Singgah lah di Teluk Buih kalau sesekali nak tenangkan emosi di tepian pantai. Tempat menarik ini ada di Daerah Mersing, Johor yang kini menjadi bualan khasnya buat mereka yang sedang merancang untuk mencari ‘port’ bercuti bersama yang tersayang.
Cantik dan mempersonakan, itulah kata-kata terucap tatkala chalet di Mersing ini, ada didepan mata.
Lokasi berhampiran perkampungan nelayan kecil, anda dapat menikmati pemandangan dan bayu kat sini.
Kampung Stay @ Teluk Buih, Mersing ini berada disalah satu lokasi tumpuan percutian di Pantai Air Papan, Daerah Mersing.
Namun yang menjadikan hati ini terus jatuh hati kat chalet ini adalah persekitaran chalet cukup cantik kerana reka bentuk berkonsepkan ‘English Cottage’ bagaikan sebuah lukisan, selain kedudukan chalet berada di tepi teluk menjadikan kawasan ini, cukup nyaman dengan hembusan angin laut yang bertiup.
Kalau anda sukakan percutian seperti berada di sebuah pulau kerana kedudukan chalet yang berada di tepi air laut ini, datanglah bercuti ke sini dan buatlah tempahan awal kerana chalet ini selalu “full-house” terutama masa cuti hujung minggu dan cuti umum.
Kampung Stay @ Teluk Buih
Jalan Teluk Buih,
Air Papan, 86800 Mersing, Johor.