Pada kebiasaannya pada cuti hujung minggu, suasana meriah dapat dilihat di sekitar pantai Teluk Chempedak, Kuantan Pahang. Pantai peranginan itu tidak pernah sunyi dengan kunjungan ramai.
Jika anda pengunjung luar, dan berada di Kuantan tidak lengkap jika tidak singgah ke Teluk Cempedak yang menjadi antara destinasi pantai pelancongan dan kawasan riadah paling popular di Pahang. Nama Teluk Cempedak atau jolokannya TC dalam kalangan penduduk tempatan cukup dikenali kerana menawarkan pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan sama ada sendirian atau bersama keluarga seperti berkelah, mandi laut, memancing, bermain layang-layang, bola pantai, bersantai di kafe atau sekadar bersiar-siar di pantainya sambil menghirup bayu laut.
Namun disebabkan pandemik COVID-19, polis akan mengemukakan cadangan supaya kemasukan pengunjung ke pantai peranginan Teluk Cempedak di sini, dihadkan terutamanya pada hujung minggu bagi memastikan aspek penjarakan fizikal dapat dipatuhi. Cadangan itu difikirkan perlu dilakukan, ekoran tinjauan polis mendapati jumlah pengunjung di situ terlalu ramai ketika cuti perayaan AidilAdha lalu sehingga berlaku kesesakan di laluan masuk ke pantai itu.
Walaupun sesak, pengunjung masih berterusan mahu masuk ke pantai peranginan ini menyebabkan polis terpaksa mengarahkan mereka membuat pusingan-u kerana ini melibatkan aspek keselamatan. Jumlah yang terlalu ramai menyukarkan pengunjung mengamalkan penjarakan fizikal. Orang ramai diharapa dapat memahami tindakan itu demi mengekang penularan wabak COVID-19.
Sumber: Bernama
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI