
Terletak hanya lima minit dari Pekan Kuala Pilah, La Hilir Tiny House sebuah penginapan berkonsepkan glamping yang cukup selesa dan menenangkan.
Dikelilingi tumbuhan menghijau, kalau menginap kat sini pasti boleh bayangkan bau kesegaran tumbuh-tumbuhan yang ada terutamanya pada waktu pagi dan selepas hujan.
Banyak aktiviti yang boleh dilakukan bila menginap di sini antaranya berbasikal mengelilingi kawasan sekitar yang cukup mendamaikan, bermain badminton, dan kalau nak mandi sungai boleh ke sungai yang terletak tak jauh dari tempat ini.
Waktu malam kalau nak BBQ juga boleh kerana tempat ini turut menyediakan tempat untuk anda bersantai-santai meluangkan masa berkualiti bersama.
Mempunyai 2 glamping menjadikan tempat ini cukup privasi bagi anda yang memilih untuk staycation di sini. Tak perlu risau tentang makanan kerana pakej yang disediakan turut menyediakan hidangan enak oleh pemilik tempat ini sendiri.
Staycation kat sini sehari dua, sambil menikmati pemandangan indah dengan hirupan segar kopi panas pasti buat minda lebih tenang. Nak gathring dengan kawan-kawan atau bawa family pun sesuai!
Kredit: FB La Hilir Tiny House
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kat Penang Nak Makan Kat Mana? Ini 67 Lokasi Makan Best Kena Singgah

Pulau Pinang sememangnya terkenal sebagai syurga makanan!
Boleh dikatakan jolokan sebagai pintu masuk segala jenis makanan yang ada di Pulau Pinang, ia menarik semua pengunjung berbilang bangsa bukan sahaja masyarakat di negeri ini bahkan mereka yang datang dari luar.
Di sini kami senaraikan 67 tempat makan menarik di Pulau yang patut anda singgah. Jika tidak pasti di mana lokasi makanan menarik dan best ini, anda boleh sahaja buat carian di alam maya. Selamat menjamu selera dan cuti-cuti Malaysia!
Sarapan Pagi Popular Penang
- Taman Tun Sardon
- Nasi Lemak Bukit Gedung (Astaka dalam)
- Roti Canai Sungai Nibong (sebelah masjid)
- Roti Canai Gemas Road
- Roti Canai Transfer Road
- Nasi Kerabu Teluk Bahang
- Nasi Kandar Ali Amier Jelutong
- Nasi Kandar Kg Melayu
- Roti Bakar & Roti Canai Transfer Road
Makan Tengah Hari Popular Penang
- Nasi Padang International
- Nasi Awet Muda
- Deen Maju
- Deen Jelutong
- Kapitan
- Syazana Nasi Melayu
- Nasi Campur Tanjung Bungah
- Nasi Campur Depan Bank Rakyat Perak Road
- Nasi Kandar Kayu
- Nasi 7 Benua
- Nasi Ayam Misai
- Nasi Ayam Nazir
- Hameediyah Briyani
- Pecal Ibu Aminah
- Nasi Kandar Line Clear
- Pecal Restu
- Cargas Cafe
- Tajuddin Husein Nasi Kandar
- Ikan Bawal Pokok Sawit Juru
Makan Malam Popular Penang
- Nurul Ikan Bakar
- Nasi Lemak Uncle Lan’
- Nasi Lemak Liverpool
- Mamak Abu
- Nasi Ganja Sg Ara
- Nasi Dalca Tasha
- Kari Kepala Ikan Sg Ara
- Bangkok Tomyam
- Tomyam Pak Husin
- Nasi Lemak Kukus Pendekar Mustar
- Pen Mutiara
- Halab Penang
- Sup Hameed
- Nasi Kandar Pokok Ketapang
- Burger Abang Man Sg Dua
- Burger Bukit Gedung
- Pak Mat Western
- The Table Penang
- Nasi Tomato Batu Lanchang
- Projek Nasi Lemak Box
Makan Sampingan Popular Penang
- Mee Sotong Hameed Pata
- Laksa Janggus
- Pasembor (Pdg Kota & Pdg Brown)
- Samosa (Depan Chowrasta)
- Samosa (Little India & Dpn USM)
- Cucur Pisang Celup Teluk Kumbar
- Cendol (Gelugor & Penang Road)
- Laksa & Cendol Pak Sharif
- Laksa Tempurung
- Martabak Manis Penang (Relau & Paya Terubung)
- Mutiara Karipap
- Rollney Ais Krim
- Ais Tingkap
- Char Koey Toew Batu Feringgi
- Pondok Style
- Ais Kepal Street Art
- Fruitmade Street Art
- Star Coffee Nordin Road
- Kueytiaw Longkang Bayan Baru
Kredit : FB Jelajah Maya
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Trip Family 9 Hari Ke Swiss, Duduk Airbnb & Drive Sendiri. Lelaki Ini Kongsi Tip Bawa 3 Anak Kecil. Momen Paling Best!

Bila nak travel bawa anak kecil mungkin ada yang rasakan agak sukar nak handle, akhirnya hanya pergi berdua bersama isteri sahaja, tapi pengguna Facebook yang dikenali sebagai Saizul Hafiz membuktikan ia tidak seperti yang disangka. Paling penting perancangan yang dibuat dengan momen terbaik yang akan dikenang anak-anak.
Setelah tiga anaknya sudah agak besar, Saizul merasakan sudah tiba masanya untuk bawa mereka travel bersama. Sempat berkongsi tip dan panduan buat pengembara yang ingin travel seperti mereka, pesan Saizul tak mengapa jika tiada gambar yang sempurna namun pengalaman travel bersama itu lebih bermakna.
Ikuti perkongsian bapa kepada 3 orang anak ini mengembara ke negara Swistzerland yang terkenal dengan keindahan pemandangannya!
Travel sendiri bersama keluarga ke Switzerland
Day 1 – Geneva, Stay Leysin
Day 2 – Bern & Gruyeres
Day 3 – Grimentz, Champex , Château de Chillon
Day 4 – Zermatt
Day 5 – Lake Blause, Lake Oeschinensee. Stay Halisberg
Day 6 – Lauterbrunnen, Grimdelwald First
Day 7 – Interlaken, Cruise Boat Interlaken Lake Brienz, Victoronix Factory Outlet
Day 8 – Mt. Titlis, Lucerne, Halisberg
Day 9 – Rhine Falls, Zurich
Transportation : SelfDrive, HalfFare Card (Family Card)
Accomondation : AirBnB
Flight : Emirates Airlines
Ni pertama kali aku travel bawa satu family ke luar negara, selalu aku pergi dengan wife dan sekali pergi bawa anak pertama. Tapi since semua dah besar, aku fikir its right thing to do and bagi mereka explore pengalaman yang tak selalu kita jumpa tempat kita.
Planning – perkara paling penting bila kita nak travel dengan keluarga sebab kita kena fikir flight, route, penginapan, makanan, kenderaan dan juga masa aktiviti. Ni semua akan mempengaruhi mood sebab kanak kanak bukan tenaga full macam kita kecuali dia jumpa apa dia suka kan.
Flight – Jangan sebab nak jimat kita ambil flight connection banyak. Cukuplah 1 flight yang terus sampai ke destinasi kita sebab waktu transit dan juga masa nak tukar flight pun boleh pengaruhi mood. Macam kami pilih Emirates hari tu, satu sebab tengah promosi dan ni airlines top didunia.
Kenderaan – Dekat Swiss, ada banyak pilihan. STP, Half Fare, Special Passes kalau kita nak travel by public transport. Ada motorhomes kalau kita nak travel lebih adventure, dan juga boleh drive sendiri (mudah sangat). So fikirkan method mana nak pilih sebab kita tahu anak anak kita macam mana. Aku pilih kereta sebab senang, antara satu tempat ke satu tempat anak anak boleh tidur kalau penat.
Route & Aktiviti – ni subjektif bergantung pada apa kita nak capai. Negara yang kita pilih pun berdasarkan apa kita nak tengok kan. Jadi plotkan mana nak pergi dan apa nak buat guna google map. Kirakan sekali berapa harga aktiviti yang kita akan bayar dan kalau boleh cuba cari alternatif untuk dapat diskaun.
Penginapan – Bergantung juga pada preferable kita. Kalau nak luxury pun ada, nak standard pun ada. Sebab dekat Swiss ada hotel, motel, AirBnB dan juga campsite. Aku pilih AirBnb sebab aku suka duduk dekat dengan local.
Makanan – dekat Swiss memang dah terkenal dengan mahalnya negara ni. Jadi kita tak boleh nak lari lah, tapi kita kita boleh control perbelanjaan dengan bawa makanan dari Malaysia ada banyak kan sekarang or kita boleh masak kalau tempat kita sewa tu ada kitchen. Tapi kedai halal tetap ada kalau nak makan luar. Oh ya bawa botol air, sebab air dekat sana boleh isi mana mana sahaja dan fresh! Macam air Coway .
Season – Satu lagi benda penting adalah season apa nak pergi. Setiap season ada kelebihan dia dan mada daylight dia. Winter memang ada salji dan sejuk tapi waktu siang dia pendek. Rugi lah kalau siang pendek sebab nak berjalan pun sekejap je kan. Jadi pilihlah season yang lebih mesra masa, Autumn or Spring.
Go Slow – dengan keluarga kita kena go slow. Means kita nak nikmati saat-saat dengan mereka. Budak budak mungkin akan ingat ingat lupa tapi kita tak akan lupa moment dan saat ni dengan mereka. Jangan nak kejar OOTD sampai lupa masa nak bersama. Tak apa tak ada gambar cun, tapi pengalaman tetap terpahat sampai bila bila.
Budget – sesungguhnya travel sendiri lebih jimat dari travel dengan travel agen. Itu je haha.
Learning – bila travel anak anak akan belajar banyak benda. Disiplin, tepati masa, belajar culture baru, belajar hargai banyak benda. Sebab masa ni, mereka akan tanya banyak soalan sebab mereka lihat benda benda baru. Kalau korang hiking, cuba fikir berapa banyak support motivasi nak bagi supaya sampai di puncak.
Paling penting, enjoy it.
Sekian tips bukan macam tips kan . Where next?
Nak selfie ke wefie ada benda ni baru syok!
Kredit: Saizul Hafiz
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hammocks By The River, Lokasi Camping Unik Di Hulu Langat. Jika Suka Bergambar, Ni Tempatnya!

Aktiviti dan percutian luar seperti berkhemah semakin mendapat perhatian ramai terutama rakyat Malaysia.
Seakan ‘trend’ ketika pandemik, di negara kita ramai sedang berjinak-jinak untuk turut serta dalam aktiviti perkhemahan dan bercuti dengan konsep sebegini.
Bukan itu sahaja, malah aktiviti ini turut disertai oleh seluruh masyarakat tidak kira peringkat umur dan latar belakang. Tahniah diucapkan! Di Malaysia, hakikatnya mempunyai alam semula jadi yang begitu indah. Lihat saja rakan di media sosial memuat naik gambar sesi perkhemahan mereka di lokasi yang mereka terokai. Seronok bukan?
Aktiviti sebegini sebenarnya bukan saja dapat mempromosikan lokasi perkhemahan tempatan kepada orang ramai, juga memberi pendedahan percutiaan alam kepada keluarga dan rakan-rakan tersayang. Jika anda teringin untuk mencuba aktiviti sebegini di lokasi tapak perkhemahan yang selesa, ini ada perkongsiaan info menarik daripada saudari Izza Al’yahya. Jom baca!
Hammocks by the River Rare & cool camp site di Hulu Langat, Selangor
Plan asal minggu ni sepatutnya kami berkhemah di camp site yang berviewkan gunung Kinabalu, Polumpung Melangkap View, Kota Belud Sabah. Dah book camp site dari 2 bulan lepas, tapi sebab keadaan kat sana yang tak mengizinkan, kami redha je tangguhkan plan kami.
If the plan doesn’t work, change the plan, not the goal. So last minute kami cari camp site yang available area kL/selangor. Then jumpa tempat yang cool & macam tak pernah dengar lagi sebelum ni. Rupanya borak dengan owner, dia baru start operasi bulan Ogos 2020 lepas.
Jarak dari Shah Alam ke sini dalam sejam perjalanan. Boleh search kat maps Hammocks By The River. Sampai kat sana lebih kurang jam 11 pagi, terus disambut mesra oleh owner, bro Eddie Putera. Friendly orangnya & always lend his hands bila kita memerlukan.
Campsite ni bersih, luas dan besar, dikelilingi rimbunan pokok yang menghijau & sungai untuk mandi-manda. Kalau book awal, boleh request tapak yang berdekatan dengan sungai, atau kalau nak yang privacy boleh duduk sebelah atas macam tapak khemah kami.
Sewa tapak:
- 2 pax RM25/pax.
- Single camper RM30/pax
- RM25 for additional pax
**So far tiada service sewa khemah disediakan
Apa yang rarenye campsite ni?
- Bagi yang minat photo hunting, campsite ni ada ciri-ciri yang unik & spot untuk shoot angle-angle yg best. Instagramble la orang cakap.
- Kami notice campers yang datang sini mostly chinese, so tanya sendiri dengan owner, memang 80% campers yang datang adalah chinese. Yang lain belum ramai yang tahu. So sebab puas hati dengan campsite ni, saya promote tempat ini untuk kawan-kawan yang ada plan nak camping untuk cuba kat sini.
- Santai-santai masak depan khemah, lepak-lepa borak sambil layan kopi o, terjun sungai mandi manda. Bila malam dah macam ada pertandingan khemah paling cun, kreatif-kreatif semua campers.
Memang penat juga nak pasang & kemas khemah. Orang cakap camping is not really a vacation, but it sure makes for good memories. Selamat mencuba.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI