Tidak dapat dinafikan, impian untuk melancong buat masa sekarang harus kita kuburkan. Kondisi global yang masih tidak menentu pada masa sekarang berikutan penularan pandemik Covid-19 memustahilkan perjalanan rentas negara.
Akan tetapi jangan putus harapan kerana LIBUR yakin tidak lama lagi kita semua akan boleh melancong seperti sedia kala. Kita harus optimis!
Mungkin sekarang masa terbaik untuk kita menabung dan menyimpan sedikit simpanan untuk merealisasikan impian melancong ke destinasi pilihan. Berikut beberapa cara yang boleh anda ikut!
1. Simpan Duit Berwarna
Ini merupakan cara yang ramai orang telah amalkan dan berjaya. Dalam setahun anda mampu menyimpan sejumlah wang yang banyak jika sentiasa berdisiplin. Sebagai contoh anda memilih untuk menyimpan duit berwarna hijau iaitu nota RM5.
Bila dapat sahaja duit ini anda terus masukkan dalam tabung. Dan pilihlah satu warna alternatif yang lain seperti mereh iaitu nota RM10. Warna alternatif ini anda boleh gilirkan. Sebagai contoh selang-selikan untuk simpan dan guna bila wang itu ada dalam dompet anda.
Ads
2. Main Kutu
Main kutu ini ada risikonya. Jadi anda harus berhati-hati dan jangan libatkan diri dengan grup orang yang tak dikenali. Carilah rakan-rakan yang rapat sahaja untuk bermain kutu.
Dan lebih elok lagi jika kumpulan itu merupakan kumpulan yang ingin melancong bersama-sama anda. Dalam erti kata lain masing-masing membantu dabn memberi dorongan untuk menabung demi merealisasikan misi yang sama.
Ads
3. Tabung Tertutup
Apa yang MASKULIN maksudkan di sini ialah tabung yang tidak mempunyai penutup yang boleh dibuka. Ya, jika tabung mempunyai penutup boleh buka tak mustahil anda akan mengorek wang di dalamnya dari semasa ke semasa.
Tabung jenis ini membuatkan anda lebih berdisiplin untuk langsung tidak menyentuh wang di dalamnya. Anda juga tidak mengetahui berapakah jumlah semasa lalu membuatkan lebih teruja untuk terus menabung. Bila sudah sampai masanya barulah anda pecahkan dan dapatkan hasilnya. Mesti puas hati!
Ads
4. Minta Orang Simpankan
Ini merupakan teknik yang hanya boleh praktikkan dengan orang yang boleh dipercayai sahaja contohnya ibu bapa ataupun pasangan. Setiap bulan bila sudah dapat duit gaji, sisihkan amaun tertentu dan transfer duit itu ke akaun mereka.
Jangan lupa untuk beritahu mereka dan maklumkan tentang misi anda. Dengan cara begini anda sduah berjaya menyimpan dan orang yang dipertanggungjawabkan juga tak akan mengusik wang anda.
5. Teknik Melabur
Jika anda ada sejumlah wang contohnya bila dapat duit bonus. Apa kata jangan boros dan simpan duit tersebut dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB). Percayalah melabur dalam ASB merupakan antara langkah pelaburan yang paling selamat.
Apabila memasuki tahun baru anda akan dapat merasa dividennya. Dengan duit dividen itulah anda boleh guna untuk melancong dan mengembara. Dalam masa sama, wang simpanan masih teguh dalam akaun.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Cuti hujung minggu, cuti sekolah atau cuti perayaan apa sahaja, Pulau Langkawi sering menjadi pilihan destinasi untuk bercuti. Selalunya, cara popular ke Langkawi, pengunjung gemar menggunakan khidmat penerbangan udara atau menggunakan perkhidmatan feri. Sampai sahaja di Langkawi, kereta sewa atau khidmat teksi akan digunakan sepenuhnya selama percutian mereka di Langkawi.
Jarang la ada yang nak bawa masuk kenderaan sendiri ke Pulau Lagenda ini, kecuali mereka yang perlu berkhidmat atau berkerja di Langkawi. Jika anda datang ke Langkawi dengan keluarga yang besar atau dengan rakan-rakan yang ramai, ada yang mencadangkan untuk bawa kereta persendirian sahaja kerana lebih jimat. Ini ada beberapa panduan yang dikongsikan buat anda yang plan bawa kereta sendiri masuk ke Pulau Langkawi.
PERKONGSIAN 1
Ini pengalaman pertama kami bawa kereta naik feri ke Pulau Langkawi dari jeti Kuala Perlis. Ada dua syarikat perkhidmatan feri angkut kenderaan untuk ke Langkawi, iaitu Langkawi Auto express dan Ro-Ro. Kami pilih Auto express. Masa perjalanan dalam 2 jam (berbanding 1jam15min jika dengan feri penumpang).
Kos terlibat:
Tambang pergi-balik:
Kereta Sedan, 1.6cc : RM300 (booked online)
Dewasa x 1 : RM36 (Driver free je)
Kanak2 x 2 : RM52
TOTAL: RM388nett.
Kalau nak bandingkan dengan naik feri penumpang:
1)Tambang feri pergi balik:
Dewasa x 2 : RM72
kanak2 x 2 : RM52
2)Parking kereta di jeti : RM10 x 4 = RM40
3)Sewa Kereta di Langkawi : RM100 x 4 = rm400
TOTAL: RM564
Jika pergi 3hari 2malam pun masih lagi jimat dengan bawa kereta sendiri
Lagi kecil cc kereta, sedan, lagi murah harga tiket
Tak perlu beratur panjang, jalan jauh2. Hanya duk dalam kereta tunggu check in.
Beli barang kat Langkawi pun tak perlu risau dengan beg akan berat dan susah nak bawa
Tempat duduk penumpang dalam feri ni amat selesa, luas dan tak akan penuh. Ada meja, ada gerai, anak2 boleh berlari2.
Boleh bebas lepak2 di dek, bergambar di puncak feri dengan menikmati permandangan.
Jika nak gunakan perkhidmatan RoRo atau Auto Express ni, pastikan tempah awal2, se awal tempahan dibuka (dalam 1-2 bulan sebelum tarikh), sebab ianya akan cepat je sold-out.
Kredit : Mohd Khairol Haswadi
PERKONGSIAN 2
Dari jeti kuala perlis ke jeti tanjung lembong,kuah di Langkawi
Terdapat 3 syarikat sahaja iaitu Roro Ferry Services, Langkawi Auto dan Dibuk Cargo
Lebih baik book secara online, sebab takut penuh semasa walk-in. Kami bernasib baik kerana ada kosong semasa walk in.
Trip ferry tak banyak, sehari satu atau dua trip sahaja
Harga mengikut jenis kenderaan dan cc , termasuklah motor ( rujuk gambar)
Harga penumpang adalah berasingan sekitar RM 36-39 return
Sebelum cek- in kereta, perlu dapatkan dokumen dan pass di pejabat syarikat
Patuhi masa cek in kerana kereta perlu beratur mengikut jenis kenderaan dan pemeriksaan kastam di Langkawi perlu mengikut masa ditetapkan.
Tiada pemeriksaan kastam semasa di jeti kuala perlis, semasa cek in kereta di jeti langkawi,seorang penumpang perlu turun dari kereta untuk menjawab soalan2 pegawai kastam
Hampir saya terlupa, dokumen yang perlu di bawa ialah salinan geran ,ic atau salinan ic.
Semasa di dalam feri boleh tetap duduk di dalam kereta atau naik ke tempat duduk penumpang
Tempat duduk penumpang serupa perkhidmatan feri biasa,ada tv dan aircond
Terdapat juga tandas dan cafe untuk membeli makanan
Perjalanan memakan masa sekitar 1 jam 45 minit
Di kuala perlis, Pejabat syarikat terletak di kawasan berhampiran masjid, bukan di dalam terminal feri biasa.
Kelebihan: Boleh pergi mana-mana yang kita suka, shopping barang banyak2 tanpa perlu membawa keluar barang, sesuai untuk warga emas dan OKU. Boleh juga sambung shopping di Pekan Rabu,Alor Setar
Tidak rugi pun seandainya setiap orang berusaha mengambil inisiatif untuk mempelajari dan menguasai bahasa-bahasa utama di dunia. Bahasa merupakan suatu elemen yang penting dalam kehidupan. Manusia menggunakan bahasa sebagai medium untuk berkomunikasi, sama ada secara langsung atau bertulis.
Menurut kajian pakar bahasa, terdapat lebih 6,500 bahasa di seantero dunia ini. Namun kajian yang dijalankan oleh NVTC dan Foreign Service Institute, antara banyak-banyak bahasa yang ada di dunia, Bahasa Jepun adalah bahasa yang paling sukar untuk dipelajari oleh sekumpulan penceramah yang memahami Bahasa Inggeris. Diikuti Bahasa Arab, Bahasa Mandarin, dan kemudian Bahasa Korea.
Tetapi kalau diikutkan di negara kita, Bahasa Arab dan Bahasa Mandarin ramai yang berjaya menguasainya dengan begitu baik.
Kalau anda individu yang dapat menguasai 4 bahasa paling susah ini, kira memang anda ‘power ‘ la! Kelebihan menguasai bahasa asing boleh dimanfaatkan sepenuhnya dalam alam pekerjaan. Kelebihan tersebut membolehkan individu itu menceburkan diri dalam kerjaya seperti penterjemah atau sebagai jurubahasa dalam bidang kehakiman mahupun sektor pelancongan. Gaji jangan cakap la, orang luar yang mahir bertutur dalam bahasa tempatan memang sentiasa mendapat permintaan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Nampaknya sudah tiga minggu cuti sekolah berlangsung. Pasti ramai keluarga di luar sana sedang menikmati keseronokan waktu senggang ketika ini. Namun tidak semua yang berkesempatan untuk bercuti bersama-sama anak dan yang tersayang dek masalah cuti atau komitmen terhadap kerja yang tinggi membuatkan kadang kala cuti tidak dapat dijangka.
Jauh disudut hati berharap keluarga dan cinta hati dapat bercuti bersama kan? Nak bercuti sekarang sempat lagi ke? Masih ada lagi ke tempat kosong penginapan lokasi yang seronok untuk bercuti? Jangan khuatir, ini ada beberapa tip membantu percutian saat akhir atau percutian tidak dirancang berjalan lancar.
Pengangkutan & Perjalanan
Perjalanan menaiki kenderaan mudah kerana dapat merancang perjalanan sendiri. Pilih bertolak awal pagi atau tengah malam kerana waktu berkenaan bukan waktu puncak. Namun, waktu tengah malam lebih berisiko, jadi bertolak selepas Subuh atau awal pagi bagi mengelak kesesakan.
Jika menaiki kapal terbang, pilih penerbangan paling awal, seawal jam 6 atau 7 pagi kerana pada waktu itu harga penerbangan lebih murah berbanding tengah hari. Selain itu, tidak ramai yang mengambil penerbangan waktu itu, jadi perjalanan lebih mudah dan tidak perlu bersesak.
Penginapan
Kadangkala, percutian ‘last minute’ anda berlaku pada waktu puncak seperti cuti sekolah dan mungkin hotel tiada kekosongan. Justeru, pilih tinggal di rumah rehat, 'homestay' untuk pengalaman yang baru atau tinggal di rumah keluarga dan saudara terdekat. Selain bercuti, anda dapat menziarahi mereka dan mengeratkan hubungan. Jika bercuti ke luar negara, boleh pilih tinggal di asrama.
Tempat makanan
Kebiasaannya restoran atau kedai makan yang ingin dikunjungi adalah yang popular dan menjadi tumpuan pelancong, keadaannya pasti sesak dengan orang ramai. Justeru, buat panggilan atau tempahan dahulu. Tanya penduduk tempatan tempat makan yang biasa mereka kunjungi. Pilih makan di gerai atau makanan jalanan yang banyak mencerminkan budaya tempatan kerana ia mungkin tidak dapat dijumpai di tempat lain. Tapi awas dengan tahap kebersihan di tempat makan yang anda singgah ya!
Aktiviti
Memandangkan percutian saat akhir tidak dapat dirancang dulu, aktiviti yang bakal dilakukan mungkin agak terhad. Ini kerana sesetengah aktiviti memerlukan tempahan awal atau membuat bayaran awal terlebih dulu. Tetapi itu bukan halangan untuk anda lakukan aktiviti menarik ketika bercuti. Pilih untuk melakukan aktiviti yang tidak memerlukan bayaran seperti berkunjung ke pantai atau berkunjung ke taman awam yang ada.
Tapi percayalah banyak destinasi menarik masih boleh dikunjungi walaupun anda hanya datang secara walk in sahaja bersama keluarga tersayang.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!