Sektor pelancongan Terengganu dijangka kembali pulih apabila kerajaan negeri membenarkan semua pusat penginapan dibuka dan aktiviti pelancongan berjalan seperti biasa mulai 12 Jun 2020.
Ada yang tak sabar untuk bercuti ke pantai atau sangat rindu untuk menyelam ke dasar laut? Negeri Terengganu ada banyak lokasi pelancongan menarik..
Foto: pixel.com
Kerajaan negeri amat mengalu-alukan kedatangan pelancong ke Terengganu untuk meningkatkan kembali ekonomi negeri, namun menasihatkan semua pihak mengamalkan langkah pencegahan dan kebersihan mengikut normal baharu untuk keselamatan diri dan keluarga masing-masing.
Terengganu kini sedang giat melaksanakan pelbagai inisiatif pelan pemulihan bagi membantu pemain industri pelancongan yang terjejas ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekaligus menjadi tulang belakang ekonomi rakyat negeri ini.
Sumber: Bernama