Malaysia terkenal dengan keunikan flora dan fauna yang tersendiri selain menjadi tumpuan dunia mengkaji habitat yang pelbagai.
Namun ada berita sedih yang ingin dikhabarkan. Terkini, tinggal kurang daripada 200 ekor harimau Malaya di Semenanjung Malaysia manakala badak sumbu Sumatera pula hanya tinggal kenangan. Nasib yang sama juga menimpa tapir Malaya yang sehingga kini bilangannya didapati kurang daripada 1,500 ekor di seluruh Semenanjung Malaysia.
Pada 27 April lalu, Hari Tapir Sedunia disambut setiap tahun bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan konservasi spesies tapir dan habitatnya di seluruh dunia yang diancam kepupusan.
Kadar kematian tapir Malaya di Semenanjung Malaysia ialah antara 30 hingga 35 ekor setiap tahun, lazimnya disebabkan kemalangan jalan raya.Tapir merupakan haiwan terlindung dibawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).
“Kita harus bertindak pantas sebelum terlambat seperti apa yang telah berlaku kepada populasi badak sumbu Sumatera dan badak Jawa di Malaysia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Sabah Environmental Trust, Dr Rahimatsah Amat.
Menurut Dr Rahimatsah, pelan safe haven adalah satu kaedah saintifik bagi mengurangkan risiko kepupusan sesuatu spesies dengan membahagikan populasi haiwan itu di dua kawasan, berbanding membiarkannya pupus di satu kawasan dengan kadar kematian tinggi.
Memperkenalkan semula habitat selamat atau safe haven di Sabah bagi tapir Malaya mampu menambah peluang bagi spesies itu membiak di bawah pemantauan pakar dan saintis sekali gus mengurangkan risiko kepupusan.
Borneo Rhino Sanctuary, Lahad Datu merupakan lokasi dicadangkan untuk memulakan program safe haven tapir Malaya, kerana kawasan itu kini terbiar selepas kepupusan badak sumbu dan sangat sesuai bagi kehidupan dan pembiakan spesies tapir berkenaan.
Sumber: astroawani| Foto: FB Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lokasi Best Nak Jejak Kalau Sampai Di Desaru Johor
Oleh: Asilah Bakri
Berkesempatan bercuti ke Desaru bakal memberi pengalaman berbeza kepada pengunjungnya. Desaru mempunyai pantai terbaik di Johor. Pantai yang indah ini di barisi dengan pepohon ru sepanjang pesisiran pantai mencantikkan lagi view sekeliling lokasi ini.
Di sini, pengunjung boleh menikmati aktiviti seperti memancing, berenang, kembara denai dan aktiviti air lain yang menyeronokkan. Untuk penginapan jangan risau, terdapat pelbagai pilihan hotel, resort dan chalet yang boleh dipilih. Antaranya:
Chalet D’Punggai
Chalet yang baru sahaja beroperasi ini dikendalikan oleh Rohaizat Corporation khas buat pengunjung untuk menginap di Tanjung Punggai. Sejumlah 14 unit penginapan disediakan untuk kemudahan pengunjung. Dua jenis chalet disediakan iaitu Family Room dan juga Superior. Setiap unit lengkap dengan penghawa dingin, tv, sofa dan juga katil bersaiz queen dan juga single.
Paling menarik kawasan sekitar chalet ini berhampiran dengan kawasan pantai dan sesuai untuk individu yang gemar lakukan aktiviti air atau memancing. Kawasan yang luas di sekitar Chalet D’Punggai juga sesuai untuk aktiviti team buliding kerana lokasinya dibenarkan untuk aktiviti berkhemah dan juga beriadah.
Bayu Balau Beach Resort
Penginapan di Bayu Balau Beach Resort pastinya ditungu-tunggu setelah seharian berjalan melihat kawasan di Tanjung Balau. Kaki dah penat, badan dah letih, memang katil memanggil-manggil untuk diterkam.
Pintu gerbang yang besar sebagai pintu utama untuk pengunjung menginap ni menjadi perhatian setiap kali lalu di kawasan tanjung ni. Bilik penginapan di sini terdiri daripada pelbagai jenis pilihan lengkap dengan kemudahan sebuah televisyen, cerek elektrik, peti ais mini. Fasilitinya dilengkapi dengan sebuah kawasan kolam renang yang turut memberi peluang kepada orang luar menggunakannya dengan kadar bayaran tertentu. Mana tahu dari hanya menggunakan ‘swimming pool’ ada pengunjung yang berhajat untu menginap terus ke bilik kan?
Pada siang hari, jangan lepaskan peluang untuk melihat matahari terbit di persisiran pantai. Ternyata view sunrise ni sangat cantik! Satu pengalaman yang pasti sukar dilupakan sesiapa sahaja. Sunrise dengan pemandangan swimming pool dan pantai, memang view yang sempurna untuk menarik kunjungan ramai.
Berkelapangan singgah di pantai Desaru yang cantik tapi tidak tahu nak menginap dimana, boleh hubungi pihak Bayu Balau Beach Resort untuk penginapan sekeluarga!
Teratak Penawar
Terletak di Bandar Penawar, sebuah rumah kayu, persis zaman dahulu tersergam di dalam kebun penanaman buah Jade Melon. Teratak Penawar mempunyai 8 buah bilik beserta lengkap dengan ruang tamu, bilik air, dapur, tempat bbq serta anjung, pastinya satu pengalaman yang indah ditemani kehijauan pokok dikeliling.
Kebun Jade Melon Taman Fertigasi
Bersebelahan Teratak Penawar, terdapat kebun Jade Melon iaitu Taman Fertigasi. Sebanyak 15 buah rumah hijau dibina atas permintaan yang tinggi dari pembeli untuk merasai keenakan buah Jade Melon.
Buah Jade Melon ini seakan buah honeydew tetapi isinya lebih putih dan tekstur lebih lembut. Perbezaan antara tiga buah ini iaitu Honeydew, Rock Melon dan Jade Melon, tidak banyak bezanya, tapi bagi mereka yang sudah biasa makan pasti dapat merasai perbezaannya.
Setiap satu pokok Jade Melon hanya menghasilkan satu jenis buah sahaja. Setiap kali dituai, pengumpulan buah ni boleh mencecah 2 tan! buah Jade Melon ini sentiasa mendapat sambutan setiap kali menjelang musimnya. Jadi kalau ada antara korang yang nak cuba keenakan buah Jade Melon ini.
Muzium Nelayan Tanjung Balau
Muzium Nelayan terletak bersebelahan pantai Tanjung Balau dan Perkampungan Nelayan Tanjung Balau. Muzium ini mempamerkan alat-alat yang digunakan oleh para nelayan dan penceritaan tentang kaedah dan kemahiran nelayan dahulu serta pengalaman yang mereka perlukan untuk belayar. Di antaranya ialah pengetahuan dalam melihat bintang serta apa maksud yang dibawa oleh keadaan bintang tersebut. Selain itu, amalan-amalan para nelayan dahulu kala sebelum turun ke laut juga diceritakan.
Tanjung Balau, memang sudah terlahir pada asalnya merupakan sebuah perkampungan nelayan. Mereka yang tinggal di Tanjung Balau ini semuanya orang laut. Maka terhasillah muzium ini untuk dikongsi dengan pelancong tentang asal-usul perkampungan nelayan ini.
Ada info yang menarik perhatian ketika berada di muzium ini. Tahu tak dahulu nelayan akan ukir satu ukiran kayu dan diletakkan melintang di hujung perahu layar untuk menangkap ikan, ukiran ini dipanggil Bangau, diambil inspirasi dari burung bangau, kerana mereka percaya kalau adanya simbol burung bangau ini, ikan akan mudah ditangkap.
Asalnya ukiran ini dibuat untuk menyangga layar atau dijadikan sangga tali semasa menarik sauh. Setiap ukiran adalah berbeza mengikut pada negeri nelayan itu tinggal. Unik bukan?
Rock Formation
Berhampiran Muzium Nelayan terletaknya Rock Formation yang sangat dikenali para geologi serata dunia. Bagi mereka yang perlu mengkaji tentang pembentukan batu dari lava bumi, di tanjung ini lah sering menjadi pilhan pelajar-pelajar bidang geologi untuk membuat kajian. Bukan sahaja pelajar di Malaysia, bahkan pelajar asing juga datang ke sini untuk melakukan kajian.
Pembentukan batu ini merupakan yang kedua tertua di Malaysia berusia 300 juta tahun selepas rock formation di Langkawi berusia lebih 550 juta tahun. Menarik sangat sekali sekala sambil bercuti belajar tentang kesan geografi dan sejarah di tempat orang. Kalau anda berada disekitar Desaru ini singgahlah ke sini ya!
KEJORA Promosi Desaru Habis-Habisan
Setelah sekian lama menyepi, nama Desaru mula disebut-sebut tetapi masih lagi ada yang menanti apakah yang bakal ‘menyinggah’ di pantai Desaru bagi menarik perhatian rakyat Malaysia dan juga pelancong luar.
Persinggahan 3 hari 2 malam pengamal media dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), Travelers Writers Association Malaysia (TRAM) dan Santai Travel sedikit sebanyak membuka mata ramai tentang infrasturktur baru yang sedang dibangunkan di Desaru.
Menurut Pengurus Pelancongan KEJORA, Puan Haslinda Abu Bakar, program ini bertujuan untuk mempromosi destinasi pelancongan KEJORA semasa dan juga terkini bagi menarik kedatangan pengunjung tempatan dan juga pelancong antarabangsa.
Antara destinasi yang diperkenalkan seperti Teratak Penawar, Desaru Fruit Farm, Muzium Nelayan Tanjung Balau, Desaru Coast, The Wetlands of Kampung Belukar Durian, IKS Keropok Lekor Sedili, Kampung Sayang Resort, Sand & Sandals Hotel, Tunamaya Hotel, Amansari Hotel, Bujang Boat Firefly, Taman Buaya Teluk Sengat, Muzium Johor Lama dan Kampung Johor Lama.
Datuk Azlie Halim, selaku President TRAM, menyifatkan usaha KEJORA ini sebagai satu inisiatif yang baik dalam mempromosikan Desaru dan juga produk pelancongannya pada rakyat Malaysia. Bukan sahaja produk pelancongannya dari segi makanan sahaja, tetapi dari segi kawasan penginapan juga memainkan peranan yang penting dalam menaikkan taraf sesuatu tempat bagi menarik minat pelancong.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Take A Break’ Dari Kesibukan Kota Bila Bercuti Di Gopeng Riverstone Rainforest Retreats. Percutian Alam Untuk Seisi Keluarga!
Gopeng Riverstone Rainforest Retreats berkonsep percutiaan alam berupaya menzahirkan impian pencinta hijau yang inginkan waktu rehat yang selesa dengan keluarga tersayang.
image via FB Gopeng Riverstones Rainforest Retreat
Mereka yang sukakan suasana alam sekitar, ini antara pilihan lebih baik. Buat yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti luar tentunya berasa lebih santai dan selesa dengan konsep penginapan moden dan lengkap berserta sajian makan serta minum.
Escape to Kampung. Perkongsian oleh Nor Hayati Abu Bakar
Bunyi macam datang dari town sangat kan. Tapi itulah the real feeling bila kami masuk kampung Chulek. Bermalam di Gopeng Riverstone Rainforest Retreats (GRRR) yang absolutely great place, dah back to nature pulak kita rasa. Lokasi Gopeng Riverstone Rainforest Retreats (GRRR) terletak di Kampung Chulek, Gopeng Perak.
Talked about our shortvacay kali ni, memang experience yang tak boleh tukar ganti. Si ‘3D’ seronok sakan berdayung sampan, berenang dalam kolam yang banyak anak ikan, kena pulak dalam hujan fuh happy tak mau balik.
Pada pagi hari pula, ronda kampung dengan nikmat kabus, air sungai yang deras mengalir, sejuk mencengkam. Hebat ciptaanNya. To GRRR owner Mr Jason, thank you for the great hospitality.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sektor Pelancongan Melaka Semakin Pulih. Hujung Minggu Sesak Dengan Orang Kita Terjah 5 Lokasi Baru Ini
Melaka destinasi percutian kegemaran ramai mendapat jolokan bandaraya bersejarah, Melaka turut terkenal dengan lokasi 'makan' yang popular. Tidak hairan Melaka sentiasa penuh dek kunjugan ramai terutama pada hujung minggu, cuti sekolah dan cuti umum.
Namun, sejarah tercipta apabila negeri itu seakan mati selepak wabak COVID-19 melanda duia. Tiada lagi kesesakan jalan raya atau kelibat pengunjung ke sana dan ke mari. Langit tidak selamanya gelap, Melaka yang menyasarkan sebelum ini kembali meriah 2 tahun akan datang ekoran terjejas akibat wabak COVID-19 kini kembali pulih hampir 90 peratus dengan kemasukan kira-kira 8,000 pelancong terutamanya pada cuti hujung minggu dan cuti umum.
Bilangan pelancong itu diambil kira sejak perjalanan rentas negeri dibenarkan pada 10 Jun lepas dan jumlah tersebut melebihi sasaran 3,000 pelancong. Meskipun tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) akan dilanjutkan sehingga 31 Dis ini, namun kerajaan negeri akan terus mengatur strategi menarik pengunjung bagi memastikan sasaran 5.6 juta pelancong dapat dicapai menjelang akhir tahun ini.
Peningkatan jumlah pelancong merupakan satu khabar gembira buat kerajaan negeri yang sedang berusaha keras memulihkan industri ini yang merupakan antara penyumbang utama ekonomi negeri dan subsektor kulinari dilihat antara faktor utama kemasukan pelancong ke Melaka. Negeri Melaka akan menambah baik pakej pelancongan sedia ada selain memperkenalkan pakej percutian dengan menggunakan 13 subsektor pelancongan supaya pengunjung tidak bosan untuk datang ke negeri ini.
Jangan tidak tahu, Melaka sentiasa mempunyai produk pelancongan terbaru yang sentiasa hidup dari hari ke hari. Ini port baru yang tidak kurang menarik untuk dikunjungi sumber Melaka Kini
- Vintage Night Market – Bagi peminat barang-barang rare dan unik, jangan lepaskan peluang ke Vintage Night Market yang dibuka setiap hari Jumaat hingga Ahad di Jalan Hang Tuah. Terdapat pelbagai barangan menarik yang dijual di sini terutamannya pakaian dan kasut.
- Ghost Museum Melaka – Pelbagai entiti dan hantu-hantu yang terkenal dalam masyarakat Malaysia juga dunia dipertontonkan di sini. Cabar ketakutan anda dengan membelek setiap info dan jenis hantu yang dipamirkan untuk pengetahuan bersama. Harga tiket masuk RM28 untuk dewasa dan RM16 untuk kanak-kanak/pelajar.
- Melaka Bird Park – Taman burung ini bukan la yang baru tetapi telah ditutup seketika operasinya. Namun kembali dibuka pada September tahun lalu untuk kerja-kerja menaik taraf. Landskap dalam taman ini begitu menarik dan pelbagai spesies burung boleh pengujung lihat di sini.
- Pirates Island – Pirates Island merupakan taman tema air mini dalam resort. Paling menarik lokasi ini turut tersedia kemudahan penginapan selesa untuk keluarga bersantai juga berlibur terutama pada cuti hujung minggu atau cuti persekolahan.
- Spring In The Ocean – Ia merupakan The Shore Oceanarium fasa kedua yang mana telahpun dibukan sejak 1 Disember lalu. Antara tarikan utama untuk fasa kedua ini adalah Oceanarium Aquarist Lab, ‘Ray Tunnel’ yang mempamerkan ‘Cownose Ray’ dan ‘Schooling Fish Tunnel’. Terdapat juga persembahan Music Sound of Sea’ yang menampilkan Dancing Musical Light Aqua Theatre menggabungkan kombinasi muzik, lampu dan ‘LED Air Bubble Curtain’.
image via google | flickr
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI