Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Group Bhd Tan Sri Tony Fernandes akan mengundurkan diri daripada semua jawatannya kecuali dalam AirAsia Group dan AirAsia X.
Beliau, bagaimanapun tidak menyatakan bila perkara itu akan berlaku. Dalam satu ciapan semalam, beliau berkata keputusan itu diambil untuk menaikkan generasi pemimpin AirAsia seterusnya, ke barisan hadapan.
As the first step of stepping back and moving the next generation of @airasia leaders into the forefront I will be stepping down of all boards except @airasia group and airasia X.
“Sebagai langkah pertama untuk berundur dan menggerakkan generasi pemimpin AirAsia seterusnya ke barisan hadapan, saya akan mengundurkan diri daripada semua jawatan, kecuali AirAsia Group dan AirAsia X,” tambah Tan Sri Tony Fernandes
Bulan lepas, AirAsia mengumumkan penstrukturan semula kepimpinan untuk menyokong transformasinya menjadi sebuah syarikat platform perjalanan dan kewangan, dan membina airasia.com menjadi jenama gaya hidup.
Ads
Tan Sri Tony Fernandes sebagai CEO airasia.com – platform e-dagang perjalanan dan gaya hidup AirAsia – dengan matlamat untuk melantik seorang CEO baharu yang akan melaporkan kepadanya dalam tempoh terdekat. Latihan penstrukturan semula termasuk Aireen Omar yang telah dilantik sebagai presiden AirAsia Group (redBeat Ventures) dan akan mengetuai bahagian modal teroka korporat.
Ads
Rata-rata netizen yang mengikuti akaun twitter Tan Sri Tony Fernandes menyambut baik dan menyokong tindakannya itu.
Projek Sistem Transit Rapid (RTS) yang menghubungkan Malaysia dari stesen Bukit Chagar, Johor Bahru dengan Woodlands North, Singapura, bakal memendekkan tempoh perjalanan kepada 30 minit, berbanding lebih sejam ketika ini.
Tempoh singkat itu juga merangkumi proses pemeriksaan imigresen dan kastam oleh kedua-dua negara. RTS itu mampu membawa sehingga 10,000 penumpang sejam sehala atau 72,000 penumpang sehari setelah 5 tahun beroperasi, yang jauh lebih tinggi berbanding 300 penumpang sejam oleh perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) Tebrau Shuttle. Jarak perjalanan RTS itu adalah sejauh empat kilometer dengan kekerapan tren setiap empat minit ketika waktu puncak dan enam minit pada waktu biasa.
Projek stesen Sistem Transit Rapid (RTS) di Bukit Chagar,bakal dilancarkan pada 22 Nov ini bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Pengumuman berkenaan dibuat menerusi hantaran terbaharu yang dimuat naik dalam Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, dengan disertakan beberapa gambar baginda menerima menghadap Ketua Pegawai Eksekutif Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) Datuk Mohd Zarif Hashim di Pejabat Mados, Istana Bukit Pelangi.
Pada pertemuan itu, Mohd Zarif mempersembahkan kepada Sultan Ibrahim perkembangan projek berkenaan, sebagai kesinambungan kepada pembentangan Belanjawan 2021, baru-baru ini. Antara perkara yang disentuh ialah pelancaran projek stesen RTS secara maya serta draf reka bentuk stesen berkenaan dengan kerja-kerja akan dimulakan sekitar hujung bulan ini selepas pelancaran. Menurut hantaran itu, Sultan Ibrahim turut berkenaan untuk dianjurkan sebuah pertandingan bagi hiasan fasad stesen berkenaan. Turut sama pada pertemuan itu, Pengarah Tanah dan Galian Johor Datuk Mohammed Ridha Abd Kadir dan Datuk Bandar Johor Bahru Datuk Adib Azhari Daud.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Tourism Selangor Global Convention 2021 (TSGC 2021) bakal menjadi pemangkin ke arah mendorong perubahan ketara bagi memastikan kejayaan penetapan semula industri pelancongan untuk tahun 2022.
Tourism Selangor buat julung kalinya bakal menganjurkan Konvensyen bertaraf global ini pada 10 dan 11 Disember ini bertempat di hotel New World Petaling Jaya.
Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata “Kebanyakan penduduk telah pun menerima dos penuh vaksinasi dan mengikut kadar semasa, kita sudah hampir membina imuniti kelompok di Malaysia.
“Dengan pelancongan antarabangsa dijangka pulih bermula 2022, para pelabur akan melihat pada prospek pembukaan semula hotel, mercu tanda dan kawasan terkemuka lain”.
“Pelancongan telah menyumbang sebanyak 13.3% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2019, menjadikan ianya salah satu industri terbesar di Malaysia”, kata Y.B. Tuan Hee Loy Sian, EXCO Pelancongan dan Alam Sekitar Negeri Selangor. “Walau bagaimanapun, pandemik Covid-19 telah menjejaskan industri dan menyebabkan jumlah sumbangan menurun sehingga hanya 5.5% pada tahun 2020”.
TSGC 2021 bakal menampilkan ahli perniagaan ternama dan individu-individu berpengaruh untuk berkongsi pendapat tentang masa depan industri pelancongan. Antaranya ialah Che’ Puan Juliana Evans – Pelakon, Selebriti, dan Duta Kempen Pusing Selangor Dulu” Tourism Selangor, Jazeman Jaafar – Pemandu Lumba Antarabangsa Malaysia, dan Chef Zam – Chef Selebriti Malaysia.
Personaliti utama dari Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Perbadanan Teknologi Maklumat & Ekonomi Digital Selangor (SIDEC), dan ShopeePay akan turut hadir pada hari Acara.
Topik-topik yang akan dibincangkan termasuk ‘Pelancongan Digital 4.0 dan E- Dagang’, ‘Inovasi dan Kepelbagaian dalam Kelangsungan Perniagaan Pelancongan Semasa Pandemik’, ‘Pengaruh untuk Destinasi Pelancongan’, ‘Pelancongan Sukan’, ‘Pelancongan Kreatif dan Industri Filem’, serta ‘Dialog Pelancongan Tahap C’.
‘Pusing Selangor Dulu Travel Fair’ akan berlangsung sebelum TSGC 2021 daripada 3 sehingga 5 Disember dari 10 pagi hingga 10 malam di Concourse Square, Paradigm Mall. Ruang pameran dibuka untuk kunjungan para pengunjung yang telah divaksin sepenuhnya. Acara ini akan menawarkan pakej pelancongan eksklusif serta pameran oleh MAS Golden Holidays, Jump Street Asia, SkyMirror Travel & Tours, Sunway Lagoon, dan Skytrex Adventure, Sg Chongkak.
Lau Yin May, Ketua Pemasaran Kumpulan dan Pegawai Pengalaman Pelanggan, Malaysia Airlines Berhad dalam sebuah kenyataan berkata, “Sektor pelancongan domestik adalah pemangkin kepada pemulihan sektor ekonomi Negara, dalam kita beralih ke fasa endemik.
“Justeru, sebagai Rakan Syarikat Penerbangan Rasmi, Malaysia Airlines, bersama-sama Firefly, Mhholiday dan Journify komited untuk berganding-bahu dalam memainkan peranan yang signifikan dalam membangunkan semula sektor pelancongan negeri Selangor.
Keseluruhan industri dengan menawarkan pelbagai tawaran menarik kepada para pelancong untuk menerokai tempat-tempat pelancongan terkemuka di Negeri Selangor. Keselamatan para penumpang kami adalah terjamin dengan pematuhan garis panduan dan protokol kebersihan yang amat dititik-beratkan semasa mereka “Fly Malaysia” bagi merakam memori indah”
Dalam masa sama, bagi memastikan keselamatan orang ramai, penyertaan untuk TSGC 2021 adalah melalui jemputan sahaja. Walau bagaimanapun, persidangan 2 hari tersebut akan disiarkan secara langsung dari 9 pagi hingga 5 petang untuk tontonan orang ramai di www.tsglobalconvention.com. Pendaftaran adalah PERCUMA. Untuk maklumat lanjut, sila e-mel info.tsgc2021@tourismselangor.my.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Akibat pencemaran udara, salji di dua buah bandar di Rusia bertukar menjadi hitam sehingga menggemparkan penduduk.
Memetik Tribun Travel, penduduk di bandar Kiselevsk dan Prokopyevsk di wilayah Kuzbass terkejut ketika bangun pagi pada minggu lalu apabila mendapati timbunan salji yang sepatutnya putih, bertukar hitam di halaman rumah dan kenderaan mereka.
Rakaman video di Instagram region24_kemerovo menyaksikan salji berwarna hitam dan dikatakan bukan satu fenomena luar biasa.
Media tempatan menyatakan, kejadian itu dipercayai berpunca daripada kawasan lombong arang batu.
Penduduk di bandar itu berkongsi gambar dan video di media sosial menunjukkan salji hitam kelihatan bertimbun di halaman rumah, padang, jalan raya, pokok dan kenderaan. – Tribun Travel