Taman Eko-Rimba Mossy Forest Akan Naik Taraf Fasiliti, Pengunjung Pasti Lebih Selesa Lepas Ni

Share

Anda pernah ke Taman Eko-Rimba Mossy Forest? Sekiranya belum, anda perlu menjejakkan kaki walaupun sekali seumur hidup ke hutan berkenaan. Kerana apa Libur berkata demikian? Sebab Taman Eko-Rimba Mossy Forest akan memberikan satu pengalaman yang lain daripada yang lain kepada anda dan persepsi anda terhadap hutan akan berubah dengan keunikkan panorama yang ditawarkan oleh hutan tersebut.

Keunikkan yang terdapat di Taman Eko-Rimba Mossy Forest agak berbeza dengan berbanding hutan-hutan lain yang terdapat di dalam negara kita. Hutan di Taman Eko-Rimba Mossy Forest mempunyai kelainan seperti jalaran pokoknya yang berada meliang-liuk, disaluti lumut yang menghijau di dahan-dahan tumbuh-tumbuhan begitu mempersonakan mata yang tehu menilai erti keindahan dan kecantikan ciptaan Tuhan.

Pengambaran perkahwinan cukup awesome kalau dilakukan di sini. Sumber daripada maxtography.com.

Selain daripada itu, suasana kawasan tanah tinggi di Cameron Highland cukup membuatkan anda berasa selesa dan nyaman. Lebih-lebih lagi ketika angin bertiup sepoi-sepoi bahasa ke muka, lembab dan sejuk! Dek kerana faktor keindahan panorama dan cuaca hutan inilah yang menjadikan Taman Eko-Rimba Mossy Forest menjadi daya tarikan pelancong paling popular di negeri Tok Gajah itu dan langsung menjadi penyumbang terbesar kepada pendapatan pelancongan negeri.

Taman Eko-Rimba Mossy Forest yang sekarang tidak lagi seperti dulu. Kini, kawasan tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara itu mempunyai pelbagai fasilitis mesra pelancong yang akan memberikan keselesaan kepada anda untuk berkunjung ke sana. Laluan pejalan kakinya dan pelantar pemandangannya sahaja cukup baik untuk anda gunakan bagi menikmati keindahan yang Libur perkatakan tadi – anda tidak perlu sampai jejak kaki ke kawasan trek mendaki untuk berasa dekat dengan alam.

Memetik sumber daripada Sinar Harian, Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Datuk Dr. Mohd Hizamri Mohd Yasin berkata pihak kini sedang berusaha untuk menaiktaraf lagi kemudahan yang ada di Taman Eko-Rimba Mossy Forest demi memberikan keselesaan kepada setiap pengunjung yang hadir. Antara kemudahan yang akan dinaiktaraf adalah kemudahan laluan jalan, tandas, pondok rehat, tong sampah dan papan maklumat yang akan memaparkan informasi kepada pengunjung berkenaan tempat tersebut.

Proses penaiktarafan ini sesuai dengan pungutan hasil yang memberangsangkan di Taman Eko-Rimba Mossy Forest tersebut apabila pada Februari dan Mac sahaja, pihaknya berjaya mengutip hasil tertinggi iaitu RM112,867 dan kutipan tersebut terus meningkat lebih-lebih lagi daripada kalangan pelancong asing.

Sejak Taman Eko-Rimba Mossy Forest mengenakan bayaran fi kepada setiap pengunjung asing yang datang sebanyak RM15 hingga RM30 seorang manakala pengunjung tempatan antara RM5 hingga RM10 sahaja, menurut Mohd Hizamri, pendapatan hasil kutipan yang diterima lebih RM70,000 dan dijangka akan bertambah.

Selain daripada Tama Eko-Rimba Mossy Forest,enam lagi pintu masuk ke Taman Eko-Rimba di negeri Pahang ini juga mencatatkan peningkatan hasil kutipan yang sama dan kawasan-kawasan tersebut juga akan dinaiktaraf demi keselesaan pengunjung yang datang di masa hadapan.

Jadinya, kawasan Taman Eko-Rimba Mossy Forest ini akan menjadi lebih baik di masa akan datang dengan pelbagai fasilitis yang selesa kepada anda, masih tak nak pergi lagi ke sini?

Oleh
Epul