Rupanya ada taman permainan di Digital Sports Arena, i-city Shah Alam, besar dan menarik untuk mak ayah join sama bermain dengan anak-anak. Boleh lah ‘healing’ di sini sahaja, sambil puaskan hati anak-anak.
Cukup sesuai untuk dijadikan aktiviti riadah bersama keluarga dan rakan-rakan pada hujung minggu, malah ada pelbagai jenis permainan menanti anda di sana.
Taman Permainan Di Digital Sports Arena
Ada 4 jenis Wall Climbing, lepas itu main panjat kat atas, obstacles, kira larat dengan tak larat sahaja nak layan tenaga budak.
Ada Rainbow Slides, Spiral Slides, trampolin, boleh lompat-lompat lepas itu badan lekat kat dinding. Sambil lompat, sambil main lawan-lawan games pun ada.
Dari segi harga pula memang cukup berbaloi kerana anda boleh keluar masuk tanpa had untuk sehari. Hah, boleh ‘berkampung’ di situ seharian lah ya.
Ads
Harga Masuk Digital Sports Arena
Haa.. kalau anda nak pergi, untuk mudahkan registration, boleh download apps icity Super app. Selepas itu reload duit dalam itu kemudian beli tiket. Di sana nanti datang boleh terus scan sahaja. Itu lebih mudah.
Aktiviti Menarik Banyak
Kalau tengok memang banyak yang menarik di sini, anak yang suka memanjat memang seronok lah. Yang best mak ayah pun boleh main sama dengan anak-anak.
Ada sections bicycle juga di belakang sekali, boleh lawan satu keluarga. Ada Pingpong and Billiard (pool) kat tingkat atas.
Ads
Oh ya, stokin kena bawa yang ade grip kat bawah. Kalau tak ada, kat sane kena beli sepasang RM7.
Waktu operasi pula, dari jam 10 pagi sehingga 10 malam. Lama, bukan?
Jadi kalau rasa belum ada aktiviti best dengan anak-anak, boleh lah pergi ke taman permainan di Digital Sports Arena, i-city ini secepat mungkin. Barulah syok!
Negeri Selangor pada awal petempatannya terletak di sebuah kuala sungai yang kini dikenali sebagai Kuala Selangor dan bukan sebuah negeri seperti hari ini.
Walau sejarah awalnya masih kabur, namun pengkaji sejarah bersetuju bahawa Selangor memiliki warisan sejarah yang mendahului zaman Kesultanan Melayu Melaka selama lebih seabad. Ketika kegemilangan Empayar Melaka, kawasan Selangor adalah antara yang termasuk dalam jajahan takluk Melaka sebagaimana tercatatnya nama Klang, Jeram dan Bernam dalam Sejarah Melayu oleh Tun Sri Lanang.
Apa yang lebih menarik, Kuala Lumpur juga merupakan sebahagian daripada daerah di Selangor. Ini info menarik yang dikongsikan menerusi sumber Media Selangor dan Selangor Royal Office
Tanggal 1 Februari 1974, Sultan Selangor ke-8, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah melakukan pengorbanan besar demi kepentingan negara.
Baginda berkenan untuk menyerahkan kawasan Kuala Lumpur yang selama ini menjadi ibu negeri Selangor dan sebahagian daripada kedaulatan Kerajaan Negeri Selangor, kepada Kerajaan Persekutuan untuk dijadikan pusat pentadbiran dan Ibu Negara Malaysia.
Sesungguhnya, bukan suatu perkara dan isu mudah untuk merealisasikan proses pemindahan dan penyerahan kawasan Kuala Lumpur seluas 4,931 hektar ini kepada Kerajaan Pusat. Ini kerana ia membabitkan hak fizikal dan kedaulatan yang dimiliki Sultan Selangor terhadap kawasan berkenaan.
Perbincangan demi perbincangan diadakan. Warkah demi warkah bertukar tangan. Akhirnya persetujuan dicapai antara kedua pihak di mana Sultan Selangor sedia bertolak ansur susulan draf terakhir “Perjanjian Kuala Lumpur 1974”. Bagi Almarhum Sultan Salahuddin, pertimbangan Baginda dibuat bersandarkan faktor bahawa Malaysia perlu memiliki sebuah ibu negara yang strategik serta mempunyai kemudahan serba lengkap pada ketika itu, di mana Kuala Lumpur memenuhi kriteria yang diperlukan.
Paling penting, Baginda menegaskan bahawa kepentingan negara mengatasi segala-galanya. Apatah lagi, Baginda menjangkakan kemajuan yang bakal dicapai Kuala Lumpur akan menjadi simbol kemajuan seluruh Malaysia.
Sebagai galang gantinya, Kerajaan Persekutuan turut bersetuju menyokong penubuhan dan membantu pembangunan ibu negeri Selangor yang baharu, Shah Alam, yang dinamakan sempena Sultan Selangor ke-7, Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah.
Istiadat memeterai perjanjian penyerahan ini pada 1 Februari 1974 disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong bagi pihak Kerajaan Pusat dan Sultan Selangor bagi pihak kerajaan negeri, disaksikan oleh Raja-Raja Melayu dan Ketua-Ketua Negeri.
Sempena memperingati peristiwa bersejarah ini, sebuah pintu gerbang dibina di Lebuhraya Persekutuan yang memisahkan Selangor dan Kuala Lumpur dinamakan Kota Darul Ehsan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Sabah sememangnya punya banyak lokasi pelancongan menarik untuk dikunjungi. Selain memiliki pantai yang cukup indah hingga diiktiraf dunia antara tercantik terutama Sipadan, lokasi seperti Kundasang yang mendapat julukan Little New Zealand juga antara tarikan utama negeri di bawah Bayu ini.
Kalau ke Kundasang, pasti ramai tidak melepaskan melawat Desa Dairy Farm. ia menjadi lokasi wajib kerana pemandangan indahnya seolah-olah kita berada di New Zealand bila berada di sini. Kata mereka yang pernah mengunjunginya, nak rasa ala-ala berada di luar negara tapi masih di Malaysia, di sinilah lokasi terbaiknya.
Bukan hanya Desa Dairy Farm, di Kundasang dan Ranau banyak lagi lokasi-lokasi menarik boleh travel. Di kawasan sekitar ada banyak resort yang boleh dilawati. Antaranya Hounan Ridge yang terletak di Bundu Tuhan, Ranau.
.
.
Terletak di tempat sejuk seakan berada negara luar (udara nipis keluar dari mulut kala bercakap- cuaca kala ini), Hounan Ridge Bundu Tuhan ini adalah antara lokasi perkhemahan yang menarik boleh korang masuk dalam list. Berlatar belakang gunung yang cukup indah, tiada perkataan lain menggambarkan suasana di sini yang sememangnya sangat cantik.
Bangun pagi, saat terbit matahari subhanallah, pemandangannya sangat indah. Ditambah kabus yang agak tebal, suasana di sini agak sejuk di pagi namun cukup mendamaikan. Pokok-pokok bunga juga hidup subur di kawasan ini. Untuk korang yang bakal ke sini, bagi yang mahu pengalaman lebih advanture, Hounon Ridge ada menyediakan lokasi tapak perkhemahan. Kalau nak pasang khemah dibenarkan dan kalau tiada peralatan khema, bilik-bilik ada di sediakan termasuk dorm untuk merehatkan badan.
.
.
.
.
.
. Harga juga berbaloi kerana bermula pada RM35 bagi dorm dan bilik bermula RM90 bagi hari biasa akan meningkat kepada RM120 pada hujung minggu mengikut bilik yang dipilih.
Di Hounan Ridge, tiga jenis bilik disediakan iaitu standard quad room (4 orang sebilik pada harga RM180 bagi hari biasa), standard double room (ada balkoni privacy) yang boleh memuatkan dua orang selain standard double room tanpa balkoni. Di camp site ini, korang boleh buat BBQ dalam suasana nyaman dan cukup selesa dan pastinya, letak lokasi ini dalam list korang kalau ada peluang ke Ranau, Sabah.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Satu khabar yang baik kepada semua penggiat rekreasi apabila trek laluan di Gunung Rinjani dah dibuka semula selepas ditutup susulan beberapa masalah membabitkan faktor keselamatan di sana.
Tetapi, pendaki yang berhasrat untuk mendaki Gunung Rinjani itu tidak dibenarkan untuk ke puncak atau ke Danau Segara Anak seperti sebelumnya, hanya dibenarkan sampai ke Pelawangan sahaja.
Keputusan tersebut dibuat oleh Balai Taman Nasional Gunung Rinjani selepas mendapat kelulusan dari Kementerian Lingkungan Hidup dan Kehutanan Indonesia sejak 14 Jun baru-baru ini.
Keputusan tidak membenarkan pendaki untuk naik sampai ke puncak Gunung Rinjani dan Danau Segara Anak sememangnya mematikan mood pendaki untuk datang mendaki di sana namun, keputusan seumpana itu terpaksa dilakukan mungkin atas beberapa faktor keselamatan dan kesihatan.
Ini berikutan, status gunung tersebut masih lagi dikategorikan sebagai gunung berapi yang aktif. Jadi, tak dipertikaikan mengapa keputusan untuk tidak membenarkan pendaki naik ke puncak dan ke Danau Segara Anak dibuat. Yela, seandainya ada apa-apa terjadi nanti, kan ke menyusahkan diri sendiri dan rakan-rakan pendaki yang lain.
Sebelum ini, Gunung Rinjani pernah ditutup sekitar September 2016 susulan letusan gunung berapi di Barujari dan sekali lagi sekitar Januari hingga Mac 2017 disebabkan cuaca buruk yang berlaku di Pulau Lombok ketika itu.
Walau bagaimanapun, keputusan untuk membuka semula laluan trek Gunung Rinjani – sekalipun tidak membenarkan pendaki naik sampai ke puncak adalah disebabkan suasana ekonomi masyarakat tempatan yang bergantung kepada aktiviti pendakian gunung tersebut.
Masyarakat tempatan yang tinggal di situ mengharapkan pendapatan hasil daripada menjual bahan bekalan kepada pendaki, selain daripada menjadi porter dan penunjuk arah.
Malah, kuota pendaki juga dikuatkuasakan yang hanya membenarkan 150 pendaki untuk sehari bagi trek pendakian Aik Berik, Lombok Tengah manakala 100 orang sehari untuk trek Timbanuh di Lombok Timur. Jangan lupa, kuota pendaki itu termasuk juga dengan dikira sekali penunjuk arah dan porter.
Segala urusan untuk pendakian sama ada permit, tiket, pertanyaan dan sebagainya kini menggunakan sistem dalam talian. Jadi kalau anda ingin ke sana kelak, boleh layari www.erinjani.id ya!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!