Terbaiklah! ‘Rumah Makan Percuma’ Di Kedah Jamu Palanggan Makan Tengah Hari Tanpa Bayaran

Share

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai sebuah restoran di Alor Setar, Kedah yang menyediakan makanan percuma kepada para pelanggannya. Ramai yang tertanya-tanya adakah memang wujud premis makan tersebut.

Jawapannya ya! Memang wujud restoran yang memberi makanan percuma kepada pelanggan tanpa ada syarat tertentu. Prihatin dengan nasib segelintir masyarakat yang terkesan akibat penularan pandemik COVID-19, seorang usahawan berjaya dan isterinya mengambil inisiatif membuka ‘Rumah Makan Percuma’ tersebut untuk menyediakan makanan secara percuma kepada golongan yang memerlukan.

Rumah Makan Percuma ini diwujudkan khas untuk memberi makan tengah hari kepada sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa dan agama dan status. Rumah Makan Percuma yang terletak di Kampung Tanah Seratus, Simpang Empat, memperuntukkan makanan untuk sekurang-kurangnya 200 orang sehari dan mereka akan menerima kad nombor giliran untuk mengambil makanan.

Di Rumah Makan Percuma menyediakan pelbagai menu tengah hari menarik seperti nasi putih, ayam dan sayur pelbagai jenis beserta minumam. Kedai ini beroperasi pada jam 12 tengah hari hingga 2 petang setiap Isnin hingga Sabtu usaha itu akan diteruskan selagi ada permintaan.

Rumah Makan Percuma ini mempunyai dua orang tukang masak akan menyediakan makanan setiap hari dengan bahan utamanya adalah beras, ayam dan sayur-sayuran.

Oleh
Husna