Berita

Tengok Muay Thai, Makan Makanan Thailand Di Festival Think Thailand Terbesar, Macam-macam Ada!

Share

Nak rasai suasana, makanan dan juga produk Thailand yang sememangnya cukup sinonim dengan masyarakat di Malaysia, THINK THAILAND yang berlangsung selama 12 hari di pusat beli-belah Tropicana Gardens akan membawa anda merasai pengalaman persis di negara yang terkenal dengan julukan Land of Smiles itu.

Festival yang dianjurkan oleh Kedutaan Diraja Thailand dengan Kerjasama jabatan Perdagangan Antarabangsa, Kementerian Perdagangan Thailand itu membawakan pelbagai acara menarik sepanjang festival berlangsung.

Festival Thai ini akan berlangsung di Tropicana Gardens Mall, dengan promosi dalam-kedai di cawangan Aeon, Segi Fresh dan NSK di seluruh Kuala Lumpur dan Selangor bermula 26 Mei hingga 6 Jun, 2022. Banyak produk tulen, baru dilancarkan dan berharga istimewa akan ditawarkan pada acara ini.

Banyak aktiviti menarik

Antara aktiviti menarik sepanjang festival yang berlangsung itu termasuklah Thai Food Bazar, demo urutan dan juga pertunjukan Muay Thai.

Menurut Menteri Kaunselor dan Pengarah DITP, Encik Worawan Wanwil: “Lebih 30 pengeksport Thailand telah meluangkan masa untuk berada di Malaysia bagi menjayakan festival ini. Mereka diterbangkan khas untuk mempamerkan produk Thai masing-masing. Selain itu, acara ini akan disertai restoren pemegang  anugerah Thai SELECT iaitu Thai-in Mookata, serta dari Malaysia seperti Mrs Jones’ Parlour, Kwong Cheung Loong Kopitiam Bar, Hallaway, selain daripada urutan luarbiasa dari Thai Odyssey, dan banyaklagi.

Padanan perniagaan dalam dan luar talian telah diatur dengan lebih daripada 50 pengeksport  Thai yang berkelayakan.  Kami kini telah mengesahkan padanan dan sebanyak 63 ganjangkaan nilai dagangan RM30  juta dalam tahun ini.

Kami telah bekerjasama dengan Shopee untuk menyenaraikan lebih daripada 300 penjual Thai dalam platform E-dagang mereka supaya pembeli Malaysia boleh membeli terus dari Thailand dan pesanan mereka dihantar kehadapan pintu mereka.

Pameran Halal Antarabangsa Thailand

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kami melihat terdapat peningkatan permintaan dalam produk Halal Thai yang berkualiti daripada pengguna Malaysia, oleh itu kami telah menyediakan acara khas iaitu Pameran Halal Antarabangsa Thailand (TIHAS) pada festival ini. TIHAS ialah acara sampingan mini THAIFEX 2022 yang sedang berlangsung di Bangkok dari 24-28 Mei. Kemuncak TIHAS ialah pengimport Makanan Malaysia yang melawat pameran ini layak menjadi tetamu istimewa DITP untu kmelawat THAIFEX 2023.

Dengan persediaan dan pelbagai aktiviti ini, kami yakin dapat menjana jualan lebih RM6 juta sepanjang festival.

“THINK THAILAND mengalu-alukan kehadiran anda semua untuk merasai produk, barangan dan makanan istimewa Thai ini dan banyak banyak lagi barisan barangan apabila anda melawat kami! Selain daripada rancangan yang disebutkan, kami turut menyediakan lebih banyak keseronokan untuk semua orang setiap hari sepanjang tempoh festival. Jika anda masih tidak dapat melawat Thailand pada masa ini, tidak mengapa, kerana kami membawa Thailand kepada anda! Persiapkan diri anda untuk berseronok bersama kami di THINK THAILAND dan kami tidak sabar-sabar untuk mengalu-alukan anda dengan senyuman Thai dan hati yang teruja.”

Sepanjang festival ini, bagi setiap pembelian RM50 produk Thai di cawangan yang ditetapkan, pengguna layak menyertai cabutan bertuah untuk memenangi hadiah yang sangat menarik, termasuk 2 tiket penerbangan AirAsia pergi balik, 2 penginapan Hotel di Thailand, 1 telefon pintar Oppo, 20 baucar Thai SELECT, 20 baucar Thai Odyssey, 5 bagasi untuk perjalanan, 10 Hamper bernilai RM300 setiap satu serta 30 Hamper bernilai RM100 setiap satu.

 

Jangan lepaskan peluang rasai sendiri suasana dan makanan Thailand serta menangi hadiah menarik untuk cabutan bertuah yang dianjurkan. Jangan lepaskan peluang!

 

Oleh
SAHR