Arab Saudi mengumumkan penggantungan sementara kemasukan jemaah umrah dan aktiviti tersebut untuk seluruh penduduknya dan warganegara luar sebagai langkah pencegahan proaktif untuk menyekat penularan wabak COVID-19.

Pada minggu lalu, Arab Saudi turut menggantung penerbangan antarabangsa selama dua minggu bermula 14 Mac 2020 untuk membendung penularan wabak novel koronavirus (COVID-19). Tempoh dua minggu itu juga dianggap sebagai cuti umum kepada warganegara yang tidak dapat pulang disebabkan penerbangan digantung atau dikuarantin selepas mereka kembali ke Arab Saudi.

Ekoran daripada itu, kawasan sekitar Tanah Suci hari ini dikatakan sunyi sepi daripada kebiasaannya.

Ads

Perkongsiaan daripada saudara Kashful Azim Shaharuddin

Malam tadi, saya dan kawan-kawan kebetulan ada lalu Masjid Nabawi lepas selesai urusan peribadi sikit. Jadinya, alang-alang sudah dekat ni kami sajalah pergi sini nak tengok macam mana keadaannya pada tengah malam sekarang.

Ads

Selalunya sebelum ni, sekitar masjid sangat meriah sebab ramai orang walaupun tengah-tengah pagi. Tapi sekarang sekitar ni rasa sunyi yang amat, macam kita seorang saja yang ada kat sini tau.

Semoga kita dapat kembali melihat semula suasana kemeriahan jemaah umrah dan haji mengunjungi lagi ke Masjid Nabawi & Maqam Rasulullah saw dalam masa terdekat.

Ads

Kash,
Moga kita semua terhindar dari serangan COVID-19.

Tanah Suci Sunyi. Foto Perkongsiaan Rakyat Malaysia Ini Undang Sebak Tanah Suci Sunyi. Foto Perkongsiaan Rakyat Malaysia Ini Undang Sebak Tanah Suci Sunyi. Foto Perkongsiaan Rakyat Malaysia Ini Undang Sebak Tanah Suci Sunyi. Foto Perkongsiaan Rakyat Malaysia Ini Undang Sebak Tanah Suci Sunyi. Foto Perkongsiaan Rakyat Malaysia Ini Undang Sebak Tanah Suci Sunyi. Foto Perkongsiaan Rakyat Malaysia Ini Undang Sebak Tanah Suci Sunyi. Foto Perkongsiaan Rakyat Malaysia Ini Undang Sebak Tanah Suci Sunyi. Foto Perkongsiaan Rakyat Malaysia Ini Undang Sebak

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI