Orang Perak mesti sudah biasa dengan tempat ini, tetapi kalau anda yang datang dari luar Perak, ini spot air panas yang perlu anda kunjungi sekiranya ingin merasai kelainan kolam air panas berbanding tempat-tempat lain.

Kunjungan ke Kolam Air Panas Lubuk Timah, Simpang Pulai atau lebih dikenali sebagai Lubuk Timah Hotspring pasti meninggalkan memori terindah buat sesiapa sahaja yang datang ke lokasi tersebut.

Tengah Stres Tapi Tak Ada Bajet Ke Spa? Jom Ke Lubuk Timah Hotspring, Simpang Pulai Tengah Stres Tapi Tak Ada Bajet Ke Spa? Jom Ke Lubuk Timah Hotspring, Simpang Pulai Tengah Stres Tapi Tak Ada Bajet Ke Spa? Jom Ke Lubuk Timah Hotspring, Simpang Pulai

Ads

Tidak sepopular kawasan kolam air panas semula jadi yang menjadi tumpuan lain di Malaysia, Kolam Air Panas Lubuk Timah sebenarnya agak terkenal dalam kalangan penduduk setempat serta negeri jiran, Selangor, Pulau Pinang dan Pahang yang sering datang untuk beriadah bersama keluarga dan sahabat selain menikmati air panas semula jadi yang dipercayai penuh khasiat di kawasan itu. Lokasi ini adalah strategik kerana ia melalui jalan menuju Cameron Highlands. Sekiranya pengunjung mahu ke Cameron Higlands, mereka boleh singgah ke Lubuk Timah Hotspring.

Khasiat mandi air panas semula jadi didapati berkesan dalam mengurangkan tekanan, melancarkan aliran darah dan menghilangkan lenguh badan. Ada kajian sains juga membuktikan kandungan sulfur dan mineral semula jadinya sangat bagus untuk meredakan kesakitan saraf dan penyakit berkaitan kulit. Ada juga peakit lumpuh separuh badan datang mandi air panas dikatakan bagus untuk membantu mempercepatkan lagi proses pemulihan mereka.

Ads

Kolam Air Panas Lubuk Timah turut tersedia beberapa kemudahan khusus untuk pengunjung seperti tandas, pondok rehat dan surau. Pusatat rekreasi ini cukup baik untuk bermalam setakat ini pusat rekreasi ini mempunyai tujuh chalet. Pengunjung boleh berkunjung ke sini pada bila-bila masa sahaja tetapi dicadangan kepada anda adalah diluar musim hujan. Keadaan hujan boleh membuatkan persekitaran di sini menjadi licin dan membawa risiko kecederaan kepada pengunjung terutamanya kepada kanak-kanak.

Tengah Stres Tapi Tak Ada Bajet Ke Spa? Jom Ke Lubuk Timah Hotspring, Simpang Pulai Tengah Stres Tapi Tak Ada Bajet Ke Spa? Jom Ke Lubuk Timah Hotspring, Simpang Pulai Tengah Stres Tapi Tak Ada Bajet Ke Spa? Jom Ke Lubuk Timah Hotspring, Simpang Pulai

Ads

Lagi Khasiat Air Panas!

  • Kajian pakar perubatan di Jepun telah mendapati air panas semula jadi juga amat baik untuk merawat penyakit dalaman seperti lenguh-lenguh badan, sakit jantung, darah tinggi, lumpuh, kencing manis dan barah.
  • Berendam pada kolam air panas dipercaya mampu untuk mengurangkan stress.
  • Penyelidikan oleh New England Medicine menunjukkan pesakit diabetes yang berendam selama setengah jam di dalam air suam boleh menurunkan 13% kadar gula dalam darah.
  • Rendamkan badan selama 10 hingga 20 minit di dalam air bersama yang mengandungi campuran larutan soda bikarbonat (serbuk penaik) mampu mengatasi ruam atau jangkitan kulit.

image via google

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI