Pembukaan semula Taman Botani Perak di Taiping kembali menjadi tumpuan pengunjung dalam kalangan mereka yang sukakan aktiviti riadah berkonsepkan alam semula jadi atau taman bunga-bungaan.
Taman Botani Taiping Makin Cantik, Lokasi Ideal Untuk Korang Beriadah. Masuk Free Je

Taman Botani Taiping Makin Cantik, Lokasi Ideal Untuk Korang Beriadah. Masuk Free Je

Taman tersebut yang pada awalnya dibuka untuk kunjungan orang ramai pada 16 Ogos tahun lalu terpaksa dihentikan operasinya selama kira-kira empat bulan berikutan penularan Covid-19, dan dibuka semula pada 4 Ogos 2020 lalu, dengan amalan norma baharu dan Prosedur Operasi Standard SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Bilangan pengunjung yang dibenarkan masuk pada satu-satu masa pula ialah seramai 500 orang maksimum. Malah pengunjung juga dikehendaki melalui saringan suhu badan serta mengisi maklumat diri sebelum masuk ke Taman Botani Taiping. Bagi memastikan pengunjung yakin dan selamat, maka kerja-kerja penyahkuman pada permukaan yang kerap disentuh akan dilakukan setiap hari oleh kakitangan TBP. Selain itu, cecair sanitasi (hand sanitizer) turut disediakan di kaunter masuk bagi kegunaan pengunjung.

Pembangunan taman tersebut dilaksanakan menerusi Program Penyelidikan dan Pemuliharaan Landskap JLN dengan persetujuan Majlis Perbandaran Taiping bagi menjadikan Taman Tasik Taiping sebagai Taman Botani Taiping dengan restu daripada Kerajaan Negeri Perak. Taman Botani Taiping adalah mewakili Zon Semenanjung Malaysia. Taman Botani Taiping berkonsepkan muzium hidup tumbuhan-tumbuhan yang ditafsirkan sebagai satu pusat mengumpul dan mempamerkan pelbagai koleksi tumbuhan yang mempunyai nilai estetik dan saintifik.
Taman Botani Taiping Makin Cantik, Lokasi Ideal Untuk Korang Beriadah. Masuk Free Je

Taman Botani Taiping Makin Cantik, Lokasi Ideal Untuk Korang Beriadah. Masuk Free Je

Kategori laman

Ads
  • Laman Endemik Zon Utara – Zon penanaman yang mewakili spesies endemik yang hanya terdapat di sekitar negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Antara tanaman ialah pokok Maingaya, mata pelanduk Langkawi dan Nyatuh Pulau Pinang
  • Laman Melayu Perak – Mewakili spesies yang berunsurkan nama-nama daerah dan tempat di negeri Perak seperti pokok kangsar, ipoh, kemunting, beruas dan sungkai.
  • Laman Palmatum- Merangkumi pelbagai spesies palma antaranya termasuklah pinang raja, Queen Sago dan Serdang.
  • Laman Tema – Sebagai taman terbuka yang mengenengahkan semua spesies mewakili setiap laman di Taman Botani Perak antaranya termasuklah pokok daun payung perak, kurma, beruas dan binjai.
  • Spesies istimewa
  • Johannesteijsmania perakkensis – Daun payung perak, yang merupakan satu-satunya spesies Perakensis yang ditanam di TBP.
  • Samanea saman Yellow Hujan-hujan permaisuri, pokok yang simbolik dengan Taman Tasik Taiping.

Taman Botani Taiping Makin Cantik, Lokasi Ideal Untuk Korang Beriadah. Masuk Free Je

Taman Botani Taiping Makin Cantik, Lokasi Ideal Untuk Korang Beriadah. Masuk Free Je

Taman Botani Taiping Makin Cantik, Lokasi Ideal Untuk Korang Beriadah. Masuk Free Je

Taman Botani Taiping Makin Cantik, Lokasi Ideal Untuk Korang Beriadah. Masuk Free Je

Taman Botani Taiping Makin Cantik, Lokasi Ideal Untuk Korang Beriadah. Masuk Free Je

Taman Botani Taiping Makin Cantik, Lokasi Ideal Untuk Korang Beriadah. Masuk Free Je

Pada masa ini kemasukan pengunjung ke Taman Botani Taiping masih percuma. Walau bagaimana pun, MPT sedang mempertimbangkan caj konservasi wajib bermula 1 Januari 2021 tahun depan pada harga RM2 kepada setiap pengunjung, kecuali kanak-kanak di bawah 12 tahun. Caj konservasi ini adalah salah satu usaha membantu ke arah pemeliharaan dan pemuliharaan flora dan fauna yang terdapat di TBP terutamanya spesies-spesies tumbuhan terancam yang tersenarai dalam buku Malaysia Plant Red list Peninsular Malaysia 2012 seperti pokok paku aji atau bogak yang ditanam di Laman Endemik Zon Utara dan Laman Tema.

Ads

INFO

Ads
  • Taman Botani Perak
  • Jumlah pengunjung sejak mula dibuka 16 Ogos 2019 hingga 17 Mac lalu adalah 52,579 orang.
  • Memiliki pelbagai koleksi tumbuhan yang mempunyai nilai estetik dan saintifik.
  • Projek pembangunan fasa satu melibatkan sebanyak 12,445 tumbuhan pelbagai kategori dan 122 spesies.
  • Dibuka pukul 8.30 pagi hingga 7 malam.
  • Pengunjung tidak dibenarkan masuk semasa hari hujan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
  • Fasa Pertama Taman Botani Taiping seluas 14.38 hektar siap dibina pada 16 November 2018 dengan pembangunan fizikal membabitkan kawasan seluas 6.24 hektar, manakala kawasan selebihnya seluas 8.14 hektar dikekalkan sebagai kawasan berhutan dan badan air, selain pembangunan kemudahan infrastruktur untuk keselesaan pengunjung.

image via google | sumber: utusan

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI