Jom

Sebut sahaja Pulau Langkawi rata-rata pengunjung terbayangkan aktiviti pantai dan sudah tentu barangan bebas cukai termasuklah coklat.

Kini anda boleh menikmati tarikan terbaharu di sini, taman tema air pertama di Langkawi. Splash Out Langkawi dibuka secara rasmi kepada orang ramai! Taman Tema seluas 12 ekar ini bakal menawarkan pengalaman air paling bermakna buat warga Langkawi dan pelancong luar. Terletak di tengah Pekan Kuah, kira-kira 16.4km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

Taman Tema Air Splash Out Langkawi Kini Dibuka Taman Tema Air Splash Out Langkawi Kini Dibuka

Ads

Dirasmikan oleh Tan Sri Halim Mohammad selaku Pengerusi Eksekutif, HM Group pada 15 Disember 2019. Dengan tema “Spills & Thrills” , Taman Tema Air Splash Out menjadi tarikan utama buat warga Langkawi serta pelancong luar untuk merasai pengalaman permainan air yang mengujakan.

Ads
Taman Tema Air Splash Out Langkawi Kini Dibuka
Ucapan pembukaan oleh Tan Sri Halim, Pengerusi Eksekutif Halim Mazmin Group
Taman Tema Air Splash Out Langkawi Kini Dibuka
Gimik perasmian disempurnakan oleh Tan Sri Halim dan Pengurusan Tertinggi HM Group

12 tarikan permainan air terdiri daripada ‘Ragin Racers’, ‘Splash-Tacular’, ‘Shipwreck Falls’, ‘Splash Twister’, ‘Poseidon’s Revenge’, ‘Perfect Storm’, ‘Big Splash Kingdom’, ‘Wild Water’, ‘Rainbow Rider’, ‘Splash Phyton’, ‘Sprinkle Island’ dan ‘River of Life’ yang bakal mencabar pengunjung ke Splash Out Langkawi.

Ads
Taman Tema Air Splash Out Langkawi Kini Dibuka
Jom!

Taman Tema Air Splash Out Langkawi Kini Dibuka  Taman Tema Air Splash Out Langkawi Kini Dibuka

Taman Tema Air Splash Out Langkawi Kini DibukaAlamilah pengalaman terbaharu yang mengujakan ini apabila anda menjejakkan kaki ke Pulau Langkawi. – Badak Berendam

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI