Malaysia sememangnya kaya dengan alam semulajadi yang sangat indah. Banyak taman-taman negara yang menjadi tumpuan pelancong masih dijaga rapi demi mengekalkan eko sistemnya.
Jika di Selangor, bukit-bukit menjadi tumpuan orang ramai mendaki selepas memasuki fasa 2, di Sarawak sendiri penuh daya tarikan pelancongan termasuk Taman Negara Mulu selain Taman Negara Bako yang terletak lebih kurang 40 km dari Kuching. Kaya dengan flora fauna selain mempunyai hampir kesemua spesis tumbuhan dijumpai di Borneo, Taman Negara Bako merupakan antara yang terkecil di Asia Tenggara.
Selain terkenal dengan flora dan fauna, satu dari daya tarikannya ialah Lang Waterfall yang terletak di Kampung Sg Bako, Kuching. Uniknya di Air terjun Lang ini, air sungainya berwarna kemerah-merahan terhasil dari pokok-pokok di sekelilingnya.
Dikongsi dari pengguna fb, Ismail Roslan, lelaki ini berkongsi keindahan Lang Waterfall yang sangat memukau.
Keunikan utama adalah warna air sungainya yang kemerah-merahan, dikatakan terhasil dari pokok-pokok di sini. Terdapat sebuah kawasan kolam yang bewarna hitam menunjukkan permukaan yang agak dalam. Atas sebab itulah kolam tersebut digelar 'blackpool'.
Pengalaman aku, bermula dari pintu masuk Kelambu Lang, Kpg. Sg Bako. Trail ke 'blackpool' ini sepanjang 5.2km sehala, dengan permukaan agak landai (ada la turun naik sikit-sikit) mungkin mengambil masa dalam 2-3 jam, bergantung kepada stamina.
Trail agak basah tambah musim-musim hujan, juga luas dan jelas, namun ada juga simpang-simpang yang mungkin sedikit mengelirukan. nak senang gunakan khidmat guide tempatan. tak payah fikir tersesat jalan.
Akhir kata, sama-sama kita menjaga kebersihan.
Story dah hightlight kat ig
https://www.instagram.com/ismail.bin.roslan/
#langwaterfall #blackpool #kelambulang #kuching #sarawak #borneo #raonraonsarawak #malaysiatrulyasia Tourism Malaysia #sarawaktravel #sarawakkamek #maeljalansarawak #waterfall #hiking #xiaomi #mi10tpro