Lupakan pulau mahupun pantai yang menjanjikan pasir putih dan pelbagai aktiviti sukan air yang menyeronokkan. Lokasi-lokasi seperti itu sudah terlalu biasa. Jadi, buat anda yang tercari-cari lokasi lain daripada yang lain, Libur mengajak anda menikmati suasana baru yang pastinya meninggalkan sejuta kenangan dan membuatkan anda berkata kepada kawan anda, ‘ada berani?’
Yunessun Spa Resort, Jepun
Bersedialah untuk basah dan ‘gila-gila’ di taman air Yunessun Spa Resort ini. Menariknya, basah yang dialami bukan sekadar mandi biasa tetapi anda boleh mandi bersama air minuman kegemaran. Ya, air minuman. Anda boleh mandi dengan air teh hijau, kopi, anggur atau apa saja. Apabila berada di sana, ingatkan pada bukan ‘dont drink and drive’ tapi ‘please drink and dive!”
Mandi sambil minum wine? Whattt..?Rasa menggelodak pulak perut ni.
Bubblegum Alley, California
Meskipun sejarah dinding ini tidak diketahui, namun gula-gula getah tersebut mula ada sejak tahun 70an. Ramai penduduk mahu pihak berkuasa membersihkan dinding tersebut kerana memberi bau yang kurang selesa dan kelihatan kotor. Namun pelancong seluruh dunia tetap tertarik akan dinding yang melekit dan berwarna-warni gula getah ini. Jadi tunggu apa lagi? Kita juga berpeluang menampal gula-gula getah di dinding sepanjang 21 meter ini.
Inveraray Jail, Scotland
Ads
Mahu meluangkan masa di penjara tanpa melakukan kesalahan? Inilah tempatnya. Dengan bantuan pakaian berkarakter, anda boleh merasai sendiri realiti kehidupan banduan di dalam penjara. Anda juga berpeluang melihat peralatan-peralatan dan teknik-teknik yang pernah digunakan oleh pengawal dan banduan ketika itu.
Isla de Las Munecas, Mexico
Lokasi yang menyeramkan ini mungkin akan membuatkan anda berjalan sambil menundukkan kepala. Las Munecas atau lebih dikenali sebagai pulau yang penuh dengan patung putus anggota badan ini digantung di atas pokok dengan rupa yang menakutkan. Menurut cerita 50 tahun yang lepas, penghuni pulau tersebut menemui seorang budak kecil lemas di dalam sungai. Terganggu dengan tragedi ini, mereka mula menggantung patung-patung kononnya untuk menggembirakan kanak-kanak tersebut.
Ads
Karni Mata Temple, India
Mana-mana tempat seluruh dunia sekalipun, tikus dianggap binatang yang kotor dan boleh mendatangkan penyakit. Tetapi tidak di India. Jika anda mempunyai tahap keyakinan tinggi dan mahu ‘bermanja’ dengan tikus, lokasi ini mungkin boleh memberi pengalaman berharga. Jangan terkejut kerana hampir 200,000 tikus hidup jinak, dipelihara, dihormati dan dianggap suci di sini.
Ads
Battle of The Orange, Italy
Tidak mungkin anda berani lakukan pertarungan makanan di negara sendiri melainkan di Italy. Jika selama ini anda merasakan membaling buah oren terhadap orang yang tidak dikenali adalah menyeronokkan, tempahlah tiket setiap hujung bulan Februari ke Carnevale. Inilah masanya anda bermandi dengan kesegaran sitrus!
Bran Castle, Romania
Populariti filem ‘Vampire Diaries’ dan ‘Twilight,’ menjadikan destinasi vampire sangat popular terutamanya tatkala sambutan Halloween. Castle Bran di Romania, atau dikenali sebagai ‘Dracula Castle’ adalah istana Eropah kuno yang telah dibina sekian lamanya. Menurut laman web Muzium Istana Bran, Dracula merupakan hasil gabungan daripada legenda dan sejarah pemerintahan ‘Vlad the Impaler’s’ bersama watak fiksyen Bram Stoker iaitu Dracula pada tahun 1897. Kisah sebenar di antara legenda Dracula dan Vlad masih tidak jelas, tetapi pelancong dan penduduk tempatan terus menghidupkan cerita itu sehingga kini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Tenang, hijau dan nyaman di The Dusun, Negeri Sembilan. Keindahan alam dan kawasan di sekitar tempat ini memang memikat hati untuk bermalam di sini.
The Dusun Negeri Sembilan
Sejuk tempatnya, dengan pokok-pokok sekeliling buat emosi teduh dan rasa tenang.
Nak mandi-manda pun memang syok sebab tiada gangguan, lagi pun tempatnya cantik.
The Dusun menawarkan pemandangan indah dan Hutan Simpan Berembun yang terletak di eko resort kecil di kebun durian.
Suasana Bilik Yang Luas Dan Selesa
Ini antara suasana di dalam rumah di sini, luas dan boleh muat ramai, jadi jangan risau jika mahu datang dengan keluarga besar atau kawan-kawan rapat.
Sesuai bagi anda yang ingin menghayati panorama alam semula jadi dari atas bukit secara privasi. Owh ya, anda juga akan dapat menikmati suhu yang lebih sejuk dikala malam.
Di sini anda boleh merehatkan minda melihat pemandangan dari rumah The Dusun, cantik dan cukup meredupkan mata memandang.
Kalau kena musimnya, ada buah durian juga di sini. Boleh layan makan buah-buahan.
Lokasi:
The Dusun
3437, Kampung Kolam Air, Mukim Pantai, 71770 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Mengaku saja jika anda merupakan salah seorang yang tertunggu-tunggu tiket penerbangan murah. Anda boleh berjimat banyak jika anda tahu cara untuk mendapatkan harga tiket penerbangan yang murah.
Entri ini memberi anda panduan mendapatkan tiket mampu beli.
1. Beli Ketika Promosi
Setiap tahun, syarikat penerbangan tempatan seperti MAS, Air Asia, Malindo dan Fire Fly pasti ada membuat promosi untuk pelanggannya. Promosi yang dibuat biasanya sangat berbaloi.
2. Beli Lebih Awal
Jika anda mahu melancong pada bulan akan datang, mulalah membeli dari sekarang kerana membeli tiket penerbangan lebih awal kebiasaannya lebih murah. Biasanya, harga lebih murah mengikut hari dan waktu.
3. Daftar Jadi Ahli
Jika anda seorang yang kerap melancong, anda mungkin perlu daftar menjadi ahli supaya mendapat beberapa kemudahan. BIG Loyalty Programme merupakan salah satu program ganjaran buat anda yang setia bersama Air Asia. Mungkin anda boleh dapat tiket percuma!
4. Rajin Membuat Perbandingan
Rajinkan diri membuat perbandingan syarikat mana yang ada membuat promosi terutamanya sempena hari-hari tertentu seperti hujung tahun atau perayaan.
5. Rajin Mengetahui Promosi Destinasi Yang Dituju
Ketahui tempat percutian yang dituju sama ada destinasi tersebut ada membuat promosi penerbangan atau tidak. Sebagai contoh, jika anda mahu ke Korea, carilah promosi ke sana.
Tahniah jika anda berjaya mendapatkan tiket penerbangan yang murah. Tunggu apa lagi? Selamat bercuti dengan lebih penjimatan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Negara Eropah memang terkenal mempunyai tempat-tempat menarik untuk dilawati, antaranya adalah Lago di Braies atau Pearl of the Dolomites yang terletak di South Tyrol Italy. Tasik ini mempunyai pemandangan gunung-ganang yang cantik dengan air yang jernih kebiruan.
Diiktiraf sebagai salah satu World Heritage oleh UNESCO, dari kota Milan ia mengambil masa dalam 5 jam perjalanan untuk datang ke sini. kebanyakkan yang datang ke sini menyewa kereta dan memandu sendiri kerana pengangkutan awam ke sini agak terhad.
Processed with VSCO with k3 preset
Bella Azemi yang baru-baru ini berkesempatan berkunjung ke sini berkongsi beberapa tip untuk anda yang merancang melawat ke sini kelak. Menurut Bella selain menyelusuri tasik biru, anda juga boleh hike pusing tasik di situ yang hanya mengambil masa 1 jam 30 minit.
Alang-alang dah sampai rugilah kalau tak manfaatkan pemandangan indah yang ada depan mata. Ikuti tip yang dikongsikan oleh Bella.
Lago di Braies Salah Satu Tasik Tercantik di Italy
Lago di Braies atau “Pearl of the Dolomites” merupakan salah satu tasik tercantik di Eropah yang terletak di South Tyrol, Italy dan diiktiraf sebagai UNESCO World Heritage Site. Untuk datang ke sini korang kena sewa kereta dan drive. Untuk guna public transport datang ke sini agak terhad.
Bestnya datang sini tak perlu bayar entrance fees. Korang hanya perlu bayar kos parking kereta sahaja iaitu sebanyak €10 utk 3 jam pertama. Parking kereta yang terdekat dgn tasik ini adalah P4. So dah sampai sini cari parking bertanda P4 jangan pegi parking lain sebab yang lain tu jauh sangat jarak nak ke tasik.
Dekat tasik ini ada perkhidmatan bot yang korang boleh sewa. Waktu operasi bot ikut musim dari bulan Mei hingga Oktober sahaja ade bot. Musim winter tasik beku so tiada bot.Untuk musim Autumn ni buka dari pukul 10 pagi – 5:30 petang. Harga setengah jam €25 dan 1 jam €35. Bot ni kena dayung sendiri ye dan muat utk 4 orang. Jangan risau tak pandai dayung boleh je naik tak susah pun. Korang turunkan pendayung tu gerakkan kiri kanan kiri kanan bergerak la bot tu. Hihi. Paling teruk pun korang akan stay statik kat situ je. Tak pe set dalam kepala otak asal dapat view cantik.
Nak masuk visit tasik ni pukul berapa pun boleh tiada masalah. Waktu paling best datang sebelum jam 8 pagi. Sebab tak ramai orang dan lighting tengah cun meletop. Kalau korang datang pukul 9 mcm tu memang frame gambar korang penuh dengan lautan manusia. So nak gambar cantik kan sila datang awal pagi. Gambar sunrise kat sini memamg lawa dan meletop kebabommm.
Selain naik bot tu korang juga boleh hike pusing tasik ini. Ada trail disediakan utk yang suka hike. Nak hike pusing satu lake ni akan ambil masa dalam 1 jam 30 minit. Ade banyak tangga ye so fikir dulu sebelum hike tu. Tapi view memang lawa la. So tak rugi pun kalau hike alang-alang dah sampai kan.
Harap perkongsian saya ini berguna utk yang plan untuk datang travel ke Lago di Braies. Nak travel tempat nature yang cantik dan murah sebenarnya ada kat Italy tak perlu ke Swiss pun. Jom layan gambar-gambar yang sempat saya ambil. Enjoyy
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...