Camping di bulan Ramadan bukan sesuatu yang baru buat camper yang gemarkan aktiviti sebegini. Dapat pula campsite yang best dengan pemilik yang cukup sporting dan baik. Memang rasa macam balik kampung sendiri.
Walaupun masih baru dalam aktiviti camping, Jaja Ayoi memilih Pondok Warisan Ibrahim Ipah sebagai campsite buat kali kedua. Menurut wanita ini, aktiviti tersebut membuatkan dia berasa tenang.
Berkongsi pengalaman camping di bulan puasa, menariknya dia dan seorang lagi teman yang camping di situ berpeluang berterawih dalam suasana hutan menghijau. Selepas moreh sempat mereka semua mandi sungai yang ada.
Terasa umpama pulang ke kampung halaman sendiri bila berada di campsite ini. Jaja juga menyatakan bakal kembali ke sana pada hari raya nanti.
Ads
Terawih Dalam Hutan, Mandi Lepas Moreh. Camping tapi macam balik kampung sendiri!
Alhamdulillah cabar diri kali kedua camping di tempat yang sama. Beginner. Tapi nampaknya setiap bulan memang akan camping ni. Feeling dia sangat tenang. Benarlah pepatah “Grounding with nature is the best healing”.
CO terbaik. Pak wahab dan mak mek. Datang campsite mereka macam rasa balik kampung. Layanan. Borak sampai pukul 2 pagi. Moreh bersama. Memang seronok.
Ads
Kami dua family sahaja di campsite. Tenang. Allah beri kesempatan terawih di dalam hutan. Alhamdulillah.
Malam pukul 10 buat kerja gila mandi 2 family. Ada lampu spotlight hala ke sungai. Toilet memang terbaik. Coverage hp (maxis) ada.
Ads
Dah cakap dengan CO. Raya confirm repeat lagi! Walaupunn tekak kering setting khemah setting tempat makan semua tapi memori tu tak kan boleh hilang terutama nya untuk anak anak
Di Slovenia, sebuah gua pelancongan mempamerkan tiga ekor ‘anak naga’ yang menetas pada 2016 selepas kejayaan pembiakan spesies olm atau proteus (proteus anguinus) yang jarang berlaku. Olm tersebut dipercayai telah berada di gua terkenal Postojna terletak kira-kira 50 kilometer di barat daya Ljubljana selama jutaan tahun. Haiwan yang dikategorikan sebagai amfibia yang buta itu boleh mencapai ukuran maksimum 35 sentimeter panjang dan saiznya jauh lebih kecil daripada naga menakutkan yang sering diceritakan dalam kisah rakyat.
Keputusan untuk mempamerkan bayi naga itu dibuat beberapa hari selepas salah sebuah gua terbesar di Eropah itu yang biasanya menarik 700,000 pengunjung setiap tahun dibuka semula selepas penutupan selama tiga bulan akibat wabak COVID-19. Hanya 30 pengunjung dibenarkan untuk melihat sendiri spesies pemangsa purba akuatik itu yang dipercayai boleh hidup sehingga 1,000 tahun dan dibiakkan sekali dalam tempoh sedekad.
Difahamkan, bagi memastikan ia terus hidup dan untuk mendapatkan lebih banyak maklumat tentang haiwan itu, pihak berkuasa gua telah menempatkan kesemuanya di dalam sebuah makmal secara rahsia.
“Kami berbangga untuk memperkenalkan tiga daripada 21 anak olm yang merupakan baka naga terkenal,” kata jurucakap Postojna.
Changlun yang terletak 42 km dari Bandar Alor Setar adalah sebuah pekan kecil yang cukup pesat membangun. Changlung yang berasal daripada Bahasa Thai yang membawa maksud Gajah mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati. Salah satunya adalah Air Terjun Bukit Perangin.
Umpama permata tersembunyi yang ada di sana, perjalanan yang agak mencabar ke sini memang berbaloi.
Perjalanan selama dua jam pendakian untuk sampai ke air terjun super cantik ini ternyata berbaloi. Bawa makanan dan kelengkapan lain untuk piknik kat sini. Dah penat hiking mesti seronok dapat makan dengan view yang super cantik ni kan.
Terdapat dua pilihan jalan untuk sampai ke sini, pertamanya adalah melalui Wang Perah atau anda boleh melalui Changkat Setol untuk sampai ke sini.
Bagi yang sukakan aktiviti alam seperti hiking, tempat ini wajib anda singgah. Bukan sahaja tempatnya cantik dan masih terpelihara, pasti yang sampai ke sini akan rasa teruja, hilang segala penat jerih untuk sampai ke sini. jadi jangan lupa ya singgah ke Air Terjun Bukit Perangin jika anda berada di Kedah atau datang ke Changlung.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kampung Kebudayaan Monsopiad dibuka pada 1 Mei 1996 untuk memperingati kegagahan pahlawan Kadazan dan pemburu-pemburu kepala Monsopiad. Kampung tradisi tersebut merupakan tapak bersejarah yang dibina diatas tanah yang diduduki Monsopiad dan tempat Monsopiad menjalani kehidupan seharian sejak tiga abad yang lalu.
Kampung ini kini diangkat sebagai sebuah penempatan yang memberi sumber pengetahuan interaktif dan menyerikan kehidupan seharian kumpulan etnik yang terbesar di Sabah iaitu Orang Kadazan Dusun. Setiap hari tarian suku kaum Kadazan Dusun serta muzik tradisional dipersembahkan disini.
Mengimbau Nostalgia
Kampung Kebudayaan Monsopiad yang didirikan untuk mengenang jasa seorang pahlawan Kadazan yang agung dan juga merupakan seorang pemburu kepala (head-hunter) Monsopiad. Kampung Kebudayaan Monsopiad berazam menjadikannya sebagai sebuah destinasi atau muzium hidup, agar dapat memberi kesedaran kepada generasi muda tentang jasa nenek moyang suku kaum ini yang mempertahankan kaum Kadazan.
Sepanjang hidup Monsopiad, dia memburu 42 biji tengkorak kepala musuhnya sebagai bukti kegagahannya. Dikatakan tengkorak itu adalah hasil ‘buah tangan’ diperoleh Monsopiad ketika memerangi musuh dan penceroboh kampungnya, termasuk orang yang datang untuk mencabarnya.
Jumlah tengkorak dimiliki Monsopiad dikatakan paling banyak berbanding beberapa pemburu kepala lain di daerah ini, termasuk pencabar terdekatnya dikenali sebagai Gantang dari Kampung Minintod. Gantang dikatakan turut memiliki sejumlah tengkorak tetapi dia sendiri tumpas di tangan Monsopiad dan kepalanya adalah antara koleksi disimpan Monsopiad sebelum diambil waris keluarga Gantang dan diserahkan kepada muzium negeri.
Kini, baki tengorak-tengorak ini dijaga baik oleh anak cucunya yang memegang kuat dengan adat tradisi Kadazan. Pengunjung turut berpeluang dibawa kerumah mereka, iaitu tempat piala-piala pemburuan kepala Monsopiad dipamerkan dan dijaga dengan rapi. Terdapat pantang larang yang perlu dipatuhi pengunjung iaitu, mereka tidak boleh bercakap besar dan mengambil apa-apa barang yang terdapat di situ.
Di dalam rumah itu, selain tengkorak, beberapa barangan lama seperti tempayan, pedang dan aksesori bobohizan atau bomoh wanita Kadazandusun, gambar dan artikel berkaitan ritual penjagaan tengkorak turut dipamerkan sebagai maklumat tambahan buat pengunjung. Tengkorak yang disimpan di rumah itu dikatakan dijaga rapi sebagai warisan keluarga Monsopiad dan menjalani proses ritual penjagaan dikendalikan Bobohizan sejak lebih 300 tahun.
Keselamatan Dijaga Rapi
Mengimbas kembali zaman lampau, iaitu zaman pemburuan kepala dan pemujaan roh, ia diperintah oleh seorang Bobolizan iaitu dukun yang bertanggungjawab menjaga kesejahteraan kampung serta gangguan daripada anasir luar. Beliau memerintah kampung ini dan juga menjaga kesihatan fizikal dan jiwa kaumnya. Kini kampung ini tetap dikendalikan oleh orang keturunan Monsopiad.
Selain itu anda boleh merasai tapai, sejenis arak beras tempatan yang hasil dari proses penapaian dan menonton tarian tradisi yang disembahkan oleh komuniti tempatan yang bersemangat.
Info
Tapak peninggalan Monsopiad turut dianggap keramat kerana menempatkan sebiji batu monolit besar, dianggarkan seberat dua tan dan berketinggian empat meter dikenali sebagai Gintutun Do Mohoing. Ia dipercayai menjadi penjaga tempat berkenaan.
Di keliling batu itu, terpacak beberapa batang buluh yang hujungnya berbentuk seperti sarang ayam bertelur dipanggil `bangkahak’, dipercayai tempat Monsopiad mengeringkan kepala musuh yang dipenggalnya.
Walaupun disanjung sebagai pahlawan, Monsopiad dilihat menjadi ancaman kepada keselamatan penduduk kampung kerana kegilaannya memburu kepala walaupun tiada lagi musuh menceroboh. Ketika berada di kemuncaknya apabila menjadi orang yang digeruni pada masa itu, penduduk bimbang dia tidak dapat mengawal keinginannya untuk memenggal lebih banyak kepala apabila mula mencabar orang di sekeliling berlawan. Berikutan itu, penduduk kampung merancang membunuhnya dan pada satu ketika mendapat kesempatan tetapi Monsopiad hanya mengalami kecederaan kerana terkena buluh. Bagaimanapun, dia akhirnya mati apabila kecederaan itu gagal disembuhkan.
Sejak itu, kisah Monsopiad sebagai pemburu kepala paling digeruni di Penampang terus menjadi bualan penduduk dan diwarisi hingga ke hari ini.
Kampung Kebudayaan Monsopiad dibuka setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 6 petang. Terdapat empat sesi lawatan yang akan di bawa oleh pengiring iaitu pada pukul 10 pagi, 12 tengah hari, 3 dan 5 petang. Manakala tarian kebudayaan akan diadakan pada pukul 11 pagi, 2 dan 4 petang.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!