Larangan rentas sempadan negara yang dikeluarkan kerajaan bagi mengekang penularan wabak COVID menyebabkan rakyat Malaysia memilih bercuti di destinasi paling menarik ada di Malaysia.
Bagi penduduk di Semenanjung Malaysia, ramai yang memilih negeri di pantai timur untuk bercuti terutamanya di kawasan pulau yang cantik. Tahap pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 yang tinggi dalam kalangan pengusaha resort di pulau peranginan di Terengganu memberi keyakinan kepada pelancong untuk memilih pulau di negeri ini sebagai destinasi percutian.
Ads
Ads
Ads
Menurut kenyataan daripada Tourism Malaysia Wilayah Timur, tiga negeri di Pantai Timur menerima kedatangan pelancong lebih 100 peratus sejak sempadan negeri dibuka berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun lalu.
Berdasarkan kajian pelancongan domestik yang dijalankan Tourism Malaysia April lalu, Terengganu menerima kenaikan pelancong tertinggi iaitu 165 peratus diikuti Kelantan (135 peratus) dan Pahang (114 peratus).
Lebih 72 peratus daripada 13,797 responden kajian memilih pulau dan pantai sebagai destinasi percutian pilihan selain premis makanan menarik. Manakala sebanyak 68 peratus responden pula memilih destinasi berbaloi dengan perbelanjaan dan ia terdapat di ketiga-tiga negeri di Pantai Timur.
Kalau anda bercadang untuk masuk ke pulau-pulau cantik di Terengganu, waktu yang ideal untuk ke sini adalah dari bulan Mac hingga Oktober setiap tahun. Pulau-pulau disekitar Terengganu boleh dilabelkan antara yang paling indah dan menarik di negara ini. Apa lagi, anda boleh mula merancang awal untuk ke pulau-pulau sekitar Terengganu ini dengan segera.
Pulau Redang, Pulau Kapas,Pulau Perhentian, Pulau Lang Tengah, Pulau Tenggol, dan Pulau Gemia. antara 7 buah pulau yang anda di Terengganu yang menyediakan lokasi penginapan sesuai untuk semua peringkat umur. Antaranya Bayangkan buka pintu bilik terus nampak view laut yang terbentang luas. Memang best teruk la!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
‘Good Night, Malaysian Three Seven Zero’ adalah mesej radio terakhir yang dihantar dari kokpit MH370.
Ia akan terus bermain di fikiran kita serta kehilangan MH370 akan menjadi misteri penerbangan terbesar di dunia sehingga ada petunjuk baharu atau bukti utama yang ditemui.
Hari ini 8 Mac, genap enam tahun penerbangan Malaysia Airlines MH370 hilang tanpa jejak di selatan Lautan Hindi dan persoalan paling penting dalam misteri penerbangan terbesar di dunia itu masih belum dijawab.
Kehilangan pesawat penumpang Boeing 777 yang hilang daripada skrin radar semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014, dengan 239 penumpang terus membelenggu fikiran pakar penerbangan, anggota keluarga, sahabat dan seluruh dunia.
Operasi pencarian terakhir pesawat itu berakhir Mei tahun lepas apabila syarikat eksplorasi yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Ocean Infinity gagal mengesan pesawat malang itu selepas melakukan pencarian lebih 112,000 kilometer persegi di dasar laut selama lebih tiga bulan tempoh operasi. Sehingga kini, hanya tiga serpihan sayap, dikenali sebagai flaperon, disahkan berasal dari pesawat Penerbangan MH370.
Sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Aktiviti selam skuba di Malaysia sememangnya mempunyai pengikutnya tersendiri kerana boleh dikatakan terdapat pulau tertentu dalam negara yang sentiasa dipenuhi golongan ini. Bagi penggemar aktiviti ini, jika tidak melakukan selaman dalam tempoh yang lama, ianya pasti dirindui.
Namun, ketika negara sedang bergelut dengan wabak COVID-19, aktiviti ini perlu direhatkan sementara sebagai langkah menghentikan penularan pandemik ini. Ramai penyelam yang akur dan bersabar untuk turun semula ke dasar laut sehingga ada kebenaran diberikan semula. Tetapi tidak bagi segelintir penyelam yang barangkali terasa sangat gian untuk menyelam.
Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Miri telah menahan sebuah bot dan sembilan individu selepas disyaki melakukan aktiviti reakreasi menyelam di perairan Miri kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 31 Mei 2020 lalu.
Sebuah bot telah dikesan menjalankan aktiviti rekreasi menyelam pada jarak lebih kurang 12.7 batu nautika dari perairan Miri dan hasil pemeriksaan mendapati kesemua mereka gagal mengemukakan surat kebenaran untuk melakukan aktiviti menyelam terbabit. Sembilan penyelam terbabit dibawa ke balai polis untuk dikenakan kompaun di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) kerana ingkar PKPB).
APMM mengingatkan agar semua komuniti maritim terutama pada pengusaha bot yang menjalankan aktiviti rekreasi seperti bot pemancing dan menyelam agar mematuhi PKPB yang sedang dilaksanakan. Semua aktiviti berkaitan pelancongan dan rekreasi hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada jabatan berkaitan.
Bukit Kanada Miri juga digelar The Grand Old Lady merupakan telaga minyak pertama di negara ini yang menggunakan kaedah alat kabel. Sejak 1910, Bukit Kanada yang terletak 150 meter di atas paras laut, telah menyaksikan pelbagai sejarah dan pembangunan fizikal yang berlaku di bandar Miri yang kaya dengan hasil minyak.
Lokasi ini juga telah diangkat menjadi industri pelancongannya yang menarik di Miri. View di atas puncak bukit ini sangat menawan dan istimewa dengan pemandangan indah bandar raya Miri dan Laut China Selatan. Dari puncak Bukit Kanada yang merupakan puncak tertinggi di Miri, anda dapat melihat keseluruhan bandar Miri. Di sini juga merupakan port merakamkan video atau foto bintang-bintang yang boleh disaksikan dengan jelas.
Namun begitu, Persatuan Kontraktor Petroleum Sarawak (SPECA) meminta pelancong luar dan penduduk di Miri agar tidak memasuki kawasan tapak bekas telaga minyak yang dikatakan mengeluarkan gas dari bawah tanah di sekitar Bukit Kanada di bandar raya itu kerana ia membahayakan keselamatan mereka. Ada laporan daripada orang ramai telah menemukan satu lubang tanah berbuih dipercayai mengeluarkan gas asli cecair, satu daripada tapak bekas telaga minyak lama di kawasan terbabit baru-baru ini. Sebenarnya penemuan gas terbabit bukanlah menunjukkan sekitar bandar raya Miri masih banyak sumber minyak dan gas tetapi hanyalah kebocoran sisa bahan itu dari bekas telaga minyak lama dan sesuatu yang berbahaya kepada orang awam.
Kebocoran gas dari bekas telaga minyak lama itu berisiko untuk meletup dan persatuan itu bersedia berbincang dengan pihak berkuasa tempatan bandar raya itu bagi memberikan nasihat tentang bahaya berkenaan kepada penduduk di sana. Persatuan itu meminta kerajaan dan kementerian berkaitan alam sekitar di negeri ini mengenal pasti pihak bertanggungjawab terhadap telaga terbabit bagi membaik pulih dan menutup kebocoran gas atau minyak dari telaga itu. Ketika ini masih belum diketahui pihak yang bertanggungjawab terhadap bekas-bekas telaga minyak lama di Bukit Kanada tetapi kawasan itu diterokai syarikat minyak Shell sejak 1910 dan telah mengeluarkan hingga lapan juta tong minyak. Kerja memagar kesemua 624 tapak bekas telaga minyak lama terbabit dianggarkan tidak menelan kos yang tinggi namun kerja membaik pulih dan menutup dengan sempurna telaga terbabit akan melibatkan perbelanjaan lebih tinggi.
image via google | sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!