Suka Bunga Dan Kehijauan Pokok, Wajib Singgah Taman Saujana Hijau

Share

Kalau anda jenis yang suka bunga dan kehijauan pokok-pokok, anda boleh hala ke Taman Saujana Hijau di Putrajaya.

Haa.. sekarang bukan Cameron Highland sahaja ada bunga, Kuala Lumpur pun ada tempat cantik untuk anda suka OOTD dengan alam semula jadi.

Suka Bunga Dan Kehijauan Pokok, Wajib Singgah Taman Saujana Hijau

Nah, jemput tengok persekitaran dulu. Pemandangan ini cukup mahal bagi anda yang suka bercinta dengan alam.

 

Ini antara persekitaran di sana ya. Ada bahagian yang menarik untuk menjamu mata dengan kehijauan.

Kadang ada sesi penggambaran pengantin baru di sini, jadi kalau nampak, anda jangan terkejut pula.

Bagi anda yang sudah berada di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, jangan lupa singgah sini ya! Sesekali nak juga tenangkan emosi dengan cara jimat.

 

 

Oleh
Nadia