Taman Tema Sekin Wonderland Di Sekinchan Sediakan Tempat Mandi Untuk Muslimah, Tak Risau Tentang Aurat

Share

Setiap kali mandi kolam di taman tema, apa yang bermain di fikiran kebanyakan ibu-ibu ialah penjagaan aurat. Ini kerana amat jarang ada pembahagian tempat mandi antara lelaki dan perempuan kerana taman tema biasanya amat luas.

Namun untuk ibu-ibu yang mahu berlibur dan masa yang sama menjaga batas aurat dengan bukan muhrim, bolehlah berkunjung ke Taman Tema Sekin Wonderland.

Baru saja dibuka sepenuhnya, taman tema terletak di Sekinchan ini menyediakan tempat mandian khusus untuk Muslimah. Jadi tak perlu risau tentang aurat dah untuk mandi manda di tempat ini.

Tempat mandian muslimah disediakan
Taman Tema Sekin Wonderland tarikan terbaru di Sekinchan
Luas dan harganya berbaloi untuk mandi manda

Untuk mandi manda ke sini, kosnya masih boleh tahan iaitu RM25 untuk dewasa dan RM20 untuk kanak-kanak namun kalau datang berkumpulan iaitu lima orang, kos masuk ke sini hanya RM100 sahaja.

Dibuka setiap hari Isnin hingga Ahad, bagi hari weekday boleh mandi manda seawal jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam dan weekeed pula dilanjutkan hingga jam 11.59 malam. Jadi boleh mandi sepuas-puasnya.

Kalau dah penat mandi, perut pula terasa lapar, boleh pekena ikan bakar yang ada dijual di sini dan biasanya ikan bakar ini ditutup setiap hari Isnin.

Terkenal dengan kehijauan sawah padinya, ada banyak lagi tempat menarik untuk diterokai di Sekinchan.Bahkan taman tema milik muslim ini juga menawarkan pelbagai aktiviti menarik termasuk bermain ATV, basikal elektrik, dewan mesyuarat, dewan besar serta hotel penginapan juga ada di sini. Ada sebanyak 150 buah bilik yang bersedia menerima pengunjung.

Jadi, hujung-hujung minggu, bolehlah berlibur di sini. Gambar : FB Sekin Wonderland Theme Park

Oleh
almaswa Haji Che Ros