Laman Facebook rasmi Taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS) memuat naik status premis tersebut ditutup sementara bermula 16 Disember 2019 hingga pada satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
Facebook MAPS
Rata-rata pengunjung terkejut dengan status tersebut dan tidak berpuas hati kerana tidak dimaklumkan lebih awal. Ini kerana ada yang sudah sampai di hadapan taman tema tersebut namun kecewa tidak dapat masuk.
Minggu lalu Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memberitahu MAPS tidak akan ditutup walaupun gagal membayar balik bayaran prinsipal berjumlah RM25.7 juta kepada Affin Hwang Investment Bank Bhd (Affin Investment). Menurut beliau, Perak Corporation Berhad (PCB) dan anak syarikatnya Animation Theme Park Sdn Bhd (ATP) akan berbincang dengan pihak bank berhubung perkara itu.
MAPS yang dibina dengan kos RM520 juta dibuka secara rasmi pada Jun 2017.