Tawan Jenggo Sungai Perak

Share

 

Rasai Sendiri

Penulis dan beberapa media lain diberi peluang untuk merasai sendiri pengalaman mendapatkan udang galah yang diberi jolokan ‘Si Jenggo’ ini oleh pihak Tourism Malaysia Perak dan peluang ini sama sekali tidak akan disia-siakan.

Kami berkumpul tepat jam 9.30 pagi di Jeti Persatuan Pengail-Pengail Melayu, Hilir Perak untuk taklimat oleh Pengarah Negeri Perlancongan Malaysia Perak, Haji Ibrahim Sediqi Bin Talib dan seterusnya kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada dua orang sahaja kerana bot kecil yang akan membawa kami hanya boleh memuatkan tiga orang termasuk ‘tekong’.

Pada pukul 10 pagi, kami berpecah di jeti, mengikut tekong masing-masing untuk ke tempat pilihan bagi memulakan aktiviti memancing udang galah. Penulis sangat bertuah kerana tekong yang membawa penulis merupakan tekong yang popular di kalangan penduduk di sini.Tiba sahaja di tempat ‘rahsia’, kamimula menurunkan joran masing-masing.

Oleh sebab ini merupakan kali pertama penulis memancing, jadi Abang Abu, iaitu tekong kami banyak membantu tunjukkan itu ini sehinggalah kami berjaya menaikkan seekor udang galah besar hampir 400g!

Tawan Si Jenggo

Dikatakan udang galah boleh membesar sehingga satu kilogram dan cabaran bertarung dengannya amatlah menyeronokkan.Dengan kepakaran Abang Abu, penulis dapat belajar bagaimana untuk menangkap udang galah ini dengan cara yang betul.

Udang galah yang diberi jolokan nama Si Jenggo ini rupanya sangat mudah untuk dipancing di Sungai Perak jika kena dengan caranya. Hanya berbekalkan umpan dua ekor udang beras untuk setiap joran dan kepandaian mencari lokasi sesuai, pemancing pastinya tidak akan pulang dengan tangan kosong.

Kumpulan penulis sendiri berjaya menaikkan lebih 2kg udang galah pelbagai saiz dan inilah kepuasan yang tidak dapat diungkapkan setelah hampir enam jam berjemur di Sungai Perak!

Udang galah yang diberi jolokan nama Si Jenggo ini rupanya sangat mudah untuk dipancing di Sungai Perak jika kena dengan caranya. Hanya berbekalkan umpan dua ekor udang beras untuk setiap joran dan kepandaian mencari lokasi sesuai, pemancing pastinya tidak akan pulang dengan tangan kosong.

Oleh
Mohd Zulfadli Ahmad Mazaki