Sesekali nak hibernate dan ‘larikan’ diri dari hiruk pikuk bandar yang sibuk, destinasi alam pasti jadi pilihan. Camping di Glamping at Kongkoi yang terletak di Jelebu, Negeri Sembilan antara lokasi untuk tenangkan diri.
Berada di dalam hutan dan berhadapan dengan sungai, memang syok kalau dapat luangkan masa tenangkan diri di campsite ini. Lagi ‘feeling’ bila bangun pagi dengar kicauan burung dan unggas selain bunyi air sungai yang cukup mendamaikan.
Faiz Lorh berkongsi pengalaman dirinya dan keluarga camping di campsite ini. perlu melalui laluan tanah merah sepanjang 1km kerana berada agak jauh di dalam hutan, perjalanan untuk sampai ternyata berbaloi.
Mempunyai fasiliti yang hampir lengkap untuk para camper, paling penting tandas yang ada bersih dan selesa untuk digunakan. Nak tahu apa lagi menarik di campsite ini, ikuti perkongsian Faiz Lorh:
Camping 2 hari 1 malam di Glamping at Kongkoi
Camping 2 hari 1 malam di Glamping at Kongkoi Jelebu Negeri Sembilan,Suasana campsite berada didalam hutan jauh dari hiruk pikuk bunyi kenderaan serta berhadapan dengan sungai,Punca aliran sungai dari air terjun Lata Kijang
Laluan tanah merah sepanjang 1km sebelum sampai ke campsite,sesuai untuk semua kenderaan.
Link Youtube suasana & aktiviti kami di campsite ini
Campsite ini sangat sesuai bagi mereka yang ingin menikmati ketenangan dengan suasana alam semulajadi & tidak suke dengan crowd yang terlampau padat,tiada caj dikenakan untuk tambahan flysheet,boleh memuatkan 30 khemah dalam satu masa.
Sungai sangat sesuai untuk anak-anak bermain air,kedalaman hanya paras pingang.
Antara facilities yang disediakan antaranya :
Tandas bersih dan selesa
Ads
Plug point disediakan dibawah pondok rehat CO
Lampu disediakan pada waktu malam
Parking kereta dekat dengan tapak perkhemahan
Line Celcom/Umobile/Maxis
Surau tiada
Ads
Campsite : Glamping at Kongkoi
FB Page : Glamping at Kongkoi
Lokasi : Jelebu Negeri Sembilan
Tapak Sewa : RM30 / Head (bawah 6 Tahun free)
Deposid Sampah : Rm3 (Tong Sampah Roro di pintu masuk)
Pernah menjejakkan kaki ke Pakistan dan menyaksikan sendiri keindahan pemandangan di Kashmir dan juga beberapa tempat lain di sana membuatkan Norzaini Rohaizan Zainudin mahu melihat sendiri tempat yang terkenal dengan julukan Kashmir Jeli di Kelantan.
Pemanduan dua jam dari Kota Bharu Ke tempat yang dikenali sebagai Kashmir Jeli itu memang sangat mengujakan wanita ini kerana sepanjang perjalanannya turut disajikan dengan pemandangan indah tidak kurang hebatnya seperti negara Pakistan yang pernah dilawatinya.
Menurut Norzaini juga ketika kunjungannya ke Kelantan pada ketika itu adalah waktu padi menghijau dan sepanjang jalan terdapat orang berniaga, sempatlah dia menyinggah untuk membeli dan merasa sendiri beberapa makanan kelantan yang popular.
View cantik di Kashmir Versi Kelantan
2 jam drive dari Kota Bharu ke Kashmir Jeli. Tapi view sepanjang jalan sangat cantiklah. Sampai kad bank jatuh pon tak perasan.
Waktu ni padi di kelantan sangat hijau. Cantik sangat la. Lagi best sepanjang jalan jumpa je orang niaga ,kita pon berhenti beli. Dapat la rasa etok salai, kuih gomok, putu halba dan air tuak.
Sampai je Kashmir Jeli memang puas hati. Tak menyesal pergi. Memang lawa lah. Macam kashmir versi kelantan.
Sememangnya keunikan alam semula jadi mempunyai pesona tersendiri terutamanya kepada pencinta alam sekitar. Sudah tentu ramai yang merindui keindahan flora dan fauna, ketenangan alam atau menikmati suasana hijau itu sendiri.
Percutian alam semula jadi di Negeri Selangor pastinya menjadi pilihan terbaik untuk diteroka. Tourism Selangor menyenaraikan 5 tempat percutian yang berkonsepkan alam semula jadi yang mungkin menjadi pilihan anda:
Resort Taman Eko Rimba Komanwel
Tempat penginapan yang unik dengan dikelilingi oleh tumbuhan malar hijau tentunya memberikan pengalaman istimewa. Resort Taman Eko Rimba Komanwel terletak di Hutan Simpan Bukit Lagong, Rawang merupakan pilihan yang tepat buat orang ramai untuk dijadikan sebagai destinasi percutian ideal.
Anda boleh memilih untuk menginap di bilik biasa atau khemah. Walaupun terletak di kawasan hutan tetapi ianya masih menawarkan keselesaan. Para tetamu dapat menghayati pengalaman berehat di dalam hutan yang jauh dari hiruk-pikuk kota.
The Nahara Kalumpang
Jika anda inginkan percutian tenang dan santai di tepian sungai, antara lokasi percutian yang sangat cantik dan dikelilingi dengan alam semula jadi ialah di The Nahara Kalumpang. Terdapat beberapa unit chalet dan villa yang ditawarkan kepada para pengunjung. Bukan itu sahaja, aktiviti berkelah juga boleh dilakukan di sini, menjadikan The Nahara Kalumpang antara pilihan menarik di Negeri Selangor bagi percutian seisi keluarga.
Nur Laman Bestari Eco Resort
Nur Laman Bestari Eco Resort terletak berdekatan dengan Ulu Yam dan hanya mengambil lebih kurang 15 minit perjalanan dari Batu Caves. Ianya lokasi yang sangat sesuai untuk kembali bercuti apabila keadaan pandemik Covid-19 Negara sudah semakin pulih.
Ianya terletak bersebelahan dengan Sungai Tua Recreational Forest dan menawarkan beberapa jenis penginapan yang boleh dipilih oleh para pengunjung seperti chalet dan khemah. Terdapat pelbagai aktiviti ditawarkan di sini seperti berkayak, menyelusuri hutan dengan menggunakan kenderaan ATV dan banyak lagi!
Dusun Bonda
Dusun Bonda merupakan lokasi percutian yang terletak di Ulu Tamu, Batang Kali. Destinasi ini menawarkan penginapan berlandskapkan tropika yang ditumbuhi pokok-pokok yang mekar.
Selain itu, Dusun Bonda juga menawarkan penginapan yang harmoni dengan suasana persekitaran yang menarik. Pemandangan indah di tepian sungai dan air terjun buatan juga menjadi tarikan utama kepada orang ramai untuk menghabiskan masa terluang di sini selepas tamat tempoh PKP nanti.
Taman Eko Rimba Sungai Tua
Taman Eko Rimba Sungai Tua merupakan kawasan rekreasi hutan yang popular di Negeri Selangor. Ianya terletak kira-kira 10km dari Bandar Baru Selayang dan berada dalam kawasan Hutan Simpan Hulu Gombak. Terdapat pelbagai aktiviti dan kemudahan di Taman Eko Rimba Sungai Tua termasuklah aktiviti berkhemah, berkelah, joging dan banyak lagi! Anda boleh bersiar-siar sambil menikmati keindahan alam semula jadi serta flora dan fauna di sekitar kawasan ini. Sememangnya Taman Eko Rimba Sungai Tua merupakan pilihan yang sesuai untuk dikunjungi bersama keluarga atau sahabat handai kelak.
Percutian yang berkonsepkan alam semula jadi tentunya menyeronokkan, apatah lagi disertai bersama keluarga atau rakan-rakan. #DreamNowTravelLater – jadikan destinasi yang tersenarai di atas sebagai pilihan percutian anda hanya setelah tamat tempoh PKP. Di samping itu, adalah diingatkan kepada setiap pengunjung untuk sentiasa mematuhi garis panduan atau SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara. Pengunjung harus mendaftar melalui aplikasi mudah alih “SElangkah: Langkah Masuk Dengan Selamat”, memastikan penjarakan sosial, menggunakan cecair pembasmi kuman secara berkala dan memakai pelitup muka pada setiap masa demi kesejahteraan bersama.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Beberapa kawasan pelancongan popular di Vietnam dibuka semula sempena cuti National Reunification Day (30 April) dan May Day (1 Mei), selepas negara ini melonggarkan peraturan penjarakan sosial.
Vietnam merupakan negara Asia Tenggara yang mencatatkan kes COVID-19 yang rendah dan masih tiada sebarang kes kematian direkodkan.
Lembaga pengurusan ‘My Son Cultural Site’ di wilayah tengah Quang Nam berkata tempat itu akan dibuka dari 28 April, tetapi pengunjung perlu memakai penutup hidung dan mulut serta menjaga jarak sosial. Akhbar Nhan Dan melaporkan kawasan itu ditutup sementara waktu sejak 16 Mac 2020 lalu susulan penularan COVID-19.
Sementara itu, Jabatan Pelancongan wilayah Khanh Hoa berkata beberapa destinasi pelancongan popular di bandar Nha Trang juga akan dibuka semula tidak lama lagi.
Selain itu, destinasi menarik di wilayah Kien Giang turut bakal dibuka kembali kepada pengunjung.
Namun, hanya rakyat dan warga asing yang tinggal di Vietnam dibenarkan mengunjungi kawasan berkenaan, kata Jabatan Pelancongan wilayah itu.Sementara itu di Hanoi, perkhidmatan ‘hop on-hop off’ dan tempat bersejarah letaknya Kubu Kota Thang Long dijadual beroperasi semula hanya pada cuti umum 30 April hingga1 Mei.