Nak lari dari kesibukan kota dan kerja, tak payah pergi jauh-jauh, kat Selangor pun banyak sebenarnya resort yang tak mahal dan tenang untuk pergi bercuti.
Dengan harga bermula dari RM100 semalam, Eco Murai Rimba yang terletak di Batang Kali Selangor pilihan sesuai untuk anda staycation dengan keluarga ataupun rakan-rakan.
Berkonsepkan mesra alam, tempat ini merupakan lokasi ideal untuk anda berkelah
melihat burung, berenang atau mencuba nasib memancing di kawasan air terjun yang dikelilingi alam semulajadi.
Oleh kerana Eco Murai Rimba terletak di pinggiran hutan, pengunjung yang hadir di sini bakal disajikan dengan suasana hutan yang nyaman serta mereka juga boleh menikmati kedinginan air sungai dan air terjun yang terletak berhampiran dengan chalet tersebut.
Terletak tidak jauh dari pusat peranginan, Genting Highland, kalau tak ada apa-apa aktiviti di malam hari bolehlah jalan-jalan ke sana. Perjalanan hanya mengambil masa 15 hingga ke 20 minit sahaja.
Alamat : B66, Jalan Lama Genting, Sungai Pinang, Batang Kali
Facebook : https://www.facebook.com/EcoMuraiRimba/
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dekat Saja Pulau Kapas. View Setanding Pulau Popular Lain Di Terengganu
Pulau Kapas terletak kira-kira enam kilometer dari jeti Marang mempunyai keindahan tersendiri hingga mampu memukau setiap pengunjung.
Terletak di Laut China Selatan dengan keluasan 21.33 kilometer persegi, pulau yang merujuk kepada pokok kapas itu menjadi destinasi pelancongan wajib singgah di Terengganu.
Kenapa Perlu Pilih Pulau Kapas?
- Tempoh perjalanan ke pulau itu hanya mengambil masa antara 15 hingga 20 minit dari jeti Marang. Lokasinya tidak jauh dari daratan menjadikan perjalanan ke Pulau Kapas adalah sesuatu yang singkat.
- Sesuai untuk percutiaan keluarga samada membawa warga emas dan anak kecil kerana jarak perjalanan menaiki bot tidak begitu lama berbanding ke pulau sekitar yang lain.
- Walaupun Pulau Kapas terletak begitu dekat dengan tanah besar, tidak bermakna air laut yang berada di sini tidak jernih dan menarik. Anda pasti teruja melihat kejernihan air laut.
- Aktiviti selam snorkel sangat digalakkan untuk dilakukan di Pulau Kapas. Tidak perlu naik bot untuk pergi jauh-jauh, selam snorkel di kawasan pesisir pantai sudah memadai untuk melihat ikan-ikan comel berenang.
- Boleh dikatakan penginapan di Pulau Kapas semuanya merupakan resort atau chalet bajet. Maka ia membantu menjimatkan lebih wang poket anda.
- Tarikan utama yang ada di Pulau Kapas adalah mendaki Bukit Singa dan Batu Berakit. Pengalaman berada di puncak tertinggi di bukit ini tidak harus dilepaskan oleh pengujung Pulau Kapas.
Jom masuk pulau!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Buat ‘Trip Gila’ Ke Hatyai Semata-Mata Untuk Makan
Ramai yang teringin bercuti ke luar negara, tetapi ada yang masih tidak mampu. Tidak perlu bersedih geng, ada je lokasi ‘luar negara’ yang masih anda boleh terjah seperti ke negara jiran terdekat Thailand. Pilihlah ke Hatyai yang tidak jauh dari Malaysia, dan masih berpeluang merasa bercuti ke negara orang dengan bajet yang sangat rendah.
Baca perkongsian gadis ini bersama teman-temannya ke Hatyai hanya untuk 2 hari 1 malam sahaja dengan bajet tidak sampai RM200 pun. Tetapi yang menariknya gadis-gadis ini memilih trip ke Hatyai hanya untuk makan semata-mata.
Hatyai Trip (BAJET RM 192.49 untuk seorang)
? Train hatyai : 100 baht (return)
? Tuktuk : 300 baht untuk 2h1m
? Makan : 435 baht 2h1m (salma restaurant / chabura dimsum/ floating market/ kai tod decha/ greenway bazaar/ asean night market)
? 7 eleven : 220 baht (beli teapot/meiji/arabus)
? Baju utk en suami : 150 baht
? Simcard : 48 baht
(Total semua : 1523 baht : rm 192.49)
? Hotel Hi Season : Rm 32 (1 balik 3 orang) booking.com (time nie ada superdeal.. rezeki) jauh sikit dari pekan hatyai.
? Train ktm : rm 20.80 (return)
✌️ untuk kaki MAKAN sangat disarankan. Banyak makanan halal jugak. Aku memang niat nak makan tak minat nak shopping walaupun baju blouse boleh dapat dalam 100 baht je.
♥️ Ahad 7/10 ♥️
6.30 am : bertolak ke padang besar dari tasek gelugor.
8.30 am : sarapan / beli tiket ke hatyai dan check in imigresen thailand/ malaysia
9.30 am : bertolak ke hatyai
10.20 am : sampai hatyai
**makan pagi di salma restaurant/ jalan ke plaza lee/ kawasan sekitar. ( misi mencari makanan bermula)
1.00 pm : check in hotel
2.30 pm :gerak ke chang puak champ / floating market. Floating market petang tu ada tarian kebudayaan thailand.
6.00 pm : makan dekat kai tod decha. Tomyam dia sedap gila.
7.00 – 9.00 pm : asean night market/ greenway bazaar.
9.00 pm : balik tidur ?
♥️ Isnin 8/10 ♥️
9.00 am : makan dimsum chabura. Kerabu meggi sedap. Kerabu daging bakar pun sedap ?
10.00 pagi : check out sambil jalan – jalan area plaza lee (cari barang dan makan)
12.00 tghari : beli tiket dan balik..
*thailand lewat sejam dari msia.. di atas adalah waktu thailand..
?♀️?♀️?♀️?♀️?♀️
Kami pi 5 orang.. memang dapat murah sebab semua bahagi 5 ? kalau nk murah lagi ramai lagi bagus.. kalau pi berdua tu mahai sikit la ✌️✌️
Misi kami hanya mencari MAKAN sahaja.. gambar tak banyak.. jumpa makan sampai lupa ambik gambar..
**************
Ada yang tanya.. bawak anak kecik ok ke tak kalau naik train jawapan saya.. ok je.. tapi pastikan anak- anak di jaga elok jangan bagi anak-anak sua kepala/ tangan luar tingkap. Seeloknya bagi anak duduk setempat.
Border pass? Maaf saya tak tahu boleh guna ke tak kalau naik train ??
Tak booking tuktuk pun tak apa. Nanti turun train ada tuktuk banyak dekat luar. Nego la harga sendiri ye ?
Untuk backpackers. Banyak hotel/dorm murah. Boleh jalan kaki dari stesen train ke pekan hatyai ambik masa dalam 7 minit (boleh refer google maps)
Kalau dari KL/ selangor boleh naik ets turun ke padang besar. Kalau dari utara naik KTM je.
Better bawak duit lebih bila tengok makanan jadi rambang mata ?? bawak duit malaysia pun tak apa sampai sana banyak money changer..
Tempat yang boleh di lawati :
✔️ aquarium
✔️ zoo hatyai
✔️ samila beach
✔️ tempat menembak
✔️ cable car
* nanti dekat tuktuk ada flyer.. boleh je korang tengok nak pi mana-mana*
Ye saya memang tak pi banyak tempat.. sebab saya pi cari MAKAN sahaja. Sebab tu boleh dapat harga dekat atas.
Nota Tambahan
Sila jaga kebersihan semasa bercuti di luar negara. Jaga nama baik Malaysia sebagai rakyat yang pembersih ? jangan merokok di tempat awam atau kawasan pelancongan.
Saya share sikit ya tempat untuk lawatan dan untuk JJCM mungkin boleh jadi rujukan :
Lawatan :
?Songhkla aquarium (300 baht sorang)
?Zoo hatyai (150 baht sorang) kereta (50 baht) ada water themepark skli
? samila beach (patung duyung)
? bee farm (tak pasti harga)
? cable car (200 baht tak pasti harga)
? tempat menembak
?chang puak cham tempat gajah masuk free naik gajah 500 baht (jangan la naik.. kesian gajah)
?Floating market
?Muzium 3d
? sleeping buddha
Makan :
?khlonghea seafood (area floating market)
?kelantan restaurant
?salma restaurant
?zaina dimsum
?chabura dimsum
?kai tod decha
?floating market
?asean night market
?greenway baazar
?kimyong market
?area lee garden plaza
? 7e ni wajib
? sebelum bercuti sila check matawang kita. Sekarang tengah turun ☹️
Sumber: Zati Mohd
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ombak Dive Resort Lokasi Penginapan Sempurna
Waktu yang sesuai untuk mengunjungi pulau ini ialah antara bulan Mac hingga Oktober kerana cuacanya yang panas. Ketika ini air laut tenang dan jernih membolehkan anda menikmati keindahan pulau ini. Maka wujudnya pelbagai resort dan chalet yang menawarkan pelbagai pakej dari pakej santai sehinggalah pakej selam skuba.
Kebanyakan pakej yang disediakan telah termasuk penginapan, makan, bot untuk perjalanan pergi dan balik ke jeti serta aktiviti seperti tertera di dalam itinerari.
Menyedari akan tarikan di Pulau Perhentian Kecil, Ombak Dive Resort menjadi pusat sehenti yang menyediakan pelbagai kemudahan khas untuk pelancong. Menurut pemiliknya, Dato’ Zulkifli Mohd Sharif serta isteri, Datin Nur Salinda Sabar, Ombak Lodge, Ombak Cafe dan Ombak Divers tercetus sejak 2012 bagi memenuhi keperluan pelancong yang ingin bercuti di Pulau Perhentian Kecil.
Jelas Siti Balqish Sabar selaku Pengurus di resort itu, Ombak Dive Resort menerusi Ombak Lodge menyediakan pelbagai jenis bilik mengikut keselesaan dan keinginan tetamu. “Mengekalkan konsep sederhana dan selesa, antara bilik yang ditawarkan ialah single, twin, triple, dan quadruple sharing rooms. Pengunjung boleh memilih bilik dilengkapi kipas ataupun berhawa dingin mengikut keselesaan masing-masing.
Bagi sesetengah bilik di sini dilengkapi dengan balkoni. Istimewanya di sini, disediakan juga exclusive suites yang lebih privasi selesa buat pasangan yang ingin berbulan madu. Ke semua bilik di Ombak Lodge dilengkapi dengan tilam yang empuk serba baharu, kemudahan bilik air, siling yang tinggi untuk tujuan pengudaraan yang baik. Malahan Ombak Dive Resort disalurkan bekalan elektrik selama 24 jam bagi menjamin keselesaan tetamu yang menginap di sini.
Menjamu selera sambil menghadap pantai
Tiada yang lebih indah dapat menikmati hidangan dalam suasana tenang sambil ditemani bayu laut yang nyaman. Anda dapat merasai suasana ini sebaik ke Ombak Cafe. Pelbagai sajian antarabangsa seperti masakan Cina, Itali dan sajian barbeku disediakan oleh Chef Azizul Hakim Mohamed Mokhtar , berpengalaman luas dalam bidang kulinari.
Di sebelah malam pengunjung yang menginap di resort ini boleh menikmati menu pilihan sambil menonton filem yang ditayangkan dan ditemani cahaya bulan . Kesemua menu disediakansecara A’la Carte. Bagi mereka yang hadir dengan jumlah yang ramai, bufet akan dihidangkan dengan minimum 20 pax setiap hidangan.
“ Kami memberi kelainan buat tetamu dengan menyediakan roti secara segar pada setiap hari. Atas permintaan ramai, turut disediakan variasi kek untuk tetamu yang berhasrat merai majlis tertentu di pulau ini,” ujar Chef Azizul.
Tarikan aktiviti
Ombak Divers juga diktiraf sebagai pusat latihan skuba oleh PADI Dive yang disahkan dan diajar oleh tenaga pengajar yang berkelayakan dan berpengalaman. Buat peminat selam skuba , jangan lepaskan peluang menyelam di sini. Ombak Divers turut menyediakan kelengkapan yang sewajarnya bagi mereka yang ingin merakamkan pemandangan indah di dasar laut.
Pakej snorkeling dengan harga istimewa turut ditawarkan. Jenama Aqualung menjadi pilihan untuk kegunaan snorkeling dan menyelam di dasar laut kerana percaya akan kualitinya. Pengguna yang menginap di sini boleh menyewa peralatan ini dengan harga yang berpatutan.
Secara kesimpulannya, menginap di Ombak Dive Resort menyempurnakan percutian anda.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI