Phuket antara destinasi yang menjadi pilihan pelancong Malaysia bila ke Thailand, tapi sejak pandemik dan sempadan negara ditutup, ramai yang tak dapat bercuti ke sini untuk menikmati pemandangan pantai yang indah dan juga tarikan lain yang ada.
Tapi sejak 1 April, bila sempadan negara telah dibuka pasti dah ada yang plan nak ke Phuket untuk bercuti seperti sebelum pandemik. Namun ada beberapa perkara yang perlu diambil kira memandangkan SOP kemasukan ke Thailand agak ketat berbanding Malaysia.
Menurut Faiza Pa’e Aziz dari Singapura yang telah berkesempatan melancong ke negara Gajah Putih itu, ada beberapa hal yang perlu pengembara tahu sebelum memasuki negara tersebut.
Walaubagaimanapun katanya, SOP yang diberikan mula dilonggarkan dari masa ke semasa mengikut keadaan terkini pandemik.
Ikuti perkongsian Faiza yang di Facebook Backpackers Buddies Malaysia (BBM), moga bermanfaat untuk yang bakal ke Phuket atau Thailand tak lama lagi!
Thailand Test and Go
Saya share Kan penglaman saya Di Phuket 3days 3Night
Flight Dari Singapore.
Thai sudah buka untuk semua negara termasuk Malaysia.
-Hanya perlukan on Arrival PCR je Lepas 1April
-Stay lebih 5hari kena upload self test kat Morchana apps
-Pre departure ART test saya buat kat sainamyen clinic kat Kathu disctrict.
Flight $145/pax
PCR 2X (pre departure + on arrival)
-after 1 April no more pre departure PCR to Thai
-whoever stay more than 5days (day5 self ART)
Install Morchana apps
-stay kat hotel sampai dapat PCR result
-Recovery covid patient mcm saya boleh inform kat hotel. Boleh terus keluar Lepas check in.
Apply Thailand Pass( https://tp.consular.go.th/)
-SHA+ hotel confirmation
-receipt on Arrival PCR (https://www.thailandpsas.com/)
-Travel insurance
-vaccination certificate
-passport detail
-flight detail
Day 1 – Catamaran Yatch to coral island
Day 2 – Phi Phi and cat island
Day 3 – Green elephant sanctuary
Catamaran yatch (Coral and Cat island) 1270baht
For catamaran yatch ni sesuai kalau nk feeling tengok open sea and relax. Sesuai for children also. Travel around Phuket Tanya semua counter mostly price 3000++ walaupun sudah mintak kurang. So i directly book via klook.
Best thing about package Catamaran ni is
Free photographer.
Unlimited drinks.
Dinner is included.
Fishing and sunset.
Snorkeling gear.
Kat Coral island diorang stop almost 2h.
Sewa kayak (500baht/2pax/30min) plus enjoy parasailing (800baht)
Toilet kat corat island amatlah bersih.
Phi phi , Maya and Cat island 1570baht
I book from same tour alang2 da ade number contact diorg.
Speedboat
Also same
Free photographer.
Dinner kat cat island.
Sunset.
Snorkeling gear.
Kat cat island Tu boleh tgok sunset cantik sambil makan pancake Nutella. Halal karppp.
Semua gambar diorg Akan send via Dropbox. Kalau tak dapat email just directly WhatsApp agent. Terus dapat.
Via FB Phuket Honeymoon Tour ทริปเรือยอร์ช เช่าเรือยอร์ช Phuket Yacht Charters
WhatsApp +66 87 175 4459
Klook https://s.klook.com/c/j00r75
Green elephant sanctuary
Direct book from website.
Ni for animal lover je la. I always visit elephant when travel around Thai.
No riding eh.
Free photographer
Free lunch/dinner
Ade banyak package boleh pilih kat website ye.
Bangla Road open as per normal. But close early on weekdays.
Masa jalan kat Sana semua ingat Kita orang Thai. Diorang speak Thai la kat kita orang. Then bila bagitahu mereka yang Kami ni orang Singapore/Malaysia semua terkejut. Sebab diorang cakap la tak nampak orang Malaysia. Rindu orang-orang jiran Kate ye.
Not crowded as last time
Sewa motor still 150-300baht /day deposit 2000baht.
Nak Beli souvenir pun sedih pulak nk tawar menawar sampai murah. Semua owner ckp town ni da mati.tak Ramai nak Beli barang-barang kat sini. Aduhaiii
Patong senyap je waktu petang and malam.
Alang-alang border dah bukak ni. Marilah Kita ride up sampai kat Sana pulak hahahahah