Bila tiba bulan Ramadan, antara yang ditunggu-tunggu tentunya kemunculan Bazar Ramadan yang menjual aneka jenis makanan untuk dinikmati. Kadang ada juadah yang hanya boleh didapati ketika bulan puasa, disebabkan itulah ramai yang berkunjung ke bazar untuk membeli hidangan berbuka puasa.
Mempunyai sembilan daerah, pastinya Bazar Ramadan yang ada di Selangor menyediakan pilihan makanan dan juadah serta tapak bazar yang sesuai untuk dikunjungi. Bukan sahaja menjadi pilihan warga tempatan, malah bazar Ramadan juga turut mendapat perhatian pelancong luar negara untuk merasai sendiri makanan tempatan yang menjadi sebahagian daripada identiti dan keunikan negeri Selangor.
Nak tahu kat mana bazar Ramadan yang happening dan best kat Selangor? Tourism Selangor senaraikan tujuh bazar Ramadan terbaik yang ada di Selangor pada tahun ini, check this out!
7 BAZAR RAMADHAN TERBAIK DI SELANGOR 2023
1.Bazar Ramadan Stadium Shah Alam
Dengan ruang parkir yang luas dan kawasan bazar Ramadan yang luas, Bazar Ramadan Stadium Shah Alam menjadi pilihan utama yang terkenal oleh penduduk Shah Alam. Dengan pelbagai pilihan juadah berbuka puasa seperti sotong bakar boroi, ayam madu dan sata, ia menjadi permintaan ramai di bazar ini! Bagi mereka yang mengidamkan masakan Mediterrenean, Mandy Rice oleh chef terkemuka, Chef Ammar juga disediakan di sini dalam barisan panjang setiap Ramadan!
Ads
Bazar Ramadan USJ 4, Subang Jaya
Bagi mereka yang tinggal di kawasan Subang, Bazar Ramadan di USJ 4 merupakan bazar yang wajib dikunjungi. Dibuka seawal jam 3.00 petang, sebanyak 160 gerai di bazar ini menyediakan pelbagai juadah bulan puasa setiap tahun seperti nasi briyani, ais krim mangga terapung dan martabak. Terletak bersebelahan dengan SMK USJ 4, Bazar Ramadan USJ 4 sangat mudah dikenal pasti memandangkan ia mudah dilihat dari tepi jalan.
Terletak bersebelahan dengan Dewan Perbandaran MPAJ, bazar Ramadan ini merupakan salah satu kawasan tumpuan di Pandan Indah. Dengan kawasan pejalan kaki yang luas, pengunjung boleh menemui juadah berbuka puasa walaupun pada lewat petang! Terdapat pelbagai juadah di 114 gerai yang ditawarkan di sini seperti sup kotak gear, kepak ayam madu Tawau, kuih peneram dan akok.
Ads
Bazar Ramadan Taman Sri Andalas, Klang
Salah satu bazar Ramadan yang ditunggu-tunggu oleh penduduk Klang, Bazar Ramadan Taman Sri Andalas ini merupakan salah satu bazar yang telah bertapak di kawasan Klang setiap kali menjelangnya bulan Ramadan. Tongmo bakar, ayam percik dan pelbagai jenis kebab juga ada di sini. Pastinya salah satu bazar yang boleh anda kunjungi untuk mendapatkan juadah berbuka puasa!
Ads
Bazar Ramadan PKNS, Shah Alam
Terletak hanya bersebelahan dengan bangunan PKNS, bazar Ramadan ini merupakan antara bazar yang paling ramai dikunjungi seawal jam 3 petang. Setiap gerai menjual hidangan berperisa yang mendapat permintaan tinggi dan sangat digemari, seperti popiah basah, daging salai masak lemak, nasi kerabu tumis, kebab kambing dan pelbagai lagi! Pengunjung boleh meletakkan kenderaan di bangunan berhampiran seperti Plaza Shah Alam atau di PKNS juga.
Bazar Ramadan Jalan SS6/1, Kelana Jaya
Bazar Ramadan di Kelana Jaya Seksyen 6 merupakan antara bazar utama khususnya kepada pelajar Universiti Malaya dan MAHSA. Terletak di hadapan Jaya One, bazar ini menawarkan harga berpatutan kepada pengunjung dengan jumlah keseluruhan 197 gerai di sini. Pelbagai hidangan unik di sini seperti pilihan minuman unik seperti air kasturi asam boi, ayam percik dan karipap gergasi. Bazar ini juga menawarkan masakan antarabangsa seperti sushi, piza, pasta dan ayam goreng Korea.
Bazar Ramadan LOTUS, Kuala Selangor
Terletak di hadapan cawangan Teratai Kuala Selangor, bazar ini menghimpunkan hidangan berbuka puasa menarik yang hanya boleh didapati pada bulan Ramadan seperti Roti John, tepung pelita dan ayam golek. Anda juga boleh mendapatkan makanan tradisional Jawa seperti Nasi Ambeng dan Pecal. Pengunjung dinasihatkan mengunjungi bazar ini seawal jam 3 petang memandangkan bazar ini merupakan antara bazar yang agak sesak dengan pengunjung sepanjang bulan Ramadan ini!
Bazar Ramadan adalah salah satu budaya yang amat ketara dalam kalangan rakyat Malaysia dan inilah masa terbaik untuk kita menyokong perniagaan kecil tempatan.
Kredit: Selangor.travel
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Jika di Malaysia kini baru saja melepasi musim hujan yang berterusan hingga akibatkan banjir awal tahun ini. Tetapi di negara luar menyaksikan salji baru turun dalam musim sejuk.
Seorang pengguna laman sosial menggunakan nama TriPle Ann memberitahu dalam group Backpackers Buddies Malaysia yang tinggal di Switzerland berkongsi situasi di kawasan keliling rumah yang dilanda salji sejak kelmarin.
Menurut setiap tahun memang kawasannya dilanda salji, tetapi tidak setebal seperti tahun ini. Dan alhamdulillah tahun ini Allah beri salji yang lebat.
“Setiap tahun rumah saya dilanda salji…tapi tak lah setebal begini. Alhamdulillah tahun ini Allah swt beri kami salji yg lebat. Sebenarnya last kampung saya dilanda salji paras peha (ketinggian saya 165 cm) adalah pada tahun 2014.”
Jika sebelum ini pada tahun 2014, kampungnya pernah dilanda salji parah paha (pada ketinggiannya 165 cm). Waktu itu untuk berjalan kaki ke pasar pun kena fikir banyak kali.
Paling menariknya dia memberitahui salji kali ini menyaksikan kawasan rumahnya seperti winter di Wonderland.
Ini Antara Foto Dikongsi Bersama
Info Menarik:
Mulai 15.06.20, hanya pelancong dari 30 negara di bawah ini dibenarkan masuk melawat negara Switzerland.
Austria Belgium Bulgaria Croatia Cyprus Czech Republic Denmark Estonia Finland France Germany Greece Hungary Iceland Ireland Italy Latvia Liechtenstein Lithuania Luxembourg Malta Netherlands Norway Poland Portugal Romania Slovakia Slovenia Spain Sweden United Kingdom
Manakala mulai 20.07.20, hanya pelancong dari 16 negara di bawah ini sahaja yang dibenarkan melawat negara Switzerland. Ianya termasuk juga negara² yg telah disenaraikan sebelum ini.
Algeria Australia Bulgaria Canada Croatia Cyprus Georgia Ireland Japan Morocco New Zealand Rwanda South Korea Thailand Tunisia Uruguay
Kalau nak merasa sarapan sedap di Ipoh, korang wajib singgah Kedai Kopi Yeop yang ada Taman Meru. Satu langkah ke dalam kopitiam ini, korang akan diselubungi dengan perasaan nostalgia membawa korang kembali ke tahun 90-an.
Apa yang menarik, korang boleh nikmati hidangan sarapan ringkas dan sedap.
Sarapan Sedap Ala 90-an, Singgah Ipoh Wajib Masuk Kopitiam Ini
Ini beberapa menu pilihan yang anda boleh cuba di sini iaitu Nasi Goreng Yeop, Kue Tiaw Goreng, Maggie Sotong Telur, Keropok Lekor, Cucur Opah, Kopi Yeop dan banyak lagi!
Nampak tak semua menarik, bukan? CUkup lengkap pilihan tekak, kui muih, goreng-goreng dan air kopi tu pun nampak ‘seksi’!
Haa… tetapi jangan pergi petang dan malam pula sebab kedai ini hanya dibuka pada waktu pagi saja.
Ini Alamatnya:
Kedaikopiyeop
22, Persiaran Taman Meru 14, Taman Meru, 30020 Ipoh, Perak
7:30am – 11:30am (tutup Selasa)
012-509 7216
Kreatif! Itu yang terkeluar daripada kepala apabila melihat seorang wanita ubahsuai Myvi jadi ‘campercar’ demi merealisasikan impiannya jelajah satu Malaysia.
Dikenali sebagai Farah Nabilah, dia mengubahsuai kenderaan peribadi miliknya jenis Myvi menjadi ‘campercar’ mudah alih kerana lebih suka melakukan pengembaraan secara solo bagi mencari ketenangan.
Ubahsuai Myvi Jadi ‘Campercar’
Menurutnya ini diibaratkan sebagai satu terapi setelah penat membanting tulang empat kerat demi meneruskan keberlangsungan hidup.
Menurut Farah, idea ini mula tercetus apabila dirinya bercadang untuk melaksanakan satu percutian solo (solo travel) menjelajah sekitar Malaysia dengan menggunakan Myvi miliknya.
Sehubungan itu, Farah telah meminta meminta buah fikiran dan mendapat nasihat serta tunjuk ajar daripada rakanya dalam usaha merealisasikan ideanya untuk menukar Myvi menjadi campercar mudah alih dan ringkas.
Farah menjelaskan bahawa, dia begitu terinspirasi untuk melakukan transformasi tersebut apabila rakanya, Asri Nawawi bertindak menukar kereta Kancil miliknya menjadi campercar.
Tak Perlukan Modal Yang Besar Pun
Tambahnya lagi, kos yang terpaksa dikeluarkan olehnya sewaktu melaksanakan transformasi ‘CamperMyvi’ ini hanya menelan kos sekitar RM500 sahaja.
“Ia tidak melibatkan modifikasi yang besar. Saya mahu ia jadi ringkas dan mudah alih, jadi apabila saya memandu kereta, ianya masih kelihatan sebuah Myvi yang asal.
“Hanya akan nampak seperti camper jika saya berhenti dan meletakkan kereta saya di suatu kawasan sahaja”, ujar Farah.
Sebaik sahaja, ideanya itu diterjemah menjadi realiti, wanita ini terus memulakan percutian impianya selama 10 hari, menjelah sekitar Malaysua dari Melaka menuju ke Kuala Lumpur, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor sebelum kembali semula ke Melaka.
“Saya suka ke pantai dan pulau yang cantik. Dalam percutian ini, saya masukkan sekali Pulau Perhentian sebagai salah satu destinasi pilihan.
“Kemudian, saya mahu melawat kampung rakan di Batu Kurau, di mana kami telah menikmati durian bersama,” katanya lagi.
Mengulas berkenaan pengembaraan solonya ini, Farah akui dia berasa puas hati dan seronok serta tidak sabar untuk menjalankan pengembaraan solonya ke destinasi yang seterusnya di masa akan datang.
Ternyata usaha dilakukan Farah ini begitu menarik dan wajar dijadikan inspirasi bagi anda yang gemarkan cabaran dan berminat melakukan aktiviti kembara solo seperti ini.