Rupanya ada sebuah resort tersembunyi di Perak, Kuala Kangsar. Bagi anda yang sudah berniat nak bercuti ke arah Utara tetapi belum jumpa tempat best, boleh lah bawa keluarga dan anak-anak ke Syamille Agro Farm Resort.
Menurut perkongsian daripada Nana Doraline, cukup berpuas hati bila datang ke sini sebab suasana kampung dan tenang.
Syamille Agro Farm, Konsep Resort Dalam Dusun
Resort agak terpencil, kawasan kampung dan menghijau di kelilingi pokok-pokok. Memang teduh dan sesuai untuk anda healing dengan anak-anak.
Ads
Paling best, ada sungai yang bersih dan selamat untuk anak-anak. Harga sangat berpatutan dan sangat berbaloi.
Resort: Syamille Agrofarm & Resort Sdn. Bhd. Harga: RM100-RM200 semalam untuk 4 orang
Sarapan percuma Kemudahan: Parking ada
Ads
Apa tarikan di sini, ada Mini Zoo(Rusa) dan Burung Merak, kucing dan lain-lain. Resort yang paling bersih saya pernah pergi dan pekerja sangat membantu dan ramah.
Jangan risau, tempat nak berehat dalam bilik pun memang bersih, selesa sangat! Nak tambah tilam pun boleh. Air-cond memang ada dalam bilik, jadi tak perlu risau dengan cuaca panas.
Ads
Boleh Beli Madu Asli
Resort ini memang menjual madu kelulut dan madu lebah. Owh ya, ada diskaun 20% pembelian semua madu kalau kita menginap.
Nak berjalan sekitar tempat itu, ada satu jambatan yang sesuai untuk anda ootd. Suasana hijau sekitarnya, menenangkan anda yang nak santai bercuti bersama keluarga.
Haaa… apa lagi, kalau masih tak tahu nak ke mana waktu cuti ini, cepat booking! Selamat bercuti di Syamille Agrofarm & Resort Sdn. Bhd. Perak, Kuala Kangsar.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Lupakan seketika percutian biasa di resort atau hotel moden. Tukar mood cuti anda dengan memilih lokasi di perkampungan Orang Asli pasti memberikan pengalaman berbeza, terutama pada warga kota yang mempunyai kenderaan pacuan empat roda.
Perkampungan Orang Asli Pos Gob, Gua Musang menawarkan pemandangan indah banjaran Titiwangsa yang membahagikan tiga negeri, iaitu Perak, Pahang dan Kelantan. Perkampungan ‘hijau’ dan damai ini ternyata belum dinodai dengan sebarang pencemaran, terutama persekitaran sosial dan alam semula jadi. Sebatang sungai yang mengalir di kampung ini cukup jernih, menjadi tumpuan pengunjung ke kampung ini untuk mandi manda. Air yang mengalir di celah batu-batu besar membentuk ‘jakuzi’ semula jadi yang memberi kesan urutan melegakan belakang tubuh.
Paling menarik di perkampungan ini ada menawarkan penginapan berbentuk chalet yang lengkap dengan kemudahan tandas dan bilik air yang selesa. Jom la cuba menginap di Chalet Pos Gob Gua Musang, Kelantan.
Warga Gua Musang dah sampai ke sini? Cantik sungguh keindahan Chalet di perkampungan Orang Asli Pos Gob, Gua Musang, Kelantan yang belatarbelakang banjaran Titiwangsa. Suasana alam semulajadi. Tenang, nyaman dan damai jauh dari kesibukkan kota. Untuk sampai ke sini perlu menyelusuri jalan ‘offroad’ sejauh 80KM. Ada 20 unit chalet di sini dan Komuniti Orang Asli di sini dari suku kaum Temiar.
Info:
Tawaran harga satu chalet RM35.00 satu malam
Pakej ke air terjun RM30.00 pergi mandi dan balik
Pakej persembahan sewang RM300.00 pertunjukan selama 40 minit
Pengunjung perlu sedia kelengkapan peralatan dan barang makan sendiri
Kemudahan wifi di sedia seminggu bayaran RM5.00
Pengecas henfon RM1.00 sesiapa yang ingin mengecas fon atau power bank boleh mengecas di pusat telecentre.
Berminat untuk menginap di sini boleh hubungi Pusat telecentre atau Chalet Pos Gob, (Senik 013-3243770 / Man 013-3909775 / Malina 013-6400423 / Abus 014-2186280) atau emel terus ke egob.tpoa@gmail.com
Untuk berkunjung ke sini, setakat ini hanya boleh diakses dengan kenderaan pacuan empat roda sahaja. Jadi perlu berhubung dengan nombor tertera untuk mengetahui situasi keadaan jalan masuk. Cuaca mempengaruhi keadaan jalan. Jika berkesempatan ke sini jangan lupa untuk menjaga kebersihan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Syok datang menginap di Huda’s Haven Resort yang terletak betul-betul di tepi sungai. Sesuai untuk anda yang suka alam semula jadi dan ketenangan.
Bermalam di Huda’s Haven Resort
Untuk datang ke sini, cuma perlu drive selama satu jam je kalau datang dari bandar Kuala Lumpur. Huda’s Haven Resort terletak di Batang Kali, Selangor. Sepanjang perjalanan korang masuk ke sini, akan nampak flora dan fauna yang sangat cantik dan akan membuatkan korang lupa dengan kesibukan bandar.
Lokasi ini sesuai untuk anda datang meluangkan masa bersama dan mengeratkan hubungan bersama keluarga. Anda boleh pilih untuk tidur di penginapan yang disediakan, atau kalau nak ekstrem, boleh camping di luar.
Dari segi makanan pula agak sukar sebab lokasi ini agak ke dalam dan bahaya untuk drive malam-malam cari makanan. Jadi sebaiknya sedia dengan makanan terus. Tetapi kalau nak booking makanan di sini pun ada disediakan.
Menu pun menu makanan Melayu dari daging masak hitam, ayam goreng berempah, dan banyak lagi lah.
Aktiviti pun banyak di Huda’s Haven Resort, boleh naik ATV pusing-pusing hutan, memancing dan berbasikal. Nak mandi sungai pun boleh!
Apa pun, kena datang dulu bermalam untuk rasa sendiri aura bermalam di resort ini. Baru puas!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Taman Negara Niah yang terletak kira-kira 105km dari Miri sememangnya mempunyai keunikan, dan salah satunya ialah Guah Niah itu sendiri.
Terletak berhampiran pekan Batu Niah dan hanya dipisahkan oleh Sungai Niah, taman negara ini sentiasa menggamit pelancong asing dan penduduk tempatan. Tarikan utamanya sudah tentu gua-gua yang pernah menjadi penempatan terawal manusia zaman Praneolitik dan Neolitik kira-kira 40,000 tahun lalu. Menurut catatan pengkaji, pelbagai artifak prasejarah telah dijumpai di dalam gua tersebut.
Untuk datang ke sini, pengunjung perlu menggunakan bot menyeberangi Sungai Niah ke Pangkalan Lobang menggunakan perkhidmatan bot penambang.
Pengunjung tidak dibenarkan sama sekali berenang atau menyeberangi sungai ini kerana dikhuatiri diancam sang buaya.
Kemudian pengunjung perlu berjalan mengikut trek yang disediakan kira-kira sejauh 5km untuk sampai ke pintu gua. Perjalanan jauh menjejaki tamadun manusia di Gua Niah pasti berbaloi walaupun baju basah lencun dek peluh dan juga hujan yang kadangkala turun dipertengahan jalan.
Oleh sebab itu, pengunjung disarankan membawa baju hujan ataupun ponco walaupun ketika itu cuaca terik. Namun jangan risau jika panas tarik, kerana bahang kepanasan itu tidak akan terasa kerana dilindungi pokok-pokok.
Bagi yang terlupa membawa bekalan minuman, tidak perlu risau kerana sebelum sampai ke pintu gua, anda akan menemui beberapa penduduk rumah panjang berdekatan menjual minuman dan juga cenderahati.
Keletihan meniti trek jambatan kayu pasti sedikit hilang tatkala terhidu bau najis kelawar dan burung walid, ini kerana ia menandakan pintu gua semakin hampir dengan kedudukan anda.
Bagi yang pertama kali menjejaki gua ini, jangan keliru kerana gua pertama yang ditempuhi merupakan Gua Dagang manakala Gua Niah pula terletak hanya beberapa meter dari situ.
Pengunjung dinasihatkan supaya membawa lampu suluh sebelum masuk ke dalam Gua Niah kerana keadaan dalam gua sangat gelap.
Bahagian barat Gua Niah dikatakan kawasan yang paling kaya dengan kesan sejarah. Ia bukan sahaja penting kepada sejarah Borneo, tetapi juga terhadap tamadun manusia sejagat. Salah satu daripada tengkorak manusia tertua di dunia juga telah dijumpai di sini.
Setibanya di pintu gua pengunjung dapat melihat bekas tapak penggalian arkeologi yang menandakan kewujudan manusia.
Bukti kewujudan tengkorak manusia kuno berkenaan ditemui pada 7 Februari 1958 sekali gus disebut penemuan paling penting di Asia Tenggara pada ketika itu. Penemuan itu menarik kedatangan ahli arkeologi yang membawa kepada penemuan-penemuan lain termasuk subang jed, bekas tembikar, peralatan batu, cengkerang, dan tulang.
Jauh di bahagian dalam mulut gua tersebut adalah tempat pengkebumian manusia zaman Neolitik yang menempatkan beratus tapak perkuburan. Bagi pelawat yang ingin mengetahui secara lanjutan mengenai sejarah gua ini, sebahagian artifak berkenaan terdapat di Muzium Arkeologi Niah yang terletak di Pangkalan Lobang.
Aksi Bahaya Si Pemungut Sarang Burung
Nama Gua Dagang diambil sempena aktiviti popular dilakukan di gua itu satu ketika dahulu iaitu lokasi pedagang tempatan untuk berjual-beli sarang burung walit. Pengunjung yang ke gua ini masih dapat melihat bekas tapak seperti tiang pondok pemungut dan penjual sarang burung walit yang ditinggalkan beberapa dekad lalu.
Malah jika bernasib baik, pengunjung berpeluang melihat kegiatan memungut sarang burung walit oleh pemungut tempatan yang masih diteruskan secara kecil-kecilan. Sedikit kagum pasti terdetik dalam hati menyaksikan si pemungut bertarung nyawa memanjat tiang kayu atau buluh dan digantung di siling gua yang tingginya menyamai bangunan tujuh, lapan tingkat demi mencari sarang burung walit. Ini dek kerana harga sarang burung walit yang belum diproses itu bernilai ribuan ringgit.
AMARAN! Jika berpeluang melihat aktiviti ini, pengunjung dinasihatkan tidak menyuluh cahaya ke arah mereka agar tidak menyilaukan mata para pemungut lalu boleh mengakibatkan mereka jatuh.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...