Tengok Sendiri Monyet Proboscis, Enjoy Makanan Murah & Tempat Cantik Di Brunei. Wanita Ini Kongsi Itinerari & Kos!

Share

Brunei Darul Salam salah satu negara yang menarik untuk dilawati. Merupakan negara terkaya di dunia, dapat menjelajah ke Brunei mungkin salah satu bucket list traveler yang inginkan kelainan.

Terletak di kepulauan borneo dan bersebelahan dengan negeri Sarawak, Brunei juga kaya dengan keindahan semulajadi yang tiada tandingan.

Dengan berbekalkan kos RM2200 untuk dua orang, percutian selama 4 hari 3 malam ke Brunei antara yang menarik dikongsikan oleh Putri Abba.

Berkelanan ke negara tersebut bersama suami dan seorang lagi teman, wanita ini dapat menyaksikan sendiri monyet proboscis yang terdapat banyak di kepulauan dan juga bujang senang atau buaya.

Sempat juga merasai pelbagai makanan enak dan murah di sana serta melawat ke masjid-masjid cantik di Brunei. Putri Abba turut berkongsi itinerari dan juga kos sepanjang percutiannya di sana.

S.P.M 2023 karangan : Backpackers Brunei

Brunei ada dalam bucket list backpackers 2023 korang ?

Jom check apa yang ada kat brunei bandar seri begawan (rm1000 + rm1200) flight & trip 2pax.

Day 1 (14 feb 2023)

tiket 6.55am bertukar jadi 1.55pm korasa ? A.A kan .. mmm

1st day auto change plan . sampai BSB around 6pm memang dah senja sangat . Terus je DART (B$8.50) ke MiniInn guest house , gadong +6738373727

pakage 4h 3m (2pax B$116) double share room

mandi / solat / wifi and manage iti semula

after magrib KITORANG ber-3 menapak pusing keliling GADONG :

Depan ada jollibee

KIRI ada THE MALL

KANAN ada banya halal food

buka map tembak GADONG NIGHT MARKET . jalan kaki menapak . dekat beno .

masyaallah syurga makanan B$1 :

2 air + 1 nasi katok + 1 nasi berlauk = B$4

zzzz esok plan pusing BSB je . tak jadi nak pergi TAMAN NEGARA TEMBURONG . ceritanya ; kami ber-3 nak ke taman negara tu for Canopy walk and naik long boat . tak ada travel agent yang amik pakage untuk itu sahaja . semuanya included aktiviti air + waterfall + flyingfox and ada few yang aku rasa kat semenanjung aku dah biasa buat . so tak nak penatkan badan skip T.N temburong .

Pasar malam di Jerudong
jong batu kena sumpahan anak derhaka
Masjid Terapung Pangiran Muda Hj Muhtadee
Istana

Day 2 (15 feb 2023)

kami contact pak hassan +6738906523 untuk booked trip kg ayer + mangrove forest . B$25 seorang . Dekat 2 jam lebih juga pak hassan melayan kitorang nak pickstop amik gambar . so dapat lah layan monyet PROBOSCIS , Pastu masa nak u turn ke rumah terapung KG AYER. Tetiba pak hassan tunjuk tangan ke paya bakau yang nampak tenang … nah KAU , BUJANG SENANG TENANG BETUL . meremang bulu romaku . meneruskan perjalanan boat , sampai ke JONG BATU , Jong Batu ni macam sebongkah batu seketul di tengah Sungai Brunei ni. Mitos dan lagenda kisah Nakhoda Manis yang menderhaka kepada ibunya. macam kisah Si Tanggang la kalau kat tempat kita. Ok sampai KG ayer , pak hassan lepas kan Kitorang 1jam untuk merayap . subahanallah cantik wei tempat ni . ending pak hassan dan boat nya dia drop kitorang kat JETI TAMU KIANGGEH . bye pak hassan .

singgah TAMU KIANGGEH makan B$2 seorang air dan kuih muih . pastu menapak ke MASJID OMAR ALI , Solat zohor and makan berat kat YAYASAN MALL . B$5 seorang soto + air . Then menapak ke FRAME OF BRUNEI & TAMAN MAHKOTA JUBLI EMAS , photo photo langsung terus ke ROYAL REGALIA MUZIUM B$5 seorang

dah pukul 3.30pm buka google and tengok blog orang . ok , next > ke WATERFALL TASEK LAMA . ikut google map 40minit . ha ha ha menapak wei . seronok jalan raya tak serabut . aku rasa kitorang ber-3 je tengah jalan kaki panas panas buta di BSB jarang tak onz otak abba & naji bergabung .

Terkejut weiii kul 3 ptg panaih lit lit orang berjogging . lain macam org BRUNEI . after 5pm nak menapak dah penat , DART B$5 Ke MiniInn guest house . mandi / solat / pergi cari makan .

Royal Rigalia Muzium

Brunei Frame
Monyet Proboscis
Waterfall Tasek Lama

Day 3 (16 feb 2023)

kitorang sewa kereta B$65 kia forte (24hours)

8am – 8am . contact auto X car rent : +6738123682

Dorang hantar kereta and amik kereta kat guest house . senang + minyak B$14 separuh tangki (0.53sen se-liter)

ok jom breakfast kat CHOP JING CHEW roti kahwen B$1.50 seorang . sumpah sedap wei , Jalan kaki risau tak sampai . naik kereta sekejap je dah sampai .

Boy drive sepanjang trip hari ni , aku co-pilot and naji tukang google lokasi nak pergi . semuanya KOBOI . macam masa kitorang gi INDIA 2018 . Tak ada peraturan , pergi ikut kaki larat . hari ni jangka nak ke KUALA BELAIT , SERIA , dan sunset di EMPIRE , JERUDONG . tapi … since dah ada kereta kitorang ke masjid cantik di BSB : MASJID JAMEK ASR HASANAL BOLKIAH & MASJID ASH – SHALIHEEN . then baru ke daerah SERIA , singgah BILLIONTH BARREL MONUMENT & lunch at briyani lamb shank . Thank you maira and 2 little aliyya & alissa for treating us lunch . kat KUALA BELAIT . and bawa kami pusing pusing . dapatlah tgok ARMPHITE-THEATER oil and gas . SILVER JUBLEE PARK . lewat 4.30pm kami meninggalkan KUALA BELAIT & SERIA . kalau ikut akal mau lajak 12km hala terus masuk MIRI . tapi tak leh . kena ke jerudong now .

sampai THE EMPIRE , JERUDONG . nak hi-tea lah sambil layan sunset . tapi tak nampak oren jingga pun , mendung cloudy macam nak hujan tapi langit tak nak menangis . gitewww …

no sunset ending trip hari ni . dah jom p makan AMBUYAT kat AMINAH ARIF. B$12 for 2pax aku failed . naji and boy je ber-AMBUYAT .

aku bahagia ngan ayam penyek B$5

Masjid Jamek Ash-Shaliheen

Billionth Barrel Monument

Last day (17 feb 2023)

pukul 11am kitorang packing and letak beg kat ruang tamu guest house . and keluar pi makan JOLLIBEE B$8.9 seorang . Jakun and 1st time .

2pm amik DART B$8.50 ke airport brunei .

flight balik kul 4pm dari semalam online check in tak lepas . abang car rental ada cakap , kiosk kat airport untuk check in problem . mau tak mau nanti kat kaunter AirAsia kena bayar B$11 service charge ni antara yang kejam AA bagi selain tak boleh refund atau tukar lokasi bila kitorang tak dapat ke MYANMAR . ok itu je . bye

Makanan di Brunei

Kredit: Putri Abba

 

 

Oleh
SAHR