Demi mempromosi produk pelancongan, lukisan mural sepanjang 50 meter yang memaparkan lokasi-lokasi ikon Terengganu kini menghiasi Primula Beach Hotel (PBH).
Jika anda berkunjung ke Primula Beach Hotel (PBH) Kuala Terengganu, jangan lepaskan peluang bergambar di mural pertama yang menggabungkan pelbagai elemen seperti pembangunan, seni warisan kehidupan, dan keindahan pantai dan tasik yang terdapat di negeri Terengganu. Mural tersebut telah siap sepenuhnya, dan mula menunggu kehadiran pengunjung.
Lukisan mural yang mempamerkan Jambatan Angkat, Tasik Kenyir, Pasar Payang, Muzium Terengganu dan Pantai Batu Buruk itu berjaya disiapkan selama 15 hari dan merupakan tarikan baharu pelancong. Lukisan mural tersebut turut memaparkan keindahan seni dan warisan yang sinonim dengan masyarakat Terengganu seperti wau bulan, batik dan songket. Ia dihasilkan oleh empat pelukis tempatan yang diketuai Cikgu Budin, Razali Che Mat, Nazli Hamzah, dan Ahmad Saipudin Abdul Ghani yang bergabung tenaga menerusi kepakaran masing-masing secara sukarela.
Jom singgah sini!
image via google