Tersergam indah dengan pesona sentuhan kolonial Hotel Wyndham Garden Shahzan kini menjadi lokasi penginapan terbaru buat mereka yang berhasrat bercuti di Bukit Fraser.
Dikelilingi dengan alam semula jadi yang segar dan indah, bangunan putih ini cukup cantik dijadikan latar belakang foto percutian di tanah tinggi yang dingin ini.
Dulunya dikenali sebagai Shahzan Fraser’s Hill, hotel ini dijenamakan semula sebagai Wyndham Garden Shahzan sejak enam bulan lalu.
Majlis perasmian hotel telah berlangsung baru-baru ini disempurnakan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Menawarkan 92 bilik yang sudah ubah suai mereka yang menginap di sini akan disajikan dengan pemandangan indah serta udara segar dari setiap bilik yang dilengkapi balkoni.
Menurut Group CEO, Hospitality 360 Sdn Bhd Dato’ Sri Naresh Mohan, pemilik hotel iaitu TAS Industries membuat pelaburan RM 6 juta untuk penjenamaan dan pengubahsuaian sekaligus meletakkannya di dalam rangkaian hotel Wyndham yang beroperasi di hampir 95 negara seluruh dunia.
“Ia juga menjadi langkah strategik untuk memperkenalkan Wyndham Garden Shahzan Fraser Hill ke seluruh dunia,”ujarnya.
Hotel Wyndham Garden Shahzan ini juga turut dilengkapi dengan dua dewan yang sesuai dengan pelbagai acara dan Kafe Puteri Teja untuk menjamu selera.
Di samping menyempurnakan pelancaran hotel, Sultan Pahang untuk berangkat melawat dua tempat menarik sekitar Bukit Fraser iaitu pusat ekuestrian, The Paddock dan pusat rekreasi Allen’s Water, kolam indah yang dipenuhi dengan pelbagai spesis ikan.
Selain dua lokasi ini pengunjung yang datang ke Bukit Fraser wajib singgah untuk merakam foto di Menara Jam yang menjadi mercu tanda tempat percutian tanah tinggi ini.
Dalam pada itu Bukit Fraser juga dikenali sebagai lokasi terbaik di Malaysia bagi peminat burung untuk melihat keunikan pelbagai spesis haiwan ini. Tidak ketinggalan mereka gemarkan aktiviti hiking dan berbasikal, Bukit Fraser boleh jadi lokasi menguji kecergasan sambil menikmati keindahan alam semula jadi.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI