TASIK LINGGIU: MILIK JOHOR, SINGAPURA SEWA 100 TAHUN
Ogos 7, 2017
Share
Empangan Tasik Linggiu mula dibina 1988 dan siap pada 1994. Ia adalah empangan Sungai Johor yang terletak berhampiran dengan Linggiu, Felda Linggiu dan lain-lain lokasi berhampiran di Johor, selatan Malaysia. Empangan ini terletak di hulu Sungai Linggiu , iaitu anak Sungai Johor. Sungai Johor secara umumnya mengalir dari arah Utara ke Selatan iaitu dari Gunung Gemuruh mengalir ke Selat Johor sepanjang 122.7 km.
Kawasan tasik ini dikelilingi 4 gunung, 55 bukit dan kawasan hutan simpan. Jumlah kawasan tadahan air ialah 21,600 hektar. Kapasiti kubik simpanan air ialah 763 juta.
Video pemandangan udara Tasik Linggiu
Terdapat dua Perjanjian Air Johor-Singapura iaitu Perjanjian Air 1961 yang telah tamat pada 31 Ogos 2011 dan Perjanjian Air 1962 yang akan tamat pada 2061.
Perjanjian Air 1961 Empat kawasan yang pernah diuruskan PUB Singapura iaitu Empangan Pontian Kechil, Rumah Pam Tebrau, Loji Air Gunung Pulai, Loji Air Sungai Skudai, telah dikembalikan kepada Johor berikutan kontrak bekalan air Johor-Singapura selama 50 tahun tamat.
Perjanjian Air 1962
Empangan Tasik Linggiu milik Kerajaan Negeri Johor, dikendali Public Utilities Board of Singapore / Lembaga Perbekalan Awam Singapura (PUB)
Singapura menanggung kos pembinaan serta semua kos operasinya . Ini adalah tambahan kepada RM320 juta bayaran pampasan yang dibayar Singapura kepada Johor pada 1990.
Singapura masih terus menguruskan operasi Empangan Linggiu sehingga tahun 2061 kerana Perjanjian Air 1962 sah untuk tempoh 100 tahun.
Mengikut perjanjian, PUB dibenar guna sehingga 250 juta gelen air sehari dari Sungai Johor. Sebagai balasan, Johor menerima air yang sudah dirawat sekitar 5 juta gelen dari jumlah penggunaan air harian Singapura. Rawatan air ini dilakukan di Loji Rawatan Air Sungai Johor juga diuruskan PUB mengikut perjanjian.
Johor kini mengurus 43 dari 44 loji rawatan air.
Kawasan ini difahamkan bukan kawasan pelancongan meskipun ada potensi. Juga dikatakan dilarang masuk, namun ada sahaja gambar mereka yang pernah masuk berkhemah dan memancing di sini. Harap ada penjelasan lanjut.Menara aras empangan. Foto: Chan Cheow Pong
Lokasi Papan tanda pertama yang menunjukkan lokasi kawasan takungan itu ditemui selepas kira-kira 40km di jalan utama Kota Tinggi-Kluang. Ia terletak berhampiran pekan kecil Tenggara. Dari sana, terdapat jalan ke kawasan skim Felda Linggiu dan di situ kelihatan papan tanda kedua. Kawasan takungan itu terletak 11 kilomter dari jalan masuk ke kawasan Felda tersebut.
Terdapat papan tanda melarang orang luar memasuki kawasan takungan tersebut.
Sumber air Singapura 1-takungan air sendiri 10% 2-air import (dari Johor) 60% 3-NEWater (air kitar semula) 30% 4-Loji tapis garam air laut 25%