Malaysia sememangnya kaya dengan alam semulajadi yang sangat indah. Banyak taman-taman negara yang menjadi tumpuan pelancong masih dijaga rapi demi mengekalkan eko sistemnya.
Jika di Selangor, bukit-bukit menjadi tumpuan orang ramai mendaki selepas memasuki fasa 2, di Sarawak sendiri penuh daya tarikan pelancongan termasuk Taman Negara Mulu selain Taman Negara Bako yang terletak lebih kurang 40 km dari Kuching. Kaya dengan flora fauna selain mempunyai hampir kesemua spesis tumbuhan dijumpai di Borneo, Taman Negara Bako merupakan antara yang terkecil di Asia Tenggara.
Selain terkenal dengan flora dan fauna, satu dari daya tarikannya ialah Lang Waterfall yang terletak di Kampung Sg Bako, Kuching. Uniknya di Air terjun Lang ini, air sungainya berwarna kemerah-merahan terhasil dari pokok-pokok di sekelilingnya.
Ads
Dikongsi dari pengguna fb, Ismail Roslan, lelaki ini berkongsi keindahan Lang Waterfall yang sangat memukau.
Keunikan utama adalah warna air sungainya yang kemerah-merahan, dikatakan terhasil dari pokok-pokok di sini. Terdapat sebuah kawasan kolam yang bewarna hitam menunjukkan permukaan yang agak dalam. Atas sebab itulah kolam tersebut digelar 'blackpool'.
Ads
Pengalaman aku, bermula dari pintu masuk Kelambu Lang, Kpg. Sg Bako. Trail ke 'blackpool' ini sepanjang 5.2km sehala, dengan permukaan agak landai (ada la turun naik sikit-sikit) mungkin mengambil masa dalam 2-3 jam, bergantung kepada stamina.
Ads
Trail agak basah tambah musim-musim hujan, juga luas dan jelas, namun ada juga simpang-simpang yang mungkin sedikit mengelirukan. nak senang gunakan khidmat guide tempatan. tak payah fikir tersesat jalan.
Cuti tahun baru dimanfaatkan dengan memilih berkhemah di Warisan Campsite yang terletak di Sungai Sendat, Ulu Yam, Selangor. Lokasinya yang agak jauh dan perlu melalui jalan offroad ternyata berbaloi untuk diterokai.
Sampai di sini terasa dekat sangat dengan alam, sungguh tenang dan damai. Hanya ditemani deruan air sungai dan bunyi burung dan serangga. Tanpa coverage telefon, memang sesuai sangat untuk yang nak healing dan tenangkan diri.
Norsheila Salleh berkongsi pengalaman camping di sini selama dua hari satu malam semasa tahun baru 2023, nak tahu apa lagi yang menarik ada kat sana, ikuti perkongsiannya dan juga gambar-gambar yang dimuat naik.
Tahun Baru Di Warisan Campsite
2D1N
Warisan Campsite
Sg Sendat, Selangor
1 & 2 Januari 2023
Trip 21
Harga tapak rm50
Parking kereta rm5
Day trip cas ikut kepala :- Dewasa rm4, kanak² rm2 (3 tahun dan keatas)
Tak ada Coverage telefon
Tak ada Plugpoint
Pondok surau ada
Tapak semua redup
Jalan masuk offroad
Malam diterangi lampu
Genset 7pm-7am
Sungai mesra kanak-kanak dan dewasa
Sungai tersangat best
Tapak 1st come 1st serve ye. Tapak tepi sungai ada 3 aje, yang lain semua tapak belakang
Sini best sebab waktu check in tak kisah (start 10am), check out pula paling lewat jam 5 petang confirm tak kalut nak mengemas
Keperluan asas 1 sinki, 1 tandas duduk & 1 bilik mandi. Tandas bersih dan luas juga Ada sediakan juga tempat sangkut baju atau bag dalam tandas.
Kereta rendah kena hati-hati sebab jalan masuk offroad tapi still acceptable untuk proceed. Kereta wira pun steady masuk campsite Parking kereta dalam campsite. Kena masuk ikut jambatan ye.
Boleh handcarry atau guna wagon bila transit barang ke tapak khemah. Ada rumah pondok CO, sentiasa ada kat campsite.
Batu Kurau memang terkenal dengan hasil durian dan tidak asing kepada peminat raja buah itu setiap kali tiba musimnya. Malah kerajaan negeri Perak bercadang untuk menjadikan daerah Larut Matang dan Selama sebagai hub pengeluaran pelbagai durian dengan membina Taman Durian Batu Kurau.
Kalau datang bercuti ke area Batu Kurau boleh cuba meginap di chalet warna warni ala Belanda. Paling seronok boleh mandi mandi dalam dusun tepi jeram sungai yang sejuk dingin. View di sini nyata dapat menarik ramai peminat percutiaan ala agro. Dikenali sebagai Chalet Latip D’Ayer Itam, lokasinya terletak di Kampung Air Itam, Batu Kurau, yang terletak kira-kira 20 kilometer dari bandar Taiping, Perak.
Konsep bilik segi tiga berwarna-warni itu terletak di kawasan seluas 3.24 hektar dikelilingi pemandangan indah pokok yang menghijau selain mempunyai jambatan gantung untuk merentasi Sungai Lata Air Hitam, yang mengalir di bawahnya. Setiap jenis bilik mempunyai harga yang berbeza bermula daripada RM 150 hingga RM 250. Kalau berhajat buat ‘family day’ atau konvoi pun menarik kerana ada banyak unit dan parking kereta berhadapan depan pintu chalet penginapan.
Jika anda bercadang bercuti ke sini, pastikan anda menempah dan menghubungi pihak pengurusan chalet ini terlebih dahulu kerana kebanyakan bilik sudah penuh pada tarikh-tarikh tertentu sehingga hujung tahun ini selain tidak mahu ada pengunjung yang datang dari jauh tetapi terpaksa balik dan hampa.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Keunikan melancong solo adalah kemampuan menyesuaikan diri bersama komuniti dan melakar momen hebat antarabangsa secara sendiri. Namun sebagai wanita, perasaan TAKUT sering mengganggu.
Destinasi idaman perlu berada dalam kawasan yang selamat dan amudah untuk mengakses pengangkutan serta budaya tempatan yang boleh mengurangkan kerisauan dan anda boleh fokus kepada aktiviti dirancang. Lebih banyak hotel, aktiviti, dan spot hebat yang mampu anda temui di kawasan tertumpu dan mudah akses, maka lebih mudah bagi anda menyesuaikan diri serta membenarkan anda mengalami momen perjalanan yang hebat.
Disini, LIBUR senaraikan antara destinasi terbaik bagi wanita melancong solo.
Barcelona
Anda bebas berjalan di bandar cantik ini, asalkan anda memiliki peta atau gajet tunjuk arah. Anda boleh window shopping sepanjang Las Ramblas, berjalan di pesisir pantai, mahupun bersiar-siar di Park Güell yang direka Gaudi. Pilihan makanan juga baik bagi pelancong solo serta bersantai ala al fresco sambil menikmati makanan dan pemandangan bandar yang mengujakan.
Melbourne, Australia
Australia terus mengekalkan takhta sebagai ‘Most Livable City‘, menurut Economist Intelligent Unit. Nikmati pemandangan dengan menaiki tram pelancong secara percuma; yang menjangkau kebanyakan spot utama termasuk Melbourne Star Observation Wheel,Carlton Gardens, serta Federation Square. Melbourne secara ringkas memiliki keselamatan yang sangat baik.
Okinawa, Japan
Jika idamkan percutian yang mendamaikan dan jauh dari kesibukan bandar Jepun, pergi ke Naha; pusat kepulauan Okinawa. Monorail yang mudah akses yang menghubungkan lapangan terbang ke pusat bandar dan juga Istana Shuriyang popular. Juga dalam lingkungan berhampiran pusat bandar adalah bandar pantai Naminoue, daerah Tsuboyayang terkenal dengan pembuatan pot tanah liat, dan Pasar Awam Makishi, yang sesuai bagi pelancong solo menikmati makanan. Dan yang terakhir, adalah penduduk tempatan yang ramah dan dipengaruhi gaya Amerika, kerana penempatan kem askar Amerika berhampiran.
Dubrovnik, Croatia
Peningkatan sektor pelancongan Crotia dan pengurangan mendadak kadar jenayah menaikkan rating Croatia. Anda pasti berasa kagum pada senireka bangunan medieval Dubrovnik yang mengadap laut biru yang dirapi bersama 6,365 kaki dinding pristine. Berjalan sepanjang jalan yang dibina dari cobblestone akan membawa anda ke rangkaian kedai serta restoran dan dalam masa yang sama, anda menikmati pemandangan hebat pantai Adriatic.
Salzburg, Austria
Dengan Istana Hohensalzburg di puncak bukit dan Sungai Salzach menyusuri bandar, daya tarikan tempat kelahiran Mozart sangat mengundang dan menawan. Alami sendiri lokasi filem The Sound of Music dengan melawati Mirabell Gardens dan Nonnberg Abbey atau bersantai sambil menikmati kopi di teres Cafe Tomaselli. Bagi yang gemar berbasikal, bandar Salzburg ialah antara bandar mesra basikal dengan jarak laluan sejauh 171km serta melalui pemandangan hebat.
Taipei, Taiwan
Pusat bandar Taiwan adalah lokasi campuran sejarah dan modernisasi ideal. Satu sudut bandar terdapat pasar malam yang padat dengan lambakan aksesori dan cenderahati manakala sudut lain terpapar bangunan pencakar langit dan pusat beli-belah hebat. Taiwan sebuah bandar padat namun berjaya mengekalkan keselesaan cara urban. Taiwan memiliki kadar jenayah yang rendah, meskipun begitu, sistem aliran ringan mereka tersedia kotak “Safe Waiting Zone” di platform, dan dikawal rapi oleh CCTV demi keselamatan dan keselesaan penumpang wanita.
Saba, Caribbean
Kepulauan Saba, Caribbean dikelilingi kejernihan laut biru, dan Gunung Scenery tinggi mencecah awan. Ia tidak seperti destinasi Caribbean yang lain. Saba, yang dimiliki oleh Belanda, adalah kepulauan yang memberi anda momen hebat bersama keselesaan dan keramahan yang membuat anda tertawan pada alam semulajadi sama ada di darat atau di laut. Anda boleh memilih pernerbangan selama 15minit dari St. Maarten ataupun belayar ke sana sambil menyaksikan dolfin atau paus.
Copenhagen, Denmark
Copenhagen ialah ibu negara Denmark yang terletak di persisiran Zealand & Amager. Ia dihubungi bersama Malmo di selatan Sweden oleh Jambatan Öresund. Indre By merupakan pusat sejarah bandar ini di mana terbinanya Frederiksstaden; daerah rococo (gaya artistik Perancis) kurun ke -18 yang merupakan penempatan keluarga di raja Amalienborg Palace. Lokasi berhampiran ialah Christiansborg Palace dan Renaissance-era Rosenborg Castle, yang dikelilingi taman cantik.
Norway Fjord
Fjord terbentuk apabila glasier berhenti, selepas mengukir lembah berbentuk U, dan mengisi lautan yang membentuk lembah landai. Ini membentuk ruang sempit dan curam (kadangkala lebih 1300m dalam) yang mengubungi laut. Terdapat lebih seribu fjord di Norway, namun yang paling ikonik ialah Nærøyfjord, Sognefjord, Lysefjord dan Geirangerfjord yang terletak di persisir barat.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...