Terletak hanya lima minit dari Pekan Kuala Pilah, La Hilir Tiny House sebuah penginapan berkonsepkan glamping yang cukup selesa dan menenangkan.
Dikelilingi tumbuhan menghijau, kalau menginap kat sini pasti boleh bayangkan bau kesegaran tumbuh-tumbuhan yang ada terutamanya pada waktu pagi dan selepas hujan.
Banyak aktiviti yang boleh dilakukan bila menginap di sini antaranya berbasikal mengelilingi kawasan sekitar yang cukup mendamaikan, bermain badminton, dan kalau nak mandi sungai boleh ke sungai yang terletak tak jauh dari tempat ini.
Waktu malam kalau nak BBQ juga boleh kerana tempat ini turut menyediakan tempat untuk anda bersantai-santai meluangkan masa berkualiti bersama.
Mempunyai 2 glamping menjadikan tempat ini cukup privasi bagi anda yang memilih untuk staycation di sini. Tak perlu risau tentang makanan kerana pakej yang disediakan turut menyediakan hidangan enak oleh pemilik tempat ini sendiri.
Staycation kat sini sehari dua, sambil menikmati pemandangan indah dengan hirupan segar kopi panas pasti buat minda lebih tenang. Nak gathring dengan kawan-kawan atau bawa family pun sesuai!
Kredit: FB La Hilir Tiny House