Tanya penduduk Kuala Lumpur, siapa tidak kenal dengan Taman Tasik Titiwangsa yang menjadi kawasan beriadah dan reakreasi popular penduduk kota. Taman ini pernah menjadi tarikan hebat satu ketika dahulu dengan kewujudan Eyes of Malaysia untuk beberapa ketika.
Taman Tasik Titiwangasa KL Berwajah Baru! Paling Best Mesra OKU (Autistik & Cerebral Palsy)

Selama lebih setahun Taman Tasik Titiwangsa ditutup bagi memberi laluan terhadap kerja-kerja penambahbaikan dan pengindahan kawasan, taman yang sinonim dengan penduduk Kuala Lumpur akan dibuka semula sepenuhnya pada Ahad 15 Dis 2019 ini dengan berwajah baharu. Taman rekreasi itu akan dibuka bermula 6 pagi hingga 10 malam setiap hari.
Taman Tasik Titiwangasa KL Berwajah Baru! Paling Best Mesra OKU (Autistik & Cerebral Palsy)

Ads

Perasmian untuk Taman Tasik Titiwangsa berwajah baru ini bakal dirasmikan awal tahun 2020 nanti. Namun disebabkan ramai yang tidak sabar untuk menggunakan taman ini dek tular kejadian 'curi-curi' masuk kawasan ini pada waktu malam, Datuk Bandar, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan bersetuju untuk membuka awal taman ini kepada umum. Kebetulan ketika ini adalah musim cuti sekolah, maka ramai orang awam berpeluang untuk singgah dan datang ke sini.

Ads
Ads
  • Terdapat beberapa pembaharuan di taman berkenaan yang akan menjadi tarikan kepada para pengunjung seperti Kanopi Banjaran titiwangsa (dataran), Laman Kerawang, Taman Air Kanak-Kanak dan Taman Permainan Kanak-Kanak.
  • Taman ini juga berkonsepkan 'ínclusivity' iaitu boleh digunakan oleh semua lapisan masyarakat termasuk mereka yang terbatas dari segi fizikal seperti orang kurang upaya (OKU), khasnya anak-anak autistik dan cerebral palsy.
  • Selain itu, antara tumpuan utama di taman berkenaan adalah 'High Fountain Jet' di tasik itu dengan keupayaan pancutan air setinggi 100 meter.

Taman Tasik Titiwangasa KL Berwajah Baru! Paling Best Mesra OKU (Autistik & Cerebral Palsy)

Taman Tasik Titiwangasa KL Berwajah Baru! Paling Best Mesra OKU (Autistik & Cerebral Palsy)

Taman Tasik Titiwangasa KL Berwajah Baru! Paling Best Mesra OKU (Autistik & Cerebral Palsy)

Taman Tasik Titiwangasa KL Berwajah Baru! Paling Best Mesra OKU (Autistik & Cerebral Palsy)

Taman Tasik Titiwangasa KL Berwajah Baru! Paling Best Mesra OKU (Autistik & Cerebral Palsy)

Taman Tasik Titiwangasa KL Berwajah Baru! Paling Best Mesra OKU (Autistik & Cerebral Palsy)

Taman Tasik Titiwangasa KL Berwajah Baru! Paling Best Mesra OKU (Autistik & Cerebral Palsy)

Taman Tasik Titiwangasa KL Berwajah Baru! Paling Best Mesra OKU (Autistik & Cerebral Palsy)

Taman Tasik Titiwangasa KL Berwajah Baru! Paling Best Mesra OKU (Autistik & Cerebral Palsy)

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI