Singgah lah di Teluk Buih kalau sesekali nak tenangkan emosi di tepian pantai. Tempat menarik ini ada di Daerah Mersing, Johor yang kini menjadi bualan khasnya buat mereka yang sedang merancang untuk mencari ‘port’ bercuti bersama yang tersayang.
Cantik dan mempersonakan, itulah kata-kata terucap tatkala chalet di Mersing ini, ada didepan mata.
Lokasi berhampiran perkampungan nelayan kecil, anda dapat menikmati pemandangan dan bayu kat sini.
Kampung Stay @ Teluk Buih, Mersing ini berada disalah satu lokasi tumpuan percutian di Pantai Air Papan, Daerah Mersing.
Namun yang menjadikan hati ini terus jatuh hati kat chalet ini adalah persekitaran chalet cukup cantik kerana reka bentuk berkonsepkan ‘English Cottage’ bagaikan sebuah lukisan, selain kedudukan chalet berada di tepi teluk menjadikan kawasan ini, cukup nyaman dengan hembusan angin laut yang bertiup.
Kalau anda sukakan percutian seperti berada di sebuah pulau kerana kedudukan chalet yang berada di tepi air laut ini, datanglah bercuti ke sini dan buatlah tempahan awal kerana chalet ini selalu “full-house” terutama masa cuti hujung minggu dan cuti umum.
Lokasi:
Kampung Stay @ Teluk Buih
Jalan Teluk Buih,
Air Papan, 86800 Mersing, Johor.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Port Glamping Best di Malaysia, Jom Berdamai Dengan Alam Semula Jadi!
Dilihat semakin banyak port glamping best di Malaysia, ini memudahkan orang ramai yang suka dengan ketenangan membuat pilihan terbaik untuk lakukan aktiviti outdoor.
Port Glamping Best di Malaysia
Kadang jemu juga asyik ke pantai dan menginap di hotel, jadi sesekali oleh tukar angin dengan bawa anak-anak join aktiviti luar macam ni, syok!
Ini senarai beberapa tempat menarik untuk berdamai dengan alam semula jadi yang terdapat di Malaysia.
1. Gopeng Glamping Park
Gopeng Glamping Park terletak di LOT 10846, Jalan Besar, Kampung Chulek, Gopeng di Perak. Glamping ini menyediakan beberapa jenis kemudahan penginapan, ruang makan dan fasiliti termasuk aktiviti-aktiviti outdoor yang menarik.
Di dalam sebuah khemah boleh memuatkan seramai empat orang tetamu. Lebih menarik lagi, di sini menyediakan perkhidmatan mendobi, WiFi, ruang parkir kenderaan secara percuma dan pakej sarapan.
2. Tadom Hills Resort
Jika anda pencinta aktiviti air, Tadom Hills Resort adalah destinasi percutian yang sesuai buat anda. Infrastuktur di sini diperbuat daripada kayu buluh yang akan memberikan anda sekeluarga rasa suhu sejuk semulajadi tanpa air-cond.
Tadom Hill Resort terletak di No.2, Jalan Bukit Tadom, (Kampung Orang Asli) Kampung Labohan Dagang, 42700 Banting, Selangor.
3. A’moss Farmstay
Cameron Highlands merupakan destinasi pilihan warga kota kerana lokasinya yang dekat tetapi tampil dengan tarikan menarik seperti ladang teh, ladang strawberi dan sebagainya. Anda boleh menginap di A’moss Farmstay sekiranya makan angin di Cameron Highland.
Lokasinya terletak di Amoss Road, Kampung Gerak Sepadu,39000, 39000 Brinchang, Pahang. Dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
4. Chengal Hill Resort
Chengal Hill Resort ini terletak di kebun yang berkeluasan lima ekar dan di kawasan berketinggian 900 meter dari aras laut.
Chengal Hill Resort menyediakan penginapan riverside chalet, dorm style chalet, water chalet, apachi, khemah camping dan glamping. Untuk aktiviti pula, anda boleh mencuba pelbagai aktiviti menarik seperti memanah, ATV, menyewa 4WD untuk meneroka hutan di sekitar, berbasikal dan meredah hutan.
Chengal Hill Resort terletak di Bentong, Pahang dan anda boleh layari Chengal Hill Retreat untuk ketahui tawaran menarik lagi di sana.
5. Mongolian Yurt Sabah
Lepas ni tidak perlu lagi pergi bercuti ke Mongolia. Mongolian Yurt kan ada… Anda akan merasai pengalaman seakan-akan bercuti di luar negara, sedangkan di Sabah je. Mongolian Yurt ini terletak di Mongolian Yurt Wind Paradise Lodge, Kundasang, Sabah.
Untuk aktiviti di sini, memerhati bintang adalah salah satu aktiviti yang tidak patut anda lepaskan. Pemandangan bintang berkelipan agak jelas sekitar pukul 11.00 malam dan ke atas. Memang best!
6. Ant Beach
Ant Beach Camp adalah tapak perkhemahan yang terletak berdekatan dengan kawasan pantai. Anda boleh menyewa khemah, hammock dan peralatan-peralatan perkhemahan lain untuk didirikan di sini.
Di kawasan perkhemahan ini juga turut disediakan sumber air dan tandas, jadi jangan risau tentang perkara-perkara kecil kalau bercadang nak ke sini. Ant Beach Camp terletak di Lot 3294, Kampung Mengabang Telung, 21030 Batu Rakit, Kuala Nerus, Terengganu.
7. Kanopi Villa Janda Baik
Kanopi Villa Janda Baik ini terletak di dalam kawasan hutan hujan di kaki bukit Genting Highlands dan hanyalah 45 minit dari Kuala Lumpur. Bagi warga kota, kalau anda mengidamkan suasana tenang dan segar, tak perlu cari jauh-jauh.
Untuk aktiviti sepanjang penginapan pula, anda boleh menaiki ATV, memancing di kolam yang terletak bersebelahan dengan khemah, bermain permainan papan, berbasikal di trek-trek berdekatan ataupun trekking ke air terjun Bentong. Banyak sekali aktiviti menarik boleh dibuat bersama keluarga.
Kanopi Villa Janda Baik terletak di Lot 25929 Kg Janda Baik, off Genting Sempah, Bentong, Kampung Janda Baik, Pahang.
8. Sailor’s Rest Resort
Sailor’s Rest Resort ini terletak di dalam kawasan hutan Banjaran Titiwangsa yang berketinggian 600 meter dari aras laut. Penginapan yang ditawarkan di sini adalah rumah 3 bilik, rumah bot, chalet moden dan chalet kampung.
Selain itu, Sailor’s Rest Resort seronok untuk dijadikan kawasan percutian bersama keluarga kerana keindahan tamannya yang dipenuhi pokok-pokok hijau dan bunga-bungaan yang menyegarkan pandangan. Lokasinya terletak di Lot 8592, Lorong Dato Panglima, Kg. Sg. Lurau, Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang.
Selain menikmati pemandangan alam semula jadi, anda juga boleh menghirup udara segar dan lari dari kesibukan bandar. Ingat, bercuti di dalam negara adalah lebih baik!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Layan Camping Sambil Mancing Waktu Malam Di Campsite Dusun Apak Kawww. Pilih Tapak Tepi Sungai Baru Feel!
Sekali dah mula camping perasaan seronok tu akan terus buat rasa teruja nak camping untuk yang kesekian kalinya. Tambah pula ada cukup peralatan dan juga ahli keluarga yang turut suka dengan aktiviti sebegini.
Lagi best bila kat Malaysia pun sekarang dah banyak campsite yang tumbuh bagai cendawan. setiap lokasi memang punya keistimewaan yang tersendiri untuk diterokai.
Campsite Dusun Apak Kawww yang terletak di Batang Kali, menjadi pilihan Yanie Haron dan keluarga. Meskipun perlu travel dari Melaka, itu semua bukan halangan buat Yanie yang sudah 17 kali camping.
Ikuti perkongsian Yanie kali ini tentang perkhemahan terbarunya di campsite Dusun Apak Kawww selama 2 hari 1 malam.
Dusun Apak Kawww, Batang Kali, Selangor | 16-17 Julai 2022 | 2h1m
Buat kesekian kali nya. Pacak kali ke-17. Dusun Apak Kawww menjadi pilihan hati. Jarak dr Melaka lebih kurang 190++km, 2hrs ++. Gerak jam 5.30am. Singgah solat subuh di Surau Batu 4, Pedas, N9. Tiba di Dusun Apak Kawww lebih kurang jam 8.40am.
Alhamdulillah..baik hati Apak benar kan kami untuk terus pacak walaupun waktu sebenar untuk check in adalah jam 9.30am.
Kami pilih tapak tepi sungai. Nak kan view sungai, bunyi sungai dan mudah untuk kami pantau anak-anak dari khemah je, malam pulak boleh layan mancing. Apak kata panas. Sebab kebanyakan campers suka pilih dalam kebun lebih redup. Tapi takpe la kami dah biasa berpanas. Kejap je pun panasnya.
Best campsite ni, campsite dan kemudahan disediakan bersih dan mencukupi.
Toilet (Asing lelaki perempuan, cangkung & duduk) 5 star
Sinki 5 star
Surau 5 star
Plugpoint rm10/night 5 star
Sungai 5 star
Telco Line (Maxis) 5 star
Fee rm50/night
Walaupun boleh check out sehingga jam 6pm. Tapi kami terpaksa check out seawal jam 12pm kerana ada urusan lain yg tak dapat dielakkan. Next InsyaAllah akan repeat lg campsite ni.
Sumber: Yanie Haron
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ketahui Hak Anda Bila ‘Flight Delayed’, Antaranya Anda Berhak Dapat Penginapan Hotel
Boleh dikatakan menjadi lumrah pesawat kita naiki ‘delay’ atau dalam bahasa Melayu tertunda/tertangguh. Bertuahlah anda jika anda kerap menaiki pesawat tetapi sekalipun tidak pernah delay.
Buat anda yang kerap kali mengalami situasi begitu, ini perkongsian ringkas daripada facebook page Jumpa Kat Mahkamah
Flight anda delay lagi? Jangan lupa claim perkara-perkara ini!
- Flight delayed 2 jam? Anda berhak untuk free meal & free internet.
- Flight delayed 5 jam? Anda berhak untuk free hotel siap transport lagi.
tuntutan flight delay.
Tapi janganlah terlampau marah jika pesawat anda ‘delay’. Bukan saja-saja. Ini sebab kenapa pesawat anda kemungkinan terlewat menurut trip jalan.
- Cuaca Buruk
Hujan yang sangat lebat, petir, angin yang sangat kencang, bahkan asap tebal adalah situasi cuaca buruk yang menjadi salah satu penyebab utama penerbangan akan ditunda. Jika sudah seperti ini, maka anda hanya boleh bersabar dan menunggu sehingga cuacanya elok. Untuk persedian awal anda boleh melihat terlebih dahulu situasi cuaca melalui internet penerbangan ikut pada tarikh anda.
- Lalu lintas
Pernah kena kesesakan lalu lintas di jalan raya kerana banyak kenderaan? Hal ini pun dapat terjadi pada udara juga. walaupun ia sudah pun diaturkan tetapi pasti akan ada masalah yang tidak boleh dielakkan sehingga sesak lalu lintas. Lalu lintas menjadi sesak apabila penerbangan yang sebelumnya delayed dan ini menyebabkan kesusahan untuk mengikut jadual take off dan landing yang telah ditetapkan mengakibatkan terminal menjadi huru hara.
- Kru penerbangan/Kakitangan pekerja
Ini juga salah satu sebab-sebab kenapa flight delay dari pengisian bahan bakar yang lambat, kerosakan/pemeliharaan secara drastik, penggantian jadual kru, pembersihan pesawat, pengangkutan/masalah bagasi, dan lain-lain yang disebabkan oleh pihak kru penebangan seperti flight attendant, pilot dan co-pilot.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI