Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan yang berlangsung semalam, Operator perkhidmatan rel dan bas utama negara, Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA) menawarkan tambang percuma selama sebulan kepada orang kurang upaya (OKU)
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong, berkata tambang percuma itu khusus untuk pemegang kad OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pemegang kad konsesi OKU MyRapid bermula semalam hingga 30 September ini.
Kredit Foto: Astro Awani
“Kita harap ramai kalangan OKU menggunakan keistimewaan ini bersiar-siar di ibu negara menaiki pengangkutan awam kerana semua perkhidmatan Rapid KL, Rapid Penang dan Rapid Kuantan yang merangkumi Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT), monorel, Bas Rapid Transit (BRT) atau bas henti-henti dan Rapid Mobiliti percuma selama 31 hari.
“Pemberian tambang percuma ini sebagai tanda terima kasih Kumpulan PRASARANA kepada pengguna OKU sempena ulang tahun kemerdekaan negara ke-65, selain bukti keprihatinan Keluarga Malaysia yang serius menjaga kebajikan serta keselesaan pengguna OKU,” katanya pada sidang media selepas mengumumkan mengenai tambang percuma selama sebulan khas kepada OKU di Stesen MRT Pasar Seni di sini, hari ini.
Terdahulu, Ka Siong menaiki tren bersama sekumpulan OKU berkerusi roda dan cacat penglihatan dari Stesen MRT Tun Razak Exchange (TRX) dan disambut Presiden Persatuan OKU Sentral, Datuk Ras Adiba Radzi di Stesen MRT Pasar Seni.
Sebelum itu, acara pelepasan peserta Eksplorasi Merdeka Rapid Kuala Lumpur (ERMKL) disempurnakan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PRASARANA, Mohd Azharuddin Mat Sah sambil disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif Mass Rapid Transit Corp Sdn Bhd (MRT Corp), Datuk Mohd Zarif Hashim di Stesen MRT TRX.
ERMKL disertai 50 kumpulan membabitkan 200 peserta, memerlukan peserta menyelesaikan aktiviti cabaran dan mereka perlu menggunakan MRT, LRT, monorel dan bas sebagai pengangkutan semasa cabaran eksplorasi dijalankan sehingga selesai.
Ads
Ka Siong berkata, berdasarkan statistik PRASARANA, purata penggunaan bulanan kalangan OKU menggunakan pengangkutan awam adalah 23,527 dan 26,762 orang masing-masing bagi perkhidmatan rel dan bas.
Kredit Foto: Paultan Org
Bantu kelangsungan hidup golongan OKU
Beliau berkata, kempen ini diharap dapat membantu kelangsungan hidup golongan OKU bergerak ke tempat kerja atau baru hendak memulakan perniagaan selepas terjejas akibat COVID-19.
Katanya, tambang percuma ini dapat memberi manfaat kepada lebih 10,000 golongan OKU yang menggunakan perkhidmatan awam setiap hari.
“Meskipun tempoh tambang percuma selama sebulan, pada masa sama kita akan menilai keberkesanan program kerana mahu mendapat maklum balas daripada golongan pengguna ini supaya dapat mengetahui bentuk rintangan yang mereka hadapi ketika menggunakan pengangkutan awam.
Ads
“Kita mahu tahu apa punca mereka tidak selesa dan kita mengalu-alukan pandangan mereka serta sedia menjadikan kemudahan pengangkutan awam lebih mesra OKU, sekali gus membolehkan PRASARANA meningkatkan perkhidmatan terutama ketika waktu sesak terutama membabitkan OKU.
“Jadi selepas sebulan kita akan umumkan sejauh mana keberkesanan tawaran ini kepada golongan OKU selepas mendapat maklum balas dari segi reka bentuk dan apa saja perkara berkaitan pengguna OKU ini,” katanya.
Kredit Foto: Malaysia Gazette
Ka Siong berkata, sejak beberapa bulan lalu, pihaknya sudah mengarahkan audit berkala termasuk prosedur operasi standard (SOP) perlu dipatuhi dan PRASARANA akan mensyaratkan Indeks Prestasi Utama (KPI) bagi setiap stesen termasuk semua kemudahan beroperasi dengan baik.
“Ini kerana jika kemudahan ada tetapi tidak boleh digunakan disebabkan masalah teknikal, ia menyukarkan pergerakan OKU.
Ads
“Misalnya OKU mengharapkan kemudahan beroperasi sepenuhnya apabila keadaan sesak, kerana jika mereka tidak dapat menggunakan ekskalator dan perlu menggunakan lif, pergerakan mereka akan terbantut apabila semua berebut lif.
“Jadi kita akan mempertingkatkan pemantauan, supaya tahap keselesaan mereka bertambah baik,” katanya.
Katanya, PRASARANA juga menyahut seruan untuk mengambil kakitangan OKU.
“Saya diberitahu PRASARANA sudah mengambil seorang kakitangan OKU bekerja di pusat panggilan dan menggalakkan lebih ramai lagi pada masa depan sekiranya mereka tiada sekatan pergerakan,” katanya.
Sementara itu, bagi penggunaan perkhidmatan bas henti-henti Rapid KL, Rapid Penang dan Rapid Kuantan, penumpang OKU hanya perlu menunjukkan kad perakuan OKU atau kad konsesi OKU MyRapid kepada kapten bas bagi membolehkan mereka menikmati perjalanan percuma.
Sumber: Bharian
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Percutian bersama keluarga pastinya momen yang dinantikan tambah menyeronokkan jika destinasi yang dipilih itu memberi pelbagai kemudahan buat keluarga. Apa kata memilih percutian ke Hong Kong? Pelancongan Hong Kong (HKTB) menganjurkan promosi menarik, Hong Kong Live in Kuala Lumpur (HKLiKL) yang berlangsung di Suria KLCC, baru-baru ini. Pakej menarik bercuti di Hong Kong memberikan info perjalanan, panduan menjelajah Hong Kong dan menyediakan pelbagai aktiviti menyeronokkan.
Pada majlis pelancaran HKLiKL itu juga HKTB melantik pasangan selebriti popular, Awal Asha’ri dan Scha Al-Yahya serta anak mereka, Lara Alana termasuk personaliti Ann Qi, sebagai duta produk pelancongan mereka.
Istimewanya, tiada kesukaran untuk pelancong Muslim untuk bercuti di Hong Kong dengan yakin kerana terdapat banyak restoran berstatus halal. Masyarakat Islam tidak perlu bimbang mengenai makanan kerana terdapat lebih 60 restoran menyediakan sajian halal dan disahkan Trustee of The Islamic Community Fund of Hong Kong. Antara hidangan halal termasuk Dim Sum di Islamic Centre Canteen. Begitu juga dengan tempat beribadah, pelancong boleh menggunakan kemudahan lebih 30 surau termasuk masjid yang selesa antaranya Masjid Kowloon iaitu masjid terbesar yang mampu memuatkan lebih 3,500 jemaah.
Bagi memudahkan percutian, buku panduan perjalanan ‘Warna-Warni Hong Kong’ yang dilancarkan Lembaga Pelancongan Hong Kong membantu sepanjang percutian anda di Hong Kong. Buku setebal 43 muka surat itu memuatkan maklumat pelancongan antaranya lokasi menarik, sajian enak dan halal, destinasi beli-belah, lokasi masjid dan ruang solat. Dengan memuat turun buku panduan e-buku ini, anda juga berpeluang menerima edisi terhad Muslim Travel Kit dari Lembaga Pelancongan Hong Kong.
Bagi mencetuskan suasana di bandar raya itu, Lembaga Pelancongan Hong Kong membawa pereka acara mereka ke Kuala Lumpur dan Suria KLCC bertukar wajah menjadi taman permainan interaktif dengan tarikan berkelas dunia seperti Big Bus Hong Kong, Dulking, Hong Kong Disneyland, Madame Tussauds Hong Kong Ngong Ping 360, Ocean Park Hong Kong dan Dek Pemerhati sky100 Hong Kong.
Bagi melancarkan perjalanan orang ramai boleh memuatnaik aplikasi Hong Kong Guide dari Google Play dan Apps Store.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Sabah perluas sekatan perjalanan penumpang dari Korea Selatan mulai 1 Mac 2020 bagi membendung wabak COVID-19.
Walaupun setakat ini tiada seorang pun diuji positif COVID-19 di Sabah, namun, dalam usaha mengekang penularan COVID-19, kerajaan negeri memperluas sekatan perjalanan ke semua pintu masuk udara, laut mahupun darat berkuatkuasa 1 Mac. Antaranya:
Warga negara asing dan rakyat Malaysia bukan penduduk Sabah dengan sejarah perjalanan ke Korea Selatan dalam tempoh 14 hari lepas tidak akan dibenarkan memasuki negeri ini berkuat kuasa 1 Mac 2020.
Mana-mana penduduk Sabah, penduduk tetap dan mereka yang menetap di Sabah menggunakan permit kerja, permit pelajar, pas lawatan sosial jangka panjang atau mana-mana perintah pengecualian, yang pulang dari Korea Selatan, wajib menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari.
Perintah sekatan sementara untuk memasuki Sabah juga terpakai kepada semua penumpang transit dari atau melalui Korea Selatan.
Warga negara Korea Selatan yang masih berada di Sabah dinasihati untuk meninggalkan negeri berkenaan atau kembali ke tanah air mereka sebelum visa mereka tamat dengan hanya satu lanjutan visa untuk maksimum tujuh hari boleh diberikan.
Penumpang warga negara Malaysia yang menaiki pesawat dari Korea Selatan dibenarkan masuk, begitu juga, tiada sekatan untuk penumpang warga Korea Selatan dan pengembara bukan warga Korea yang tiba dengan penerbangan bukan terus dari Korea Selatan.
Penerbangan keluar dari Sabah ke negara berkenaan turut dibenarkan.
Pecinta hidupan laut Malaysia teruja setelah menonton video Sepasang Paus Orca atau Killer Whale muncul buat pertama kali di perairan Terengganu. Aksi dan kehadiran paus ini berenang dikesan berhampiran Pelantar Dulang Petronas di perairan Kerteh.
Kemunculan paus itu disedari beberapa kakitangan syarikat itu dan video berdurasi 30 saat dan detik bersejarah itu berjaya dirakam kakitangan pelantar itu.
Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Rantau Abang, telah mengesahkan bahawa mamalia itu adalah Paus Orca atau nama saintifiknya Orcinus Orca. Mengikut rekod yang terdapat di FRI Rantau Abang, Jabatan Perikanan Malaysia, Paus Orca tidak pernah muncul di Terengganu dan tarikh 16 Julai 2019 adalah rekod pertama paus itu muncul di perairan ini. Mereka percaya kedua-dua mamalia marin itu adalah sepasang paus jantan dan betina yang menjadikan Laut China Selatan sebagai sebahagian laluan migrasi.
Saiz paus itu dianggarkan antara enam hingga lapan meter dengan anggaran berat 5,000 hingga 6,000 kilogram setiap satu. Paus Orca itu sangat digeruni kerana ia adalah pemangsa teratas dalam rantaian pemakanan di ekosistem lautan dengan memakan sotong, penyu, burung laut, jerung serta mamalia marin lain termasuk anjing laut dan ikan lumba-lumba.
Ada kalanya paus ini juga menyerang manusia seperti kejadian yang sering berlaku di luar negara. Paus ini mula menjadi perhatian umum dan dibela dalam kurungan bermula tahun 1960-an sehingga hari ini. Sesetengah negara yang mempunyai taman tema akuarium laut seperti Perancis, Amerika Syarikat dan Jepun, mereka melatih paus ini supaya lebih mesra dengan masyarakat dengan tujuan konservasi, pendidikan dan pertunjukan.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...