
Tawan Gunung Kinabalu dengan memakai pakaian pejabat lengkap dengan kasut sekali. Itulah yang dilakukan oleh seorang pendaki dari Jepun yang dikenali sebagai Saba Nobutaka.
Merupakan seorang content creator dan juga pemilik syarikat sut yang diberi nama OrdersuitSada, lelaki ini dilihat suka melakukan aktiviti lasak seperti menyelam, bermain ski dan meluncur air lengkap memakai sut. Mungkin juga itu salah satu cara lelaki ini untuk mempromosikan jenama sutnya kepada umum.
Klip video menunjukkan Saba Nobutaka mendaki di Tik Tok tular kerana keunikannya mendaki lengkap berpakaian seakan mahu ke pejabat. Percubaan menawan puncak tertinggi di Asia Tenggara itu seolah-olah sesuatu yang mudah bagi lelaki ini.
Apa yang dilakukan memang rare dan cukup unik. Kalau nak tahu apa lagi yang telah dibuat oleh lelaki ini boleh ke chanel youtubenya yang diberi nama ordersuitSADA.
Kredit: Sabahnews & Tiktok rogonnabalu_25
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lebih 3,000 Bilik Penginapan Sudah Ditempah Di Lokasi Tumpuan Pelancongan Pahang

Lebih 3,000 daripada 38,000 bilik penginapan di Pahang ditempah setakat 12 tengah malam tadi (7 Jun 2020), sebaik pengumuman kerajaan membenarkan aktiviti pelancongan domestik menerusi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), bermula 10 Jun 2020.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar dan Perladangan negeri Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata menerusi facebook rasminya Mohd Sharkar Shamsudin, jumlah tempahan bilik itu membabitkan lebih 500 hotel, motel, resort, chalet dan homestay.
Kawasan tanah tinggi, Cameron Highlands menunjukkan perkembangan yang sungguh memberangsangkan dengan pertambahan jumlah tempahan yang mendadak sebaik sahaja rentas negeri dibenarkan oleh kerajaan.

Sebagai contoh, sebuah hotel di Cameron Highlands menerima lebih 300 tempahan bilik dalam hanya beberapa jam selepas pengumuman kebenaran rentas negeri dibuat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Maklum balas dari Persatuan Hotel Bajet Malaysia (MyBHA) cawangan Pahang juga menunjukkan perkembangan yang baik di kalangan ahlinya. Selain Cameron Highlands, destinasi lain yang menjadi tumpuan pelancongan seperti Kuantan, Cherating dan Rompin juga mula menerima tempahan daripada pelancong.

Beberapa hotel terkemuka di Taman Negara juga mula mendapat tempahan walaupun secara tradisinya sebanyak 66 peratus pelancong dari luar negara. Oleh itu, agensi pelancongan dan resort perlu menyesuaikan aktiviti dan produk bersesuaian untuk menarik pasaran tempatan.

Selain itu, kawasan pelancongan Pulau Tioman juga menunjukkan perkembangan positif. Bagaimanapun, aktiviti laut seperti skuba masih belum dibuka. Ini agak memberi kesan memandangkan aktiviti ini merupakan produk penting bagi Pulau Tioman. Pusat peranginan Genting Highlands masih belum dibuka memandangkan aktiviti utamanya iaitu taman tema belum boleh dibenarkan beroperasi. Bagaimanapun, Genting Premium Outlet (GPO) sudah dibuka sebahagiannya.

Sumber: HMOnline
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kadar Kelajuan Internet Di Malaysia Antara Paling Perlahan Di Dunia

Zaman sekarang, internet tu seperti nyawa nombor dua bagi penduduk terutamanya yang duduk di bandar besar. Bangun sahaja daripada tidur, benda pertama yang dilakukan adalah mencari telefon bimbit dan terus membuka aplikasi atau info yang berkaitan. Bagi yang bercadang untuk melancong atau ke luar negara, perkara pertama yang sering difikirkan adalah untuk mendapatkan capaian internet yang bagus adalah penting.
Bukan sekadar untuk muat naik gambar ketika melancong di laman sosial sahaja, tetapi mempunyai kelajuan internet yang baik penting untuk mengetahui masa penerbangan, lokasi penginapan, kadar penukaran matawang dan info berkaitan lokasi pelancongan.
Tahun 2019 rangkaian 5G mula dilancarkan di beberapa negara seperti Korea Selatan dan Amerika Syarikat. Selari dengan pengenalan rangkaian selular generasi baharu, kajian daripada portal OpenSignal telah mengeluarkan senarai kelajuan muat turun dan muat naik menerusi capaian Internet selular di 87 negara utama dunia.
Malaysia berada ditangga ke-42 dalam senarai kelajuan muat turun berbanding tangga ke-54 pada Oktober tahun lalu. Kelajuan muat turun purata di Malaysia ialah 11.5 Mbps berbanding 10.21 Mbps sebelum ini. Dari segi kelajuan muat turun pula, Malaysia di tangga ke-56 dengan kelajuan purata 4.6 Mbps.
Korea Selatan masih kekal di tangga teratas dengan kelajuan muat turun purata 52.4 Mbps diikuti oleh Norway (48.2 Mbps), Kanada (42.5 Mbps), Belanda (42.4 Mbps) dan Singapura (39.3 Mbps). Korea Selatan ialah negara pertama di dunia yang mampu memberikan kelajuan purata internat selular melangkaui 50 Mbps.
Untuk rantau Asia Tenggara, Myanmar (16.0 Mbps) ialah negara kedua terpantas diikuti oleh Vietnam (14.1 Mbps), Malaysia (11.5 Mbps), Filipina (7.0 Mbps), Indonesia (6.9 Mbps), Thailand (5.7 Mbps) dan Kemboja (5.6 Mbps).
Sumber: OpenSignal amanz
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
100% Fabrik PTFE, Tahan Lasak Untuk Cuaca Ekstrem, Payung Gergasi Di Masjid Nabawi Ini Direka Oleh Syarikat Jepun Taiyo Kogyo

Bagi yang pernah menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah menunaikan umrah dan haji, pasti amat merindui Masjidil Haram dan Masjid Nabawi yang menempatkan makam Nabi Muhammad SAW. Amat jarang mendengar orang bercerita hal-hal dunia di dua masjid ini kerana kesemuanya sibuk beribadah selain membaca Al-Quran di saat masa terluang. Saat berbicara mengenai Masjid Nabawi, pasti ramai yang tahu mengenai payung gergasi yang ada di luar perkarangan masjid berkenaan. Lebih menarik ia sebenarnya dicipta oleh sebuah syarikat dari Jepun, Taiyo Kogyo dengan melalui proses pembuatan yang sangat ketat.
Baca perkongsian dari Zunita Ramli yang menetap di Jepun mengenai info menarik ini.
Rasanya ramai antara kita pernah nampak payung gergasi dekat Masjid Nabawi di Madinah, kan?
Tapi mungkin ramai tak tahu payung gergasi yang sangat cantik ni dibuat oleh salah sebuah syarikat Jepun, iaitu Taiyo Kogyo.
Sebenarnya amat mencabar nak buat payung ni.
Pelbagai standard ketat yang digariskan oleh Arab Saudi, seperti payung ni hendaklah ringan, cukup besar tapi boleh dibuka dan ditutup setiap hari dengan cepat, tahan sinaran UV dan cukup kuat untuk tahan cuaca ekstrim di Timur Tengah.
Akhirnya, semua standard ketat ini dapat direalisasikan.
Mempunyai saiz lebih kurang 25.5m setiap sisi, 250 buah payung gergasi di Madinah Haram Piazza ni meliputi keluasan lebih kurang 143,000 meter persegi. Ini bermakna, keluasan payung ni melebihi keluasan lantai masjid ni sendiri.
Struktur membran ‘suspension’ guna 100% fabrik PTFE, bermakna ianya ringan tetapi kuat. Bayangkan 1meter persegi, beratnya hanya sekitar 900g & ketebalan hanya 0.6mm! Jadi tak hairanlah kalau payung ni memerlukan 3 minit je untuk buka dan tutup setiap hari.
Hebat kan?
100% fabrik PTFE bermakna payung ni tak mudah terbakar, mempunyai ketahanan yang tinggi untuk tahan keadaan cuaca ektrim di Timur Tengah. Kombinasi design ini juga menjadikan suhu bawah payung ini dapat dikurangkan sekurang-kurangnya sehingga 8°C.
Menariknya, corak kompleks yang menghiasi payung serta bahagian hiasan yang ada pada payung ni juga menggunakan penyaduran emas tulen ya.
Tapi kenapa syarikat Jepun ni dipilih?
Sebenarnya Taiyo Kogyo adalah syarikat yang sangat berpengalaman dalam pembuatan membran. Ditubuhkan pada tahun 1922, kepakaran yang mereka ada memang tak dapat dipersoalkan lagi lah, hampir 100 tahun tu. Taiyo Kogyo ni juga adalah syarikat yang pertama bina arena membran pertama di dunia dan merupakan yang pertama di dunia yang buat membran bawah laut.
.
#CatatanZunitaDiJepun
p/s: Special thanks to Kaiji Wada for the info about this post.
//
Tambahan info in case ada yang confuse:-
Kontraktor utama projek Medina Haram Piazza: Kumpulan Saudi Binladin (Presiden: Pengurus Besar Projek Eng. Bakr Binladen: Eng. Talaat Mously)
Konsep dan reka bentuk seni bina: SL Rush (Jerman)
Pembuatan sistem payung besar, pemasangan di lokasi: Liebherr (Jerman)
Pembuatan khemah payung besar: Taiyo Kogyo Corporation (Jepun)
Projek ni membabitkan beberapa kontraktor dari banyak negara, let alone the tiles & everything. Semuanya dari negara-negara & syarikat yang berprestij untuk hasilkan yang terbaik. Harap bermanfaat inshaAllah. Sumber : FB Zunita Ramli
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI