Nak rasai suasana, makanan dan juga produk Thailand yang sememangnya cukup sinonim dengan masyarakat di Malaysia, THINK THAILAND yang berlangsung selama 12 hari di pusat beli-belah Tropicana Gardens akan membawa anda merasai pengalaman persis di negara yang terkenal dengan julukan Land of Smiles itu.
Festival yang dianjurkan oleh Kedutaan Diraja Thailand dengan Kerjasama jabatan Perdagangan Antarabangsa, Kementerian Perdagangan Thailand itu membawakan pelbagai acara menarik sepanjang festival berlangsung.
Festival Thai ini akan berlangsung di Tropicana Gardens Mall, dengan promosi dalam-kedai di cawangan Aeon, Segi Fresh dan NSK di seluruh Kuala Lumpur dan Selangor bermula 26 Mei hingga 6 Jun, 2022. Banyak produk tulen, baru dilancarkan dan berharga istimewa akan ditawarkan pada acara ini.
Banyak aktiviti menarik
Antara aktiviti menarik sepanjang festival yang berlangsung itu termasuklah Thai Food Bazar, demo urutan dan juga pertunjukan Muay Thai.
Menurut Menteri Kaunselor dan Pengarah DITP, Encik Worawan Wanwil: “Lebih 30 pengeksport Thailand telah meluangkan masa untuk berada di Malaysia bagi menjayakan festival ini. Mereka diterbangkan khas untuk mempamerkan produk Thai masing-masing. Selain itu, acara ini akan disertai restoren pemegang anugerah Thai SELECT iaitu Thai-in Mookata, serta dari Malaysia seperti Mrs Jones’ Parlour, Kwong Cheung Loong Kopitiam Bar, Hallaway, selain daripada urutan luarbiasa dari Thai Odyssey, dan banyaklagi.
Ads
Padanan perniagaan dalam dan luar talian telah diatur dengan lebih daripada 50 pengeksport Thai yang berkelayakan. Kami kini telah mengesahkan padanan dan sebanyak 63 ganjangkaan nilai dagangan RM30 juta dalam tahun ini.
Kami telah bekerjasama dengan Shopee untuk menyenaraikan lebih daripada 300 penjual Thai dalam platform E-dagang mereka supaya pembeli Malaysia boleh membeli terus dari Thailand dan pesanan mereka dihantar kehadapan pintu mereka.
Ads
Pameran Halal Antarabangsa Thailand
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kami melihat terdapat peningkatan permintaan dalam produk Halal Thai yang berkualiti daripada pengguna Malaysia, oleh itu kami telah menyediakan acara khas iaitu Pameran Halal Antarabangsa Thailand (TIHAS) pada festival ini. TIHAS ialah acara sampingan mini THAIFEX 2022 yang sedang berlangsung di Bangkok dari 24-28 Mei. Kemuncak TIHAS ialah pengimport Makanan Malaysia yang melawat pameran ini layak menjadi tetamu istimewa DITP untu kmelawat THAIFEX 2023.
Dengan persediaan dan pelbagai aktiviti ini, kami yakin dapat menjana jualan lebih RM6 juta sepanjang festival.
Ads
“THINK THAILAND mengalu-alukan kehadiran anda semua untuk merasai produk, barangan dan makanan istimewa Thai ini dan banyak banyak lagi barisan barangan apabila anda melawat kami! Selain daripada rancangan yang disebutkan, kami turut menyediakan lebih banyak keseronokan untuk semua orang setiap hari sepanjang tempoh festival. Jika anda masih tidak dapat melawat Thailand pada masa ini, tidak mengapa, kerana kami membawa Thailand kepada anda! Persiapkan diri anda untuk berseronok bersama kami di THINK THAILAND dan kami tidak sabar-sabar untuk mengalu-alukan anda dengan senyuman Thai dan hati yang teruja.”
Sepanjang festival ini, bagi setiap pembelian RM50 produk Thai di cawangan yang ditetapkan, pengguna layak menyertai cabutan bertuah untuk memenangi hadiah yang sangat menarik, termasuk 2 tiket penerbangan AirAsia pergi balik, 2 penginapan Hotel di Thailand, 1 telefon pintar Oppo, 20 baucar Thai SELECT, 20 baucar Thai Odyssey, 5 bagasi untuk perjalanan, 10 Hamper bernilai RM300 setiap satu serta 30 Hamper bernilai RM100 setiap satu.
Jangan lepaskan peluang rasai sendiri suasana dan makanan Thailand serta menangi hadiah menarik untuk cabutan bertuah yang dianjurkan. Jangan lepaskan peluang!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Bagi 'kaki wayang' dan penggemar filem tempatan, mahupun antarabangsa, pengumuman kerajaan semalam untuk membenarkan pawagam kembali beroperasi bermula 1 Julai 2020, sudah tentu merupakan satu perkhabaran gembira.
Selepas hampir tiga bulan terpaksa menonton 'layar kecil' di rumah, kelonggaran yang diberikan ini amat ditunggu-tunggu. Antara filem yang dijadual untuk ditayangkan di pawagam adalah filem perisikan British terkenal, 'James Bond: No Time To Die', yang sepatutnya ditayangkan pada April lepas, namun terpaksa ditunda berikutan penularan wabak COVID-19. Turut 'beratur' menunggu giliran untuk ditayangkan termasuk filem francais Marvel 'Black Widow'; filem keluaran Walt Disney Pictures 'Mulan', serta filem seram 'Antlers' dan 'Antebellum'.
Bukan sahaja dapat menonton wayang, kerajaan turut memutuskan untuk riadah kolam renang di kolam renang awam, hotel, kondominium, komuniti berpagar dan kolam renang persendirian. Ini la waktu yang sesuai untuk membawa anak-anak keluar bercuti setelah lama berkurung ketika perintah kawalan pergerakan dan menginap di hotel atau resort yang ada menyediakan kemudahan kolam renang.
Kebenaran yang sama juga diberikan terhadap penganjuran mesyuarat, persidangan, seminar, kursus atau latihan serta membenarkan aktiviti teater dan 'live event'. Namun dalam keghairahan terhadap kelonggaran demi kelonggaran yang diberikan, aspek kawalan kendiri serta pematuhan prosedur operasi standard (SOP), yang ditetapkan oleh kerajaan perlu terus diutamakan.
Ramai yang sudah merancang ke Cameron Highlands dalam masa terdekat bimbang untuk meneruskan percutian mereka ke tanah tinggi tersebut ekoran tularnya beberapa keping foto yang mengundang keselamatan penggunjung.
Jangan risau, anda boleh teruskan plan percutian ke Cameron Highlands dengan hati yang tenang setelah kerajaan Perak memberi jaminan bahawa Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands yang dikatakan berlaku runtuhan cerun, selamat untuk dilalui oleh pengguna jalan raya.
Kerajaan negeri melalui agensi teknikal seperti JKR akan terus memantau secara mendalam berkenaan keadaan cerun tersebut dan mereka sempat meninjau kawasan tersebut selepas melihat gambar-gambar yang ditularkan. Dalam satu kenyataan, kerajaan negeri Perak juga berharap rakyat untuk lebih bertanggungjawab, serta tidak menular gambar-gambar atau berita tidak benar yang akan menimbulkan keresahan yang tidak sepatutnya.
Walau bagaimanapun merekat turut mengakui terdapat runtuhan kecil yang berpunca daripada hakisan air hujan dan bentuk muka bumi yang berbukit, tetapi keadaan tersebut tidak seteruk seperti yang ditularkan. Kerja-kerja penambahbaikan cerun sudahpun dijalankan iaitu membabitkan kerja-kerja ‘tie back wall’ dan ‘micropile slab’ sejak beberapa tahun lalu.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kesan koronavirus (COVID-19) menyebabkan industri pelancongan tanah air berhadapan kerugian yang sangat besar. Selain sektor penerbangan, sektor perhotelan juga menerima impak yang teruk dan sangat nazak ketika ini.
Sejak Januari 2020 lalu, industri perhotelan menerima pembatalan tempahan bilik secara mendadak dan sehingga kini telah mencecah angka 193,000 bilik dengan nilai kerugian lebih RM75 juta.
Dalam tempoh kawalan pergerakan selama 14 hari ini, hampir kesemua hotel tidak dapat beroperasi sepenuhnya. Menurut sumber Sinar Harian, Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Hotel Malaysia, Yap Lip Seng berkata tempoh ini sahaja industri perhotelan menganggarkan kerugian pendapatan industri hotel lebih daripada RM500 juta.
Buat masa ini, objektif utama pengusaha hotel adalah untuk meneruskan operasi dalam keadaan kerugian yang paling rendah dengan kos upah dan gaji adalah antara yang paling besar.
Berdasarkan sumber Persatuan Hotel Malaysia, setakat 20 Mac lalu, seramai 2,041 pekerja sektor perhotelan di seluruh negara telah diberhentikan manakala anggaran kerugian pendapatan industri hotel berikutan Perintah Kawalan Pergerakan berjumlah RM560,720,981.
Industri perhotelan di Kuala Lumpur paling terkesan dengan kerugian bernilai RM24 juta diikuti Sabah RM11 juta dan Selangor RM9 juta.
Persatuan Hotel Malaysia ketika ini mewakili industri dalam rundingan diskaun dengan pembekal-pembekal servis kepada ahli-ahlinya untuk mengurangkan kos operasi hotel. Mereka juga berharap kerajaan akan memperkenalkan lebih bantuan kewangan kepada industri dengan beban dan kekangan aliran tunai yang serius.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!