Musim-musim panas ni kalau dapat bercuti kat tempat sejuk memang seronok. Cameron Highlands antara tempat peranginan yang sering menjadi tumpuan pelancong dalam negara, jadi kalau ada plan nak bercuti ke sana apa kata cuba menginap di Tiny Boutique Habitat. Bukan je tempat cantik, malah ada tarikan lain yang buatkan anda dan keluarga seronok nak stay kat sini.
Persekitaran yang tidak terlalu besar membuatkan tempat ini agak privacy dan tidak terlalu umum untuk semua. Sesuai nak menginap bersama keluarga yang tak ramai sangat.
Kat sini juga ada garden cantik yang boleh anda dan keluarga merakam kenangan ketika menginap selain mini zoo yang ada arnab comel, ayam, itik, burung dan beberapa haiwan jinak yang lain.
Terletak di Tanah Rata, kalau rasa tak nak makan kat luar, kat sini juga ada café yang terkenal dengan pizzanya yang memang best. Bayangkan sejuk-sejuk pekena pizza yang dibakar segar dengan menggunakan kayu api, memang terbaik.
Alamat: Tiny Boutique Habitat, 24, Kg Taman Sedia, 39000 Tanah Rata, Pahang
Kredit: Facebook Tiny Boutique Habitat