediaan dan memindahkan pelbagai peralatan terutama bot ke lokasi selamat. Kebanyakan pulau hanya dihuni pekerja dan pengusaha bagi memantau keadaan sekeliling sepanjang musim tengkujuh dan ini memberi laluan untuk kerja-kerja membaik pulih kerosakan pada bilik-bilik penginapan di pulau itu.
Panggung Teater Encore Melaka dengan kerjasama Persatuan Fotografi Selangor dan Kuala Lumpur buat julung kalinya akan manganjurkan pertandingan fotografi dengan menawarkan hadiah keseluruhan RM9,000.
Pertandingan bertema ‘Encore Melaka Through the Lens Travel Photography’ ini memberi peluang kepada penggiat seni fotografi untuk merakam gambar keunikkan dan kecantikkan persembahan teater bertaraf dunia di Encore Melaka melalui kaca lensa.
Menurut Pengarah Urusan Encore Melaka, Long Tyan Poh, pertandingan ini akan menjadi satu pertandingan yang unik kerana buat pertama kalinya peserta pertandingan akan diberikan pas eksklusif untuk merakam gambar sewaktu persembahan dan di belakang pentas.
Peluang untuk memiliki pas eksklusif ini hanya diberikan kepada peserta yang menyertai photo trip dua hari satu malam pada 8 dan 9 Disember ke Encore Melaka dengan harga serendah RM230.
Pertandingan fotografi ini terbuka kepada semua peringkat usia dan kemahiran. Sama ada profesional atau amatur turut berpeluang menyertai pertandingan yang dianjurkan.
Hadiah tempat pertama akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM3,000 manakala tempat kedua dan ketiga akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM2,000 dan RM1,000 setiap seorang.
Malaysia kekal menduduki tempat pertama indeks pelancongan Islam global oleh MasterCard-CrescentRating Global Muslim Travel Index (GMTI) untuk tahun kesembilan berturut-turut, tetapi buat julung kalinya berkongsi kedudukan itu dengan Indonesia.
Laporan GMTI 2019 itu, yang menyenaraikan 130 destinasi di peringkat global, memberikan markah 78 kepada kedua-dua negara. Dalam kenyataan rasmi kemarin, MasterCard dan CrescentRating berkata, Indonesia meningkat daripada tempat kedua ke tempat teratas menerusi usaha berterusan Kementerian Pelancongan negara itu untuk melabur dalam industri pelancongan dan penggembaraannya dan membangunkan infrastruktur mesra pelancong Islam.
Negara lain dalam kalangan 10 negara teratas ialah Turki (75 markah), Arab Saudi (72), Emiriah Arab Bersatu (UAE) (71), Qatar (68), Maghribi (67), Bahrain (66), Oman (66) dan Brunei (65).
Pada 2018, Malaysia mendapat 80.6 markah manakala Indonesia terikat dengan UAE dengan 72.8 markah. Singapura kekal sebagai destinasi pelancongan mesra Islam perdana dalam kalangan destinasi bukan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada tahun ini, diikuti Thailand, United Kingdom, Jepun dan Taiwan.
Indeks itu selari dengan kekukuhan dan pertumbuhan destinasi pelancongan mesra Islam dalam empat bidang strategik iaitu akses, komunikasi, persekitaran dan perkhidmatan.
Sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Hujung tahun memang ramai yang pergi bercuti ke luar negara. Antara destinasi yang menjadi pilihan adalah negara Jepun atau negara Matahari Terbit. Cuaca sejuk dan mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati menjadikan Jepun antara pilihan para pelancong.
Terkenal dengan kos sara hidup yang tinggi, perlu diingatkan buat pengembara yang nak melancong ke Jepun, penginapan yang ada di sana memerlukan kos yang agak tinggi dengan ruang yang cukup terhad.
Namun semua tu bukan halangan untuk anda enjoy sepanjang percutian di sana. Meskipun ruang yang agak kecil dengan harga yang boleh tahan tinggi, kunjungan anda ke Jepun pastinya meninggalkan memori indah sebagai kenangan.
Kredit Foto: www.japan-guide.com
Bagi yang dah buat perancangan dan bakal ke sana, Jack S Adli melalui group Road To Japan berkongsi tip untuk anda memilih penginapan bila hendak bercuti ke Jepun. Maklumat yang dikongsikan cukup menarik dan moga dapat menjadi panduan buat semua traveler yang ingin ke sana.
JIKA ANDA MERANCANG KE JEPUN
Sila baca sampai habis, ini semua Fakta bukan Auta, supaya anda tidak terkejut nanti apabila sampai disana.
Gambaran Bilik Hotel di jepun Yang berharga antara RM250 – RM300 semalam untuk berdua. Ada antara kita mahukan Bilik Hotel mempunyai Katil kerana kurang selesa untuk tidur di Lantai.
Harus di ingat bilik hotel dan katil double di jepun tidak seluas seperti di malaysia.
Memilih untuk bilik berkatil anda perlu bersedia dengan ruang bilik yang sangat sempit.
Sehingga ada antara hotel, anda terpaksa solat di atas katil. Lagi bertambah sempit jika bertiga dengan anak kecil.
Saya lebih suka tinggal di Hotel mempunyai “japanese style bedroom” tidur menggunakan futon. Kerana dapat solat dengan lebih mudah, boleh bergerak bebas dengan ruang bilik lebih terasa lebih luas.
Kredit Foto: www.japan-guide.com
Percayalah anda tidak akan terasa sakit badan atau leher dengan tidur diatas lantai menggunakan futon.
Level penginapan saya di TOKYO tinggal di hotel keranda atau bilik bujang muat satu tilam, tandas dan bilik mandi berkongsi untuk Berjimat.
Dapat tido APA Hotel dah rasa “KING”
Hotel di TOKYO kos RM300 ke RM400 dapat satu katil kecik untuk kongsi berdua. Nak solat pon kena atas katil ..punya la ngam ngam dia punya ruang.
Nak selesa sikit ..dekat dengan station Sedia la RM500 ke RM700 semalam ..boleh la lari lari anak dalam bilik.
Nak murah luas dan bilik boleh buat majlis doa selamat…kena book hotel yang terceruk sikit menapak 1 ke 2 km dari Station.
Kalau kena musim kemuncak….bilik keranda pon boleh cecah RM200 semalam untuk seorang…tu pon sold out….
Jika anda datang ke TOKYO sila jangan Impikan Bilik hotel yang luas dgn katil King Saiz bemodal RM300 semalam bedua, berhampiran stesen train.
Kredit Foto: www.japan-guide.com
10 Fakta yang ada perlu tahu sebelum memilih penginapan di Jepun.
Penginapan di Jepun bukan sesuatu yang menelan belanja yang terlalu tinggi. Masih terdapat sebuah bilik untuk solo traveller dengan berharga bawah RM50/semalam di osaka dan tokyo.
Namun Fakta berikut perlu anda tahu sebelum memilih penginapan yang sesuai untuk percutian anda.
Ruang Bilik Hotel Tidak besar.
Keluasan bilik hotel dikawasan bandar kebanyakan cukup cukup untuk katil dan bilik air walaupun ia bertaraf ke dan kebanyakan tidak mempunyai almari dan ruang untuk solat, namun sesetengah hotel menyediakan 2 jenis bilik yang membolehkan anda memilih untuk western room menggunakan katil atau Japanese room menggunakan Futon.
Harga
Tempahan “Online lagi murah dari “Walk in dan harga mengikut perpax bukan per-room, jadi menjadi kesalahan jika anda menempah untuk 2 orang dan masuk beramai ramai.
Kredit Foto: www.japan-guide.com
Kanak kanak
Kebanyakan kanak kanak berumur 1 – 5 tahun percuma, berkongsi katil dengan penjaga ada juga sesetengah hotel meletakan 1 – 8 tahun percuma.[sila baca terma sebelum menempah] dan Kapsul hotel kebanyakan tidak menerima kanak-kanak.
Waktu Check in
Waktu check in kebanyakan pada jam 3petang. Jika anda memilih untuk Menginap di hotel kebawah sila pastikan waktu kaunter beroperasi. kebanyakannya beroperasi sehingga jam 10malam sahaja dan akan menjadi masalah jika penerbangan anda tiba lewat dan anda tidak memaklumkan kepada mereka.
Lokasi
Penginapan terbaik adalah penginapan yang memudahkan perjalanan anda dan tidak memerlukan kos tambahan. jika anda menggunakan private transport maka dimana mana sahaja ok. jika anda mengguankan 100% pengangkutan awam anda perlu memilih.
Kredit Foto: www.japan-guide.com
Jarak perjalanan dari rumah ke Station terdekat.
– Pastikan jarak perjalanan kurang dari 10 minit berjalan kaki. lebih dari 10 minit bermaksud anda akan berjalan kaki antara 1km sehala. penat oooooo.
Pengangkutan yang menjimatkan atau pengangkutan tersebut telah masuk didalam pas yang anda gunakan sepanjang di sana.
– jika anda sudah merancang itinerary perjalanan baru pilih penginapan mengikut pas pengangkutan yang anda guna untuk berjimat. jika tidak anda akan mengeluarkan kos yang lain untuk berulang alik.
Airbnb
Terdapat juga kes kes scam airbnb yang pernah saya jumpa, jika anda ingin memilih airbnb sila berhubung dengan host terlebih dahulu dan bertanya sehingga anda berpuas hati sebelum menempah. Harus di ingat jika anda menginap di airbnb bermakna anda hidup didalam kejiranan dan harus patuhi larangan larangan kejiranan terutama pembuangan sampah dan jangan membuat bising, jika tidak jangan terkejut polis datang mengetuk pintu anda dan host boleh mengarahkan anda keluar sertamerta.
Kredit Foto: www.japan-guide.com
Hotel
Pihak Hotel boleh membatalkan tempahan anda secara tiba tiba dan memulangkan semula jumlah yang anda bayar jika anda melangar peraturan yang ditetapkan contoh memuatkan lebih dari jumlah tempahan.
Ruang memasak.
Hanya hostel dan sesetangah hotel kebawah menyediakan dapur dan ruang makan untuk kegunaan bersama.
Berkongsi Bilik Bilik Air/ Outside Bathroom.
Jangan terlalu risau dengan berkongsi Tandas dan Bilik Air di luar, kesemuanya diasingkan antra Lelaki dan Perempuan.
Ada antara hotel juga mengasingkan Tingkat antara lelaki dan perempuan.
Kawasan pilihan
Osaka
Shin imamiya antara tempat terbaik untuk menjadi lokasi penginapan, selain murah, Hub pengangkutan untuk ke Lapang terbang dan kesemua rangkaian train yang terdapat didalam pass pengangkutan terdapat disana.
Tokyo
Berhampiran dengan JR Yamanote line.
paling terbaik area Ueno dan Nippori.
Kredit Foto: www.japan-guide.com
Fakta Tambahan – Bilik bilik hotel tidak kedap bunyi [kecuali Hotel] sila perlahankan suara anda atau suara isteri anda, jika tidak mahu pintu bilik anda diketuk atau telefon berbunyi memberi tahu anda supaya perlahakan sedikit suara.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...