Bagi Orang Ulu dahulu, tatu banyak dimiliki oleh wanita. Tatu Orang Ulu menandakan kecantikan,kekayaan dan status sosial mereka. Dipercayai tatu mereka juga sebagai lampu cahaya bagi persediaan untuk kehidupan selepas mati. (Namun ini sudah tidak diamalkan).
Bagi Orang Ulu dahulu, mereka akan mula menerima tatu pertamanya ketika usia sekitar 10 tahun, dengan jari dan bahagian atas kakinya dimulai dahulu. Lengan bawahnya akan diselesaikan sekitar dua tahun kemudian.
Pahanya akan ditatu sebahagiannya pada tahun berikutnya (jika dia mampu membayarnya) dan pada tahun ketiga atau keempat, sisa baki tatu akan ditatu pada kulit.mMenurut cerita,wanita yang keturunan pembuat tatu sahaja memegang kedudukan sebagai pembuat tatu. Ceritanya dipilih oleh roh melalui mimpi.
Tatu melambangkan identiti, keberanian, kecantikan, dan status sosial seseorang dalam masyarakat Orang Ulu. Setiap tatu mempunyai cerita berdasarkan kepercayaan orang dahulu. Seperti tatu, seni dan keunikan telinga panjang merupakan simbol kecantikan bagi Orang Ulu dahulu. Semakin panjang cuping telinganya, semakin terselah kecantikan mereka. Pemilihan bentuk tembaga yang sepadan dan sesuai dengan bentuk muka adalah penting untuk menyerlahkan lagi kecantikan mereka.
Berdasarkan cerita, telinga panjang yang cantik mestilah melebihi paras bahu sehingga mencecah pangkal dada. Walau bagaimanapun, telinga yang setakat pangkal dada dikatakan sesuai dan cantik . Dikatakan berat tembaga yang digunakan adalah dalam 500g.
Tatu dan Telinga Panjang merupakan identiti dan lambang khas bagi kaum orang ulu dimana keunikan dan keistimewaan asalnya melambangkan identiti,keberanian,kecantikan dan status sosial masyarakat orang ulu.
Namun sayang seribu kali sayang, keunikan ini tidak lagi dipraktikkan oleh generasi baru disebabkan oleh arus kemodenan masa. Dengan generasi lama yang masih memiliki tatu dan telinga panjang ini, kita berharap agar contoh2 seperti mereka dapat kita kenalkan kepada masyarakat luar tentang keunikan dan keistimewaan yang Orang Ulu miliki sejak zaman dahulu lagi. Kredit : IBORNEO.MY
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI