Sesetengah pelancong dari China memang terkenal dengan perangai pelik dan jelik yang akan dilakukan tidak kira berada di negara luar atau di negara sendiri.
Media di China mendedahkan perbuatan ratusan pelancong tempatan warganegara mereka telah menceroboh masuk ke Longqiao Cultural & Ecological Park di Sichuan, China yang sedang ditutup.
Taman eko ini mempunyai keluasan kira-kira 250,00 meter persegi terkenal dengan keindahan pemandangan tasik, pelbagai tanaman buah-buahan dan tumbuhan berbunga seperti bunga teratai.
Ads
Longqiao Cultural & Ecological Park sebelum ini ditutup sejak Mac 2019 untuk pembinaan saluran air dan dijangka dibuka dalam masa terdekat. Namun, belum pun dibuka, beratus-ratus pelancong China telah memasuki taman secara haram untuk memetik dan mengambil bunga teratai yang menjadi tarikan di situ.
Ads
Sejak musim bunga bermula bulan Jun, dianggarkan sekitar 200 hingga 300 orang pelancong tempatan menceroboh masuk ke taman itu setiap hari dengan memanjat dan memotong pagar.
Menurut pengurus taman, akibat perbuatan tidak bertamadun pelancong China terbabit menyebabkan operasi taman itu terpaksa ditutup sehingga hujung tahun. Pihak taman melihat tiada sebab untuk membuka operasi kepada pelancong tahun ini kerana semua bunga-bunga teratai sudah habis dipetik oleh individu tidak bertanggungjawab.
Ads
“Kami tidak dapat mengawal kelakuan pelancong terbabit yang masuk secara curi-curi. Kami hanya dapat menjamin kami telah melakukan tugas kami dengan baik. Kami telah meletakkan nota amaran kepada pelancong di depan pintu masuk dan taman bunga, malah kami mempunyai pengawal keselamatan,” kata seorang kakitangan yang mahu dikenali sebagai Zhou.
Sambutan ulang tahun ke lima Warisan Arkeologi terhadap Lembah Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO ditambah lagi dengan penguguman baru Kementerian Pelancongan & Kebudayaan untuk memberi status Tapak Warisan Dunia Unesco kepada 3 lagi tempat di Malaysia.
Chief Nazri Abdul Aziz, menyenaraikan Taman Negara Royal Belum di Gerik, Perak, Rij Kuarza Gombak, Selangor dan Forest Research Institute of Malaysia, kawasan hutan simpan.
Kementerian itu telah menghantar tentatif senarai dokumen lengkap 3 kawasan ini ke UNESCO.
Nazri berkata kementeriannya sentiasa memperjuangkan pengiktirafan warisan sejarah Malaysia termasuk dokumen dan manuskrip lama. “Kitab Tib Ilmu Bedil” atau Buku Senjata Tradisional Orang Melayu mendapat pengiktirafan pada 2016 dari Memory of the World Committee for Asia and the Pacific yang berpengkalan di Korea Selatan.
Jabatan Warisan Negara juga telah menghantar tiga pencalonan pada Mac bagi kategori warisan budaya untuk diiktiraf Convention for the Safeguarding of Intangible Cultural Heritage.
Pencalonan tersebut ialah Perayaan Wangkang, Dondang Sayang dan Pantun. Keputusan akan diketahui pada November tahun hadapan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Penurunan kadar tol untuk kategori kereta persendirian di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah daripada RM8.50 kepada RM7.00 dijangka dapat merancakkan pertumbuhan ekonomi kawasan berkenaan.
Kadar tol di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Sha untuk kereta persendirian telah diseragamkan dengan Jambatan Pulau Pinang bagi menggalakkan lebih ramai pengguna menggunakan jambatan kedua itu.
Langkah untuk merasionalisasi kadar tol jambatan kedua supaya dapat seimbangkan aliran trafik ketika waktu puncak, hujung minggu dan cuti perayaan. Ini kerana biasanya kalau kadar tol untuk jambatan kedua lebih tinggi daripada jambatan pertama, maka lebih ramai akan cenderung untuk guna jambatan pertama.
Penurunan itu, akan turut membawa manfaat sampingan iaitu membawa pertumbuhan ekonomi di kawasan Batu Maung dan Batu Kawan yang kadar pembangunan di kedua-dua kawasan itu masih rendah.
Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah sepanjang 24 kilometer, yang mula beroperasi pada 1 Mac, 2014, merupakan antara jambatan terpanjang di Asia Tenggara, menghubungkan kawasan Batu Kawan di bahagian Seberang Prai dengan Batu Maung di bahagian pulau.
Robot dipilih sebagai pengganti kepada pelajar untuk menerima sijil pengiktirafan ketika majlis graduasi di sebuah universiti di Jepun. Ia bertujuan bagi mengekang wabak COVID-19 terus menular.
Inisiatif dan pendekatan kreatif Business Breakthrough University ini seharusnya dipuji walaupun umum mengetahui robot dan negara Jepun bukanlah perkara yang asing. Akibat COVID-19, graduan tidak dibenarkan hadir ke majlis tersebut.
Robot yang digunakan dijadikan sebagai pengantaraan bagi menggantikan graduan pada majlis konvokesyen Business Breakthrough University 28 Mac lalu di sebuah hotel di Chiyoda, Tokyo. Sekaligus membantu mahasiswa bergraduasi pada tempoh waktu yang ditetapkan.
Robot tersebut mempunyai skrin paparan yang menunjukkan wajah empat graduan dan tangan yang bersedia menerima sijil bagi pihak graduan. Robot juga memakai jubah dan topi graduasi.
Para siswazah yang lain turut mengambil bahagian dalam upacara tersebut melalui aplikasi Zoom di mana mereka dapat menghantar komen dalam masa sama menyatakan perasaan mereka pada majlis tersebut.