Baru-baru ini Tazkirah On The Go, raikan anak yatim dan sampaikan ilmu dalam medium berbeza apabila tidak dibuat di masjid atau surau. Haaa… agak mudah bila berlaku situasi seperti ini, ilmu di mana-mana sahaja.
Lagi pun Ramadan ini bulan barakah yang Allah berikan kepada hambanya untuk mendapatkan kebaikan yang dijanjikan Allah sepanjang bulan ini.
Jadi agak rugi jika kita melepaskan bulan yang mulia ini tanpa aktiviti berfaedah yang membolehkan sesiapa sahaja mengaut pahala tanpa henti.
Bagi meneruskan kesinambungan segmen Tazkirah Ramadan Kashoorga yang telah diadakan setiap tahun selama empat tahun, Landasan Kashoorga memilih konsep ‘Event On Ground’
bagi tahun 2023.Dalam majlis ini, soal jawab agama berkaitan bulan Ramadan antara topik yang diketengahkan.
Jangan tak tahu, Tazkirah On The Go yang dibawakan oleh portal Islamik Kashoorga dari Nu Ideaktiv Sdn Bhd dengan kerjasama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Jika kebiasaan tazkirah diadakan di masjid dan surau tapi kali ini kami bawakan ke Stesen Sentral Kuala Lumpur sebagai kelainan demi memberi pengisian bermanfaat buat orang ramai walaupun dalam kesibukan mengejar masa dalam perjalanan.
Selain itu, program Landasan Kashoorga juga adalah salah satu aktiviti Kashoorga untuk mengimarahkan bulan Ramadan dengan perkongsian ilmu yang harapnya dapat memberi manfaat buat semua.
Majlis diserikan dengan dua slot tazkirah. Tazkirah pertama bertajuk Meraih Pahala Ramadan: Ibadah On The Go
akan disampaikan oleh Ustaz Rahim Azhari yang merupakan pendakwah bebas dan juga speaker motivasi yang aktif berkongsi ilmunya baik di platform media sosial dan juga majlis sekitar Lembah Klang.Biasanya ramai yang mudah faham dengan ilmu yang disampikan olehnya, ringkas dan padat. Ini yang membuatkan penyampaiannya sampai kepada orang di luar sana dari pelbagai peringkat umur.
Manakala untuk slot tazkirah kedua, ‘Keberkatan Ramadan’ disampaikan oleh Ustaz Adnin Roslan. Ustaz ini mungkin tidak asing lagi bagi yang biasa melayari TikTok. Anak muda pun ramai yang klik videonya, pengaruhnya luar biasa!
Beliau yang juga penulis buku Tarbiah Sentap ini selalu berkongsi video menjawab pelbagai kemusykilan agama dengan cara yang santai namun menusuk ke jiwa.
Dalam majlis yang sama, Kashoorga turut meraikan anak-anak yatim sementara menunggu waktu berbuka. Encik Syamil dari Ideaktiv dan Encik Mohd Taha dari KTMB
mengambil kesempatan menyantuni anak-anak dari Pusat Jagaan Cahaya Kasih dengan penyerahan duit raya dan cenderahati untuk mereka.Tetamu kehormat juga turut meluangkan masa bergerak ke platform EtS untuk acara agihan cenderati kepada pengujung di sekitar platform dan juga di dalam train.
Apa pun terima kasih kepada penaja-penaja lain seperti Muas Mo Event Stylist, Kedai Ayamas, McDonalds, Pusat Pakaian Hari-Hari, Gula Cakery, Ryns Avenue, Icahfa, Yeo’s serta My Kitchen Partners kerana sudi berkongsi masa, tenaga dan rezeki untuk memeriahkan majlis kali ini.